BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 20, 2012

Mengaku

Berjalan di mall, melihat-lihat barang-barang tersusun kemas diatas rak adalah sesuatu yang menyenangkan.

Saya memang ada merasa sedikit tekanan kebelakangan ini. Tapi saya tahu saya kena positif.

Now, it is kind of new habits of me.. pusing-pusing didalam pasaraya adalah sangat melegakan. :)

Terima kasih Allah atas kekuatan dan kawan-kawan.

Photos from Christy Ng FB

Tuesday, September 18, 2012

Me feel blessed

Saya tak pandai masak. Tapi suka makan.
Saya suka cerita dengan orang bila mood teringin nk makan itu ini tu sampai.

Saya rasa blessed bila ada kawan-kawan buatkan dari rumah. Sampai satu bekas tupperware. Sampai hantar dari jauh-jauh. Kirim-kirim dengan orang untuk sampai pada saya.

Terima kasih untuk Puding Roti, Pavlova, Nasi Impit Kuah kacang Rendang dan segala bagai.




Thursday, August 16, 2012

Penutup Ramadhan saya.

#Astagfirullah al-adzim.

Petang ini, ketika saya sedang menulis entry ini, saya sebak mengenangkan rakan-rakan pensyarah yang dianiaya oleh seseorang yang katanya ketua disitu. Hebat sangatkan pinjaman Tuhan tu? Pangkat dan nama itu tidak lama.

Kebaikan dan kemuliaan hati yang akan dikenang.

Pada rakan-rakan yang ditidakkan sumbangan duit raya mahupun tidak mendapat gaji awal tu, teruskan tenyum. Tabahlah. Kita juga perlu ingat. mereka, walau berpangkat, mereka juga manusia biasa. Mereka lupa mereka sedang diuji dengan nama dan pangkat tersebut.

Pada si memegang pangkat dan kroni, sekali sekala cuba letak tempat kamu kat tempat orang susah tu. Walau sumbangan sedikit dimata kamu. Percayalah nilai RM200.00 tu besar maknanya bagi sesetengah orang. Sedih hati mendengar kamu, kamu dan kamu memperlekehkan email-email bagi menyuarakan isi mereka. Biadapnya kamu semua.

Bayangkan kamu yang dianiaya. MAMPU nak gelak-gelak macam tu? Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui tau. Doa saya kuatlah hati-hati yang teraniaya. #Roda itu bulat.

Mode: Tercalar perasaan melihat dan mendengar perlakuan biadab manusia nih di penghujung Ramadhan.

Semua yang terjadi kerana Allah izin.
Nota kaki: Saya pernah bekerja dengan Timbalan Menteri ketika beliau berada di Negeri Sembilan untuk program rasmi. Tidak sombong dan tak banyak kerenah walaupon saya hanya kuli.

Rahsianya!


Haaa...
tadi kawan saya call.
nak minta tips macam mana nak buat itu. nak buat ini dekat blog.

Sebenarnya, kita tahu tulis dan publish je. Yang lain-lain tu, semua kawan kita yang nama Nurul yang tolong buatkan.

Ngeee... 

Tadi sempat tanya dia juga macam mana nak share link. Now saya dah tahu. Oke. Sila jangan gelak. :)


My soon trip to Perak


Semalam dalam waktu lunch break macam tu, I have made a phone call to my Encik Petunang. Kebetulan free dan teringat nak bertanya khabar. Ececeh... padanlah rasa nak call, rupanya petunang baru usai berbual dengan futue MIL. Future MIL pesan suruh ajak saya pulang ke kampung halam baru mereka nun di Perak. (Petunang dan family sebenarnya menetap di Bangi, Selangor).

Makanya haruslah hati loncat-loncat. Sebab future MIL yang jemput! Kalau jadi saya pergi Perak nanti ni, maknanya ini merupakan kali pertama saya beraya dengan keluarga petunang. Walaupun ini merupakan kali kedua saya beraya sebagai tunangan beliau.
InsyaAllah, sekiranya tiada apa-apa aral saya akan ke Perak pada hari raya ke lima dengan menaiki train ETS. Saya tidak bercadang untuk memandu nanti. Satunya sebab saya tak tahu jalan ke Perak dan kebetulan dalam perancangan awal petunang akan beraya ke rumah saya pada hari Jumaat sehingga Sabtu. Kononnya senang nak balik Rembau sama-sama gitu.

Perasaannya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya nak berasa balik kampung (since my parents kampung dekat-dekat je) plus teruja juga hendak beraya dengan Mak dan Abah (Future in-laws) for the very first time.

Perakkk!! Here I comee!!

Fasal ETS Train ni , pagi ni baru dengar (Petunang dapat info dari rakan dia). Alhamdulillah. Ada train direct Seremban ke Kampar (which is the nearest station dari rumah future MIL).

