BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 13, 2014

Umar dan Baby Bullet


Alhamdulillah. Semakin hari semakin ringan tangan-tangan ni semua menyediakan makan untuk si anakanda Umar.

Kalau hari pertama sehingga hari ketiga Umar makan puree kentang, hari keempat Ummi buatkan Umar puree brocolli + carrot. Semalam rajin sikit, sebelah petang Umar makan puree Epal merah.

Umar makan with satisfaction. Siap bunyi-bunyi. Abah gelak-gelak tengok gelagat anak bujangnya makan. 

Dan pagi-pagi tadi, Ummi bangun awal siapakan bubur nasi + brocolli untuk dibuat puree.

Perasaannya bangga dan gembira bercampur-campur sebab dapat masak untuk anak. Terima kasih Allah beri perasaan kasih sayang macam ni terhadap Umar.

Alhamdulillah syukur sangat, Ummi dapat beli gadget untuk menyediakan puree Umar dengan harga promosi. Macam orang mengantuk di sorong bantal bila barang idaman dapat dibeli dengan harga lebih murah. :)


Kebaikan Baby Bullet ni, satunya perkakasan penyediaan makanan anak tak bercampur dengan perkakasan lain rumah. Contoh, kita ada blander khas untuk blend makanan anak. Bekas juga tak bercampur dengan bekas plastik di rumah yang mungkin kita guna untuk simpan belacan, cili etc. Saiz Baby Bullet juga memudahkan kerja dan menjimatkan masa kerana ianya kecil. Mudah nak basuh. Selain tu Baby Bullet ni turut didatangkan dengan buku resepi dan jenis