BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 24, 2012

Awkwardness

Perasaannya sangat awkward bila terserempak dengan bekas rakan sekolah (bukan rakan sekelas yeh) yang kamu tak ingat nama betulnya melainkan nama FB beliau.

Jangan lah dia perasan jerit hati. Sambil cari tempat duduk paling jauh. (nak cuci kereta benarnya).

Demm.. dan dia buleh pulak panggil nama kita. aduh! (Famous kan i?)

Lepas tu boleh pulak ingat nama beliau bila beliau dah balik.

Kenapa la storage dalam kepala ini begitu slow?!

grrrr....!!

P dot es : haruslah beliau kacak bergaya kan. #aishhh.



Sadis

Saya amatlah menghargai karya seni seorang jurugambar.
Pada amatan saya, jurugambar jarang sekali yang awesome.
Tak semua jurugambar punya sentuhan-sentuhan tertentu.. wah statement!

Sebenarnya memang amat kagum pokoknya bila melihat hasil jurugambar.

Maka selalulah saya ke website-website juru-juru gambar berkenaan. ke blog, web page dan bermacam-macam lagi kaedahnya.

TAPI..

Kadang-kadang terasa sadis bila ada jurugambar yang outdoor shoot ambil gambar pasangan yang belum muhrim dengan pelbagai kaedah posingnya.

Malu oke tengok gambar pasangan Islam sampai berlaga hidung bagai. Tengok yang bertudung lagi la terasa sadisnya.

Bila ada yang bertanya, jawab si jurugambar tersebut 'Kamu ada masalah ke dengan gambar tu?'.

SADIS terbaca jawapan beliau begitu.

Tiket atas nama karya tidak akan memudahkan Islam yeh. GAMBAR cantik juga kalau tak pegang-pegang.

Semoga kamu diberikan Allah kesedaran ye jurugambar graduate dari LONDON.

But seriously, gambar beliau awesome semuanya!





Sunday, May 20, 2012

Cameraman of The Day

Mula-mula jatuh cinta dengan Syazwan Yazid. Jatuh cinta pandang pertama pada hasil seninya.

He is young and talented. sangat talented yeh. sila lihat ini http://www.syazwanyazid.com/

SOBS! unfortunately I can't hire him sebab terjumpa sorang lagi fotographer yang cantik dan offer package yang sama dengan harga yang sangat murah juga. Tapi lebih murah dari Syazwan had offered me.

Kepada pasangan pengantin yang tak restricted pada budget tu, sila hire Syazwan Yazid!



Laman Satria katanya

Oke. Pakcik Rahman empunya syarikat Laman Satria Enterprise yang akan bertanggungjawab menguruskan bahagian canopy serta perhiasannya pada hari jadi itu kelak.

Pak Cik Rahman dan wife sangat oshem orangnya. Mula jatuh cinta dengan kerja mereka masa buat karnival baru-baru ni. Sangat profesionl dan sangat berkualiti hasil kerja mereka ini.

InsyaAllah, semoga makcik dan pakcik oshem di hari pernikahan saya jua nanti.


Mak Andam Oshem saya.

Ini adalah paling rumit sebenarnya.
Kawan-kawan rapat tak setuju saya hired mak andam yang ini.
Tapi saya yakin dengan kata hati.

hahaha.. saya bereksperimen. (adalah sangat malas berjalan kesana kesini mencari mak andam. yang berkenan pulak adalah tidak available pada tarikh berkenaan).

Tema pada hari berkenaan, insyaAllah adalah hijau untuk persandingan dan putih untuk nikahnya.

Seorang kawan rapat berhasrat untuk sponsor baju nikah. tapi saya kena fikir dua kali. terlalu mahal untuk majlis kecil saya. Saya kata, terima kasih kakak, tapi takpa saya cari dulu yeh. Orang-orang yang baik hari selalu ada di mana-mana kan?

Nak jumpa tailor lagi seminggu. design baju masih saya tak tahu. boleh?



Ingatkan hanya saya


Lebih kurang empat bulan je lagi ke tarikh pernikahan.

Sangatlah amat merunsingkan jua adanya bila parut chicken pox disana sini.

Dengan berat badan yang kejap turun. kejab naik. 

Ingatkan hanya saya yeh. En. Petunang jua adanya begitu. 

Selalu complaint, perut boncit la. muka tak licin lah. rambut dah kuranglah. etc etc...

Seperti selalu, list dia selalu lagi banyak. Katanya mahu kelihatan kacak di hari pernikahan.

p dot s : Kamu selalu termuahh di hati yer En. Petunang!


En. Petunang setahun yang lepas..

Drama kasih sayam

Sungguh tak faham lah kan. kenapa kalau putus cinta je mesti nak kena maki-maki orang yang memutuskan percintaan tersebut kan.. wah!

Adalah amat menjengkelkan yeh bila time penuh kasih sayang dulu boleh pulak timeline masing-masing penuh kemesraan yang amatlah hebatnya. bagai mereka dua je yang reti bercinta. bila terputus cinta pula, lagilah hebat juga.. caci maki nyer.

Ouch! kenapa kau perlu begitu? suka-suka je nak maki anak orang.

Cer maafkan.

Lepas tu, hari-hari lepas solat tu.. doakan lah si mantan agar berbahagia selalu hendaknya dan supaya menjadi soleh/solehan.

Kasih sayang tak semestinya bersatu yeh. k.bai.


Monday, May 14, 2012

Fasha Sandha

Ehh betul kan eja macam tu? am not a fan of her yeh. tapi tak ingat bila cuma beberapa hari lepas ternampak gambar kahwin beliau ni. serius hati kata.. cantiknya dia. selalu kot nampak dia make-up and dress up yang cantik-cantik.

tapi this time she looks stunning. dia nampak lain. seri pengantin mungkin.

anyway, congrats for both of you. semoga diberkati Allah.



photos from mr. google.


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com