Oke. for the time being, saya nak servey dan proper plan dulu trip ni dan sekiranya sukses perjalanan saya menaiki train ETS nanti, saya akan update yeh.

View dihadapan rumah kampung future MIL. (kidnap dari FB future sis in-law)

Wednesday, August 15, 2012

Kueh Raya





What is your favourite Kuih Raya?



Mine are Suji and Kuih Lidah Buaya yang sodap tu!





Another 4 days to Syawal 1433 Hijrah everyone!









Shaolin Baby


Ini Shaolin baby nephew Mak Long Mina, Mohammad Adib.



Panggil dia Shaolin sebab dia botak (dibotakkan) dan punya mata sepet juga!
Sangat manja. suka kena cium. suka kena peluk. suka minta dukung. tidur nak berpangku. sangat suka minta ditukar diapers. sangat suka minum susu. dah gemok. pipi juga gembol.

Pencetus panik juga si Adib ni. sebab suka nangis.

Semoga membesar dengan sihat. dan semoga menjadi anak yang soleh juge tau 1 months plus plus Adib dob dob.

Mak Long Lebbiu!

Tuesday, August 14, 2012

Ain Officemate Saya

Hari tiba lewat kat office. Pergi submit borang permohonan nikah yang terbengkalai lebih kurang dua minggu dek kerana gambar petunang tidak mengikut piawaian Majlis Agama Daerah Rembau. Gambar terdahulu dia tak pakai songkok. Jadi pada sesiapa bakal pengantin lelaki Negeri Sembilan atau bakal bernikah di negeri ini sila ambil gambar pakai songkok yeh.  (Sebab kawan di Selangor boleh hantar gambar tanpa songkok).

Dek jarah yang memisahkan.. ececehhh.. baru minggu lepas gambar petunang bersongkok dapat diambil. Murah ye. 14 keping RM 12.00 siap beri salinan dalam cd comel. Kat rembau x dapat semua ini yeh. Hanya di Bangi (Seksyen 4 Tambahan). Makanya tadi baru dihantar segala borang beserta gambar petunang bersongkok itu ke pejabat agama.
 
Oke. Dek menyinggah tadi, makanya sampai di office jam 9.15 pagi macam tu. Lepas tu Ain panggil-panggil. Dia suruh datang tempat dia.

Ain rupanya sedang tolong buat ini untuk saya!





Laju je jari jemari dia menitik-nitik keyboard. Persis expert gitu. Memang minta tolong sangat Ain buatkan sticker dan bunting. Sebab dia kreatif dan saya cerewet. ngeee... untung Ain melayan. :)




Saya senyum gembira sampai telinga. TERIMA KASIH nang!
Bunting tu ada dua, sebab saya tak boleh decide yang mana satu. jadi print je dua-dua nanti.

Untuk print, insyaAllah Ain akan teman ke kedai kawan dia di KL. Ain juga nak tolong sama-sama carikan tudung nikah akak min dia yang tak reti berpesyen ni lepas raya nanti InsyaAllah.

Orang baik ni memang ada dimana-mana kan? Thank you Allah.

My 1St DIY


Saya dapat idea nak buat macam ni dari blog sarahsayangjiman



yang kat atas ni saya punya
dan kat bawah ni Sara dan Jiman punya


Cop saya tempah di Barakah Advertising & Services No 2B, Jalan 4/11B, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel / Fax: 03-8926 5987

dengan harga RM14.00 sahaja dan siap dalam masa 3 jam.


The Parcel!

Yeay! Alhamdulillah.
Dah sampai da... all the way from Ipoh, Perak..jeng jeng..


Kad dah siap. Mula-mula ingatkan nak minta tolong petunang yang ambil since lately dia kerap berulang alik mengemas rumah baru future MIL di kampung (di Kuala Dipang). Tapi kesian pula sebab kalau dia balik ke kampung haruslah dia bekerja berat mengangkat barang dek sibuk memindah dan mengemas barang. Tak sampai hati nak minta dia ke Ipoh yang ambil masa 45 minit dari Kuala Dipang. Lebih kurang tiga minggu kad tak juga diambil-ambil.
Makanya, minta tolong Kak Ann, owner  Idea Grafik yang bertanggungjawab mendesign dan mencetak kad-kad ni tolong poskan je kad-kad tu. Risau yeh. Sebab dalam terma Idea Grafik ada mention yang mereka tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan dan kerosakan kad semasa penghantaran.

Dan pada hari Jumaat, 10 Ogos 2012 kad selamat sampai ke Rembau. Alhamdulillah dan amat lega rasanya. Terima kasih Idea Grafik! (segala perbincangan, pembelian dan pembayaran dilakukan secara atas talian)
Kad-kad ini hanya berharga RM 0.32 sen sekeping termasuk sampul (kosong). Wording untuk dalam kad juga saya pilih yang simple dan direct. Saya tak letak doa dengan ayat puitis tu segala.


Untuk majlis sebelah lelaki, kami juga ada tempah khas kad untuk kawan-kawan future MIL dan FIL. Terjadinya tempahan kad tu tak semena-mena kerana kami dah terlanjur membayar deposit kad sebanyak RM300.00 dari kedai Amazon (apa entah) di Pertama Kompleks (kedai yang tak awsome tu yeh... sob sob). Kad dari Amazon juga dah siap. InsyaAllah, gambar akan di update kelak.




(Kad Jemputan pihak lelaki)

Walaupun tak dapat kad idaman, (kad idaman saya sepatutnya bersaiz bookmark dan ada pelekat mangnet fridge dibelakangnya. Kononya kad tu nanti boleh memberi faedah kepada ramai orang untuk tepek-tepek nota kat fridge) saya tetap gembira sebab saya ada kad kahwin! yeay..

Kad Idaman kaedahnya

Tuesday, August 7, 2012

Isteri Siri II


Beberapa hari ni, saya stalk blog seorang kenalan. Lepas itu, teringat jugak nak baca yang entries lama-lama blog sendiri. Manalah tahu kalau-kalau saya juga  ada terburukkan orang lain juga.

Lalu saya bertemukan entry saya yang bertajuk Isteri.

Jadi saya nak sambung kesudahannya disini.

Kawan saya yang dulu nak sangat masuk meminang bagai saya tu. Kami masih kawan. Walau saya rasa sedikit janggal. Dia masih macam dulu. Masih caring juga macam dulu. Selalu akan jadi Abang saya. :)

Seseorang yang lama saya tak bersua ni pula, dia dah kahwin pon. baru sahaja beberapa minggu. Alhamdulillah. Selepas saya bertunang tahun lepas, dia juga bertunang. dan sekarang, dia adalah peng 'LIKE' tegar semua post FB saya.

Lelaki yang pernah menidakkan kehadiran saya sebelum ini, telah menjadi tunangan saya sekarang. Semoga kita terus melakar pelangi hingga ke syurga Allah. Saya yakin, semua yang telah terjadi adalah hikmah Allah.

Dan... lelaki terakhir ini. terus lenyap dari saya. tiada lagi khabar. tiada lagi berita. ada juga terkadang saya menghantar sms. dibalas formal. saya kena mengerti ini.


 ** Semoga semuanya dalam peliharaan Allah s.w.t selalu.



Monday, August 6, 2012

Jealousy Fiancé

Worry or not to be worry?

Saya sangat suka bayi. sangat suka.
Bila petunang kata dia perlukan setahun sebelum ada anak nanti, patut tak saya bimbang?
Saya dah 28 tahun sekarang. Tahun depan 29 tahun (insyaAllah, kalau jadi kami bernikah).
Takut umur dah terlalu tua untuk jadi ibu kepada beberapa orang anak.

Few days back, fiance sms. kata dia, kalau kami ada anak nanti jangan abaikan dia macam yang saya buat sekarang. Dia maksudkan saya lebihkan masa saya sekarang dengan my newborm baby nephew Adib.

oh petunang saya yang manja!

Thursday, August 2, 2012

Fragile


Ada masa kadang-kadang tu saya rasa saya tak tahu.
Saya rasa takut nak tidur juga.
Sebab saya nak cepat fikir. fikir. dan fikir terus.

Saya ada banyak benda nak cakap. Yang saya nak buat.
Tapi saya tak tahu nak cakap dengan siapa.

Tak sampai hati nak beritahu tunang. Dia perisau.

Saya tak suka kain baju akad nikah saya.
Tailor salah ikut design. Kain dia dah jadi kembang macam payung.
Saya rasa takut.Baju sanding saya yang future MIL present tu dah diubah ikut design lain juga.
Now saya rasa menyesal. Harap-harap future MIL kecil hati nanti dengan saya nanti.

Waktu ini. Saat ini, saya rasa sangat lah rapuhnya.

:(

Friday, July 20, 2012

Sedekah Anak Yatim

Balik rumah semalam. Tengok kat dapur ada barang-barang dapur yang banyak.
dalam kotak. ada beras. minyak. tepung. gula. ada biskut.

Adik-adik saya dapat sumbangan untuk anak-anak yatim dari sekolah.

Jazakallahhukhairan!

Rasa nak nangis. sebab dulu tengok orang lain yang dapat. tak pernah sangka satu hari giliran adik-adik juga rupanya.

Al-Fatihah untuk ayah.


Ramadhan 1433H

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!
hoooyeh! Ramadhan datang lagi. syukur!
Moga di panjangkan usia untuk merebut keberkatan Ramadhan.

Alhamdulillah, sekali lagi seperti tahun-tahun yang lalu,
tahun ini berpeluang lagi menyambut Ramadhan dengan orang baru.
My one and only nephew, Lil Adib.

Setiap kali Ramadhan mesti akan terkenang moment terindah berpuasa di perantauan.
Bersama teman-teman sekolej, kawan-kawan kampus dan juga kawan serumah sewa.

Kenangan bersahur, berterawih dan berbuka.
Masak bersama. tak bangun sahur bersama. catwalk di bazaar ramadhan bersama.
Kirim mengirim. pesan-pesan.

Semua itu indah!

Ramadhan kali ini juga,
kali pertama kami berpuasa tanpa ayah.
Semoga roh arwah Ayah aman disana dalam peliharaNYA. 
I LOVE YOU.

Zila. 
Duah. 
Sue.
Jue. 
Nurul.
Lin. 
Nad.
KakAyu.
CikFa. 
CikNad.
KakakSarina.
Shikin.
Wa. 
Ain.
Aishah. 
Bell.
MekNa. 
Mell. 
Faizah   ~

Thursday, July 19, 2012

Persiapan

Early in this months, En. Petunang has brought me to shopping! 
yippie! sebabnya bukan sebab dapat shopping tu.
Tapi saya pergi shopping dengan orang yang paling mudah.

Jadinya, Alhamdulillah. setakat ini hampir kesemua barang hantaran telah pun di beli.
Cumanya sepasang jam tangan dan cincin untuk En. bakal suami yang masih belum dibeli. 

Petunang saya seorang yang tidak banyak ragamnya. cuma dia agak particular dengan apa yang hendak dia beli. dia agak cerewet dari segi kualiti dan jenama. which, am not used to.

Tapi mujur dia faham saya. he is the one who do the shopping while am the one who sit and say yes or no.

Perhiasan bilik tidur di rumah saya juga semuanya juga dipilih oleh Encik Petunang. hebatkan? saya punya petunang yang punya minat mendekorasi dan kaki shopping. selain kaki makan. dan juga kaki berjalan.

saya tukang ikot. 

yippie!

pi dot es: saya amat mengesyorkan Johor Premium Outlet kepada semua pasangan yang bakal berkahwin yeh. kerana amatlah berbaloi untuk beli barangan hantaran disini yang sebenarnya murah berbanding harga pasaran di Kuala Lumpur. contoh nyata, Cadar Katil yang berharga 200++ disini dijual dengan harga RM 500++ di Kuala Lumpur. so does BodyShop Brands dan barangan lain ya. berbaloi anda kesini.

Makanan di food court nyer juga adalah lebih murah dari yang dijual di KLCC dan Mid Valley.

Kadar parkir adalah sebanyak RM 3.00 sehari suntuk berbanding RM 18.00 untuk 5 jam di Menara CIMB bersebelahan SOGO tu.

Membeli belah disini kadang-kadang membuatkan saya terasa macam ada personal shopping assistant. mereka tak lokek membantu dan menasihati anda untuk mendapatkan kadar potongan yang lebih banyak.

Sekian.

ehh..tips: sila update hari di mana JPO ada sales. untuk shopping yang worth tu yeh. salah satu cara ialah dengan LIKE facebook JPO.


  Muka bahagia saya dan petunang serius saya. ngee...



74 Hari

Beberapa hari lepas, saya post di Twitter ~74 hari lagi.
maksudnya saya menghitung hari ke tarikh pernikahan.
Lalu saya khabarkan juga kepada petunang. 74 hari lagi.

Malamnya petunang call. kata dia 75 hari.

Ehh.. dia kisah.  :)

Kebarangkalian: dia kira selepas itu. atau dia memang sebenarnya tahu.

saya tak kisah. tapi saya terharu sebab dia ambil kisah untuk tahu instead of listening to what I've told him.



Thursday, June 28, 2012

Mak

Bila tengok Mak buat tauhu sumbat dan masak sambal petal cili padi.
Saya tahu, mak rindu ayah.

Mak juga menangis masa mengaji tadi.

:  Ya Allah ampunkanlah dosa kedua-duanya. Dan limpahkan kasih sayangMu kepada keduanya. Bawalah lara hatinya pergi ya Allah. Al-Fatihah untuk arwah Ayah.  :


Tuesday, June 26, 2012

Lana Arissa Birthday!

Lana turns three last Friday, 22 June 2012.

Cepatnya masa berlalu. masa kali pertama jumpa Lana, dia masih berdukung dan rambut masih jarang-jarang lagi.

Dan Lana yang saya jumpa pada hari Sabtu baru-baru ni dah besar dan sangatlah adorable orangnya. Cerdik dan pandai juge yeh. Pasti Baba dan Mama bangga punyai anak seperti Lana.

Semoga membesar menjadi anak yang solehah yeh Lana.


Gambar ni saya kidnap dari FB mama Lana. ngeee..



Saya rasa ini rasanya bersyukur

Kadang-kadang bila tengok orang, tak seperti saya. saya menangis.
Bila saya tengok orang makan sedap-sedap. dan kita juga dapat makan makanan sedap. saya rasa sedih. sebab saya tahu. kat luar sana. ada yang tak makan.

Saya bukan kaya. saya  juga bukan miskin. cuma saya rasa cukup semuanya. Walau Starbucks kali pertama saya hanya kelmarin, selepas umur 28 tahun. Eyeliner saya hanya RM10.00. Baju Kurung yang paling mahal hanyalah baju yang saya pakai pada hari saya bertunang.

Terima kasih Allah.




Monday, June 11, 2012

The 100 Days

At this time at the previous years, am sending an sms to all my nearest cousins, aunties and uncles to remind em'.. "Hari ni birthday Pak Mat, wish dia ea". And when am home/called, dad will excitedly tells me, who did sms and called him to wish happy birthday. and I smiled. pretending to do not know anyting. #iLoveYou


My Facebook wall post dated, 8 June. 8.44 hrs.

My late Ayah 56th Birthday happened to be on the 100 days he leaves us. Al-Fatihah.

Selamat Pengantin Baru Kokoi!

Alhamdulillah, bakal abang ipar (Abang si Petunang) dah selamat mengakadkan nikahnya pada 2 Jun 2012 sekitar jam 3.00 petang.

Yang paling uniknya beliau mengakad nikah secara diatas talian. Si pengantin perempuan berada jauh nun di kota London. pertama kali tengok orang nikah macam ni. cool kan?

Seberangkatnya kami ke rumah kak Nadia (Kokoi wifey), beliau telah mengrequest lagu 'Happiness' dimainkan berulang-ulang kali sampai saya pon rasa dah boleh nanyi jerit-jerit ikot dia jugak. nervous dia tuh..

And as we leave his parents house (to kak Nadia's parents house), he made a lovely phone call to his future wife (dalam tengah-tengah jerit2 nyayi lagu happiness tu kan). which saya rasa, aloh suwit nye.





Didoakan, semoga ikatan ini berkekalan bahagia dengan cintanya hingga ke syurga Allah. Amin.

Thursday, May 24, 2012

Awkwardness

Perasaannya sangat awkward bila terserempak dengan bekas rakan sekolah (bukan rakan sekelas yeh) yang kamu tak ingat nama betulnya melainkan nama FB beliau.

Jangan lah dia perasan jerit hati. Sambil cari tempat duduk paling jauh. (nak cuci kereta benarnya).

Demm.. dan dia buleh pulak panggil nama kita. aduh! (Famous kan i?)

Lepas tu boleh pulak ingat nama beliau bila beliau dah balik.

Kenapa la storage dalam kepala ini begitu slow?!

grrrr....!!

P dot es : haruslah beliau kacak bergaya kan. #aishhh.



Sadis

Saya amatlah menghargai karya seni seorang jurugambar.
Pada amatan saya, jurugambar jarang sekali yang awesome.
Tak semua jurugambar punya sentuhan-sentuhan tertentu.. wah statement!

Sebenarnya memang amat kagum pokoknya bila melihat hasil jurugambar.

Maka selalulah saya ke website-website juru-juru gambar berkenaan. ke blog, web page dan bermacam-macam lagi kaedahnya.

TAPI..

Kadang-kadang terasa sadis bila ada jurugambar yang outdoor shoot ambil gambar pasangan yang belum muhrim dengan pelbagai kaedah posingnya.

Malu oke tengok gambar pasangan Islam sampai berlaga hidung bagai. Tengok yang bertudung lagi la terasa sadisnya.

Bila ada yang bertanya, jawab si jurugambar tersebut 'Kamu ada masalah ke dengan gambar tu?'.

SADIS terbaca jawapan beliau begitu.

Tiket atas nama karya tidak akan memudahkan Islam yeh. GAMBAR cantik juga kalau tak pegang-pegang.

Semoga kamu diberikan Allah kesedaran ye jurugambar graduate dari LONDON.

But seriously, gambar beliau awesome semuanya!





Sunday, May 20, 2012

Cameraman of The Day

Mula-mula jatuh cinta dengan Syazwan Yazid. Jatuh cinta pandang pertama pada hasil seninya.

He is young and talented. sangat talented yeh. sila lihat ini http://www.syazwanyazid.com/

SOBS! unfortunately I can't hire him sebab terjumpa sorang lagi fotographer yang cantik dan offer package yang sama dengan harga yang sangat murah juga. Tapi lebih murah dari Syazwan had offered me.

Kepada pasangan pengantin yang tak restricted pada budget tu, sila hire Syazwan Yazid!



Laman Satria katanya

Oke. Pakcik Rahman empunya syarikat Laman Satria Enterprise yang akan bertanggungjawab menguruskan bahagian canopy serta perhiasannya pada hari jadi itu kelak.

Pak Cik Rahman dan wife sangat oshem orangnya. Mula jatuh cinta dengan kerja mereka masa buat karnival baru-baru ni. Sangat profesionl dan sangat berkualiti hasil kerja mereka ini.

InsyaAllah, semoga makcik dan pakcik oshem di hari pernikahan saya jua nanti.


Mak Andam Oshem saya.

Ini adalah paling rumit sebenarnya.
Kawan-kawan rapat tak setuju saya hired mak andam yang ini.
Tapi saya yakin dengan kata hati.

hahaha.. saya bereksperimen. (adalah sangat malas berjalan kesana kesini mencari mak andam. yang berkenan pulak adalah tidak available pada tarikh berkenaan).

Tema pada hari berkenaan, insyaAllah adalah hijau untuk persandingan dan putih untuk nikahnya.

Seorang kawan rapat berhasrat untuk sponsor baju nikah. tapi saya kena fikir dua kali. terlalu mahal untuk majlis kecil saya. Saya kata, terima kasih kakak, tapi takpa saya cari dulu yeh. Orang-orang yang baik hari selalu ada di mana-mana kan?

Nak jumpa tailor lagi seminggu. design baju masih saya tak tahu. boleh?



Ingatkan hanya saya


Lebih kurang empat bulan je lagi ke tarikh pernikahan.

Sangatlah amat merunsingkan jua adanya bila parut chicken pox disana sini.

Dengan berat badan yang kejap turun. kejab naik. 

Ingatkan hanya saya yeh. En. Petunang jua adanya begitu. 

Selalu complaint, perut boncit la. muka tak licin lah. rambut dah kuranglah. etc etc...

Seperti selalu, list dia selalu lagi banyak. Katanya mahu kelihatan kacak di hari pernikahan.

p dot s : Kamu selalu termuahh di hati yer En. Petunang!


En. Petunang setahun yang lepas..

Drama kasih sayam

Sungguh tak faham lah kan. kenapa kalau putus cinta je mesti nak kena maki-maki orang yang memutuskan percintaan tersebut kan.. wah!

Adalah amat menjengkelkan yeh bila time penuh kasih sayang dulu boleh pulak timeline masing-masing penuh kemesraan yang amatlah hebatnya. bagai mereka dua je yang reti bercinta. bila terputus cinta pula, lagilah hebat juga.. caci maki nyer.

Ouch! kenapa kau perlu begitu? suka-suka je nak maki anak orang.

Cer maafkan.

Lepas tu, hari-hari lepas solat tu.. doakan lah si mantan agar berbahagia selalu hendaknya dan supaya menjadi soleh/solehan.

Kasih sayang tak semestinya bersatu yeh. k.bai.


Monday, May 14, 2012

Fasha Sandha

Ehh betul kan eja macam tu? am not a fan of her yeh. tapi tak ingat bila cuma beberapa hari lepas ternampak gambar kahwin beliau ni. serius hati kata.. cantiknya dia. selalu kot nampak dia make-up and dress up yang cantik-cantik.

tapi this time she looks stunning. dia nampak lain. seri pengantin mungkin.

anyway, congrats for both of you. semoga diberkati Allah.



photos from mr. google.

Monday, April 16, 2012

Kasih sayang kosong

Kasih sayang yang membuat kita terus melakar.
mengukir, menulis bahagia.

Saat saya hilang kasih sayang itu, seperti saya kehilangan dakwat untuk terus menulis dan mengukir.

Saya tidak tahu lagi sekarang untuk apa. Kamu tahu, saya selalu capai apa yang saya mahu. saya suka lalukan semuanya sendiri. saya jarang gagal. Kerana dulu saya punya Ayah untuk saya rasa dia perlu bangga kerana dia ada saya. 

saya melatah.  #46 hari tanpa ayah.

Pertolongan

Terima kasih Allah atas segala kekuatan.
Terima kasih Allah atas segala pertolongan.


jujur saya tak yakin saya boleh lead team saya ke tahap ini, dalam waktu-waktu saya mengalami waktu sukar menghadapi sebuah kehilangan. 


Mac - awal April. tempoh yang seperti tidak memungkinkan apa jua pon. 

Harap ayah tahu dan masih senyum bangga. 

Lepas ni, saya kena menyusun langkah untuk mula merancang kesinambungan yang akan datang. Jujur.. kerana saya jangkakan projek ini gagal dan saya akan dibuang kerja. 

1, 2, 3... saya melangkah. moga ke depan.



Tuesday, March 20, 2012

Ayah #2

Ayah suka panggil anak-anaknya dengan nama yang hanya dia seorang sahaja yang akan panggil macamtu ~

saya awon'.

Al-Fatihah. I LOVE YOU.

Mak #1

Mak rindu arwah ayah agaknya.
Semalam mak masak ikan siakap kukus.

Selama 28 tahun saya hidup, hanya ayah sahaja yang masak siakap kukus tu ..

Arwah ayah seorang tukang masak yang sangat hebat! 

dah banyak kali ayah suruh saya belajar buat, nanti senang nak buat sendiri ayah cakap.

owh, mak cakap kenduri 100 hari arwah ayah nanti mak nak masak ikan siakap kukus cara ayah ni. InsyaAllah.

Chicken pox!

Dijangkiti chicken pox pada usia 28 tahun adalah sangat tidak awesome!
Terutama bila muka adalah kawasan sasaran utama.
Ini betul-betul mendapat seri bulan namanya. 

Tapi, saya ok dengannya. walau kawan-kawan ofis kata "kesiannya muka kau kak" pada hari pertama saya balik ke pejabat lepas cuti 12 hari dengan jayanya. 

Techically, 12 hari di rumah benar-benar menginsafkan.

Betapa payahnya nak baring. nak bangun dari tidur. payahnya nak sarung pakaian. payahnya nak duduk betul dan jalan elok. betapa kena kuatnya menahan gatal-gatalnya satu badan. betapa payahnya nak bercakap. betapa payahnya nak basuh muka. betapa payahnya nak menggosok gigi dan yang paling saya takut.. sakitnya kalau terlanggar buntil-buntil kecil ni.

Sangat menginsafkan bila fikir-fikir balik. Allah beri ujian sikit je ni. paling teruk dua minggu akan baik. ada orang penyakitnya kekal. kekal baring tak bangun. kekal sakitnya.. sampai akhir hayatnya mungkin. 

Tunang pesan, sabar. banyakkan zikir dan berdoa. doa dan amalan orang sakit mudah diterima. InsyaAllah.

Fuhh. sekarang tunggu bekas buntil-buntil kecil ni kering. saya positif parut boleh hilang! 

Lupa tadi nak tulis.. Terima kasih mak. sedaya upaya mak masak lauk-lauk tanpa minyak. mak masak sup dan bakar-bakar je. Terima kasih mak tolong sapukan ubat! 





Cik Mina Jalan-jalan.

Jalan-jalan kat blog kawan-kawan je.
kagum la. mcm mana dorang boleh menulis dalam bahasa yang tidak menjemukan.

ngeee... saya ada satu favorite blog. sangat favorite! she is currently writing serial short notes about her husband.

sangat sweet!

Saturday, March 17, 2012

Ayah #1

Terdengar lagu favourite ayah di Astro.
Menitik air mata.

He loved singing so much and none of us follow his footstep.

Al-Fatihah. I Love You.

Friday, March 16, 2012

Faham

Kadang-kadang ada satu-satu masa tu.
Hanya kita sahaja yang faham.

Rindu.

Sunday, March 11, 2012

Pernah Tak?

beberapa minggu lepas saya update status facebook dengan menyatakan ini - Am Jealous of Bella Swan.

saya tak maksudkan saya cemburukan Bella kerana bersuamikan pontianak kacak. cuma saya kagum bagaimana dua orang lelaki ini yang terus mencintai Bella kerana CINTA.

saya kagum dengan Jacob, sayang dia pada Bella tak berbelah bahagi.
saya kagum dengan Edward, hormatnya dia pada orang yang menyayangi isterinya.

Sigh*

I've Lost The Love I Love The Most

Selamat jalan ayah, tinggal kami semua disini.
semoga ayah tahu kasih sayang kami selalu dengan ayah.
 8 Jun 1947 - 1 Mac 2012.

Ayah sepanjang hayatnya, seorang yang suka bersedekah.
Ayah tak beri duit. Arwah ayah cuma sedekahkan tanaman kangkung, cili dan buah-buah yang ayah tanam.

Ayah sepanjang hayatnya, suka tolong orang.
tak kisah siapa. kenal atau tidak. arwah ayah tak lokek menolong.

Ayah sepanjang hayatnya, tak berdendam.
buatlah apa sahaja pada dia, pada anak-anaknya. kenduri kamu bukan sahaja dia hadir. malah akan ditolongnya juga kamu. sebab arwah ayah cakap, orang yang buat jahat dengan kita akan segan kalau kita balas dia dengan kebaikan.

pada hari ayah saya tiada baru saya tahu, betapa ramainya orang turut menyayangi dia.

.... terima kasih pada semua kawan-kawan yang sedekahkan bacaan yassin semenjak hari pertama arwah ayah dimasukkan ke ICU. terima kasih ucapan selamat buat kami sekeluarga dan doa sejahtera serta tahlil buat arwah ayah. terima kasih kerana telah menyempurnakan jenazah arwah ayah sehingga ke liang lahad. terima kasih menziarah kami sekeluarga sebelum dan selepas ketiadaan arwah. semoga kebaikan semua pada kami sekeluarga akan dibalas dengan kebaikan yang lebih banyak.

Kasih sayang yang tidak akan pernah padam. Semoga penawar hati ini, ditempatkan dikalangan orang yang diberi pengampunan dan sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t 

Al-Fatihah.

dah takde orang nak panggil saya Awon (Along).

 I LOVE YOU.



Tuesday, February 21, 2012

Orang Datang, Orang Pergi

Orang datang dan orang pergi. kadang-kadang saya benar-benar harap mereka akan terus dgn saya.
marah ke, kecil hati ke. saya minta maaf. saya tak mampu nak puaskan permintaan hati semua orang.
saya cuma harap, kamu tidak pernah pergi dari hidup saya. saya rindu.
jodoh, pertemuan, ajal dan maut kan di tangan tuhan. sila faham itu.

semoga kamu diberkati Allah selalu. 


Tuesday, February 14, 2012

Poligami.

Berani?
Saya beritahu tunang saya. saya tak menghalang poligami.
Bukan saya tak sayang dia. saya beritahu dia sekiranya satu hari nanti, itu adalah ujian kepada kami kelak.
(yelah, kadang-kadang kita kena beritahu pendirian kita pada orang sebelum terlambat. takut nanti berlaku perkara yang tidak-tidak..  jadi sebelum apa-apa berlaku biar dia tahu.)

Tapi syaratnya, dia yang beritahu saya. bukan juga kerana saya tahu kerana perbuatan yang tidak baik di belakang saya.

Taman Botani dengan En. Petunang, Sabtu 11 Februari 2012.

Di duga.

Kalau kisah kita adalah novel, ia pasti menjadi novel yang paling laris.
Kalau kisah kita adalah cerita televisyen, kita score rating tertinggi.
Kalau cinta kita adalah jalanraya, ianya jalan ke Cameron Highland.
Berliku dan sukar tapi pemandangan indah dipuncak..

...satu demi satu ujian utk kita. semoga Allah mempermudahkan sekiranya kita akan berpasagan disyurga Allah kelak.saya sayang awak.. walau kadang-kadang saya rapuh. saya janji saya akan kuat walau ini nilai yang perlu saya bayar demi orang yang saya sayang.


 photo :  tumblr.com

a sms to fiance, Friday 10th of February 2012.


Saya nak telefon berkamera.

teringin nak beli satu. tapi x jugak dapat-dapat. ada sahaja benda yang timbul disaat hampir-hampir nak membelinya. kan best kalau saya punya satu telefon macam tu. senang nak ambil gambar untuk blog saya. kan cerita beserta gambar itu lebih menarik...


*poooffff...

Friday, February 3, 2012

Kasih sayang


saya sayang keluarga saya.
saya tak pernah tahu samada mereka tahu atau tidak. 

"Family saya family angin. Ada angin taufan, ada ribut, ada monsun. Semualah. Nasib baik saya ni angin sepoi-sepoi bahse je."  - Afrah Zaini.

sejak saya baca wall post di facebook seorang kawan.
saya terfikir-fikir saya ni angin apa?

saya suka menyakat semua ahli keluarga saya.
saya suka menjaga ayah di hospital.
saya suka tolong mak saya.
saya berbual-bual dengan adik saya.

tapi 
kadang-kadang saya tak suka bila mereka bergurau dengan saya.
kadang-kadang saya annoyed bila ayah terlalu bergantung dengan saya. ya, saya tahu dia sakit.
kadang-kadang saya ada rasa marah dengan mak saya. saya mudah terasa hati dengan mak saya.
kadang-kadang saya lebih suka diam dari bercakap dengan mereka.


kepala angin barangkali. 





Wednesday, January 25, 2012

Rabu, 25 Januari 2012

Allah tu Maha penyayang. Allah itu sweet sangat.. 
setiap masa. setiap saat DIA memaafkan.
tak kira besar mana. banyak mana. kerap mana kita mengulang, DIA tetap maafkan. 
kadang2 malu juga dengan Allah. tapi tetap lupa acap kalinya. 
tapi Allah tak pernah marah. tak pernah tarik apa yang diberiNYA.
x pernah.
malah ditambah-tambah. 
sesungguhnya aku hambaMU yang zalim pada diriku sendiri. 
ya Allah, kurniakan keampunanMU, lindungi kami dari hasutan syaitan dan sifat buruk kami sendiri. tetapkanlah hati hati ini demi syurgaMU yang kami cari. amin ya Allah.
matikan aku dalam Iman ya Allah. 

*****

saya bangun pagi tadi. mengingatkan mati. 
lalu terfikir tentang kecuaian diri.

Allahhuakbar!

Monday, January 16, 2012

15th January 2012

semalam saya berjaya tunaikan janji saya.
dengan kawan-kawan saya.
untuk habiskan petang kami bersama-sama.
kami ke pasar.
kami masak.
kami juga buat kek.
kami juga menonton movie di rumah.

terima kasih kawan-kawan.



Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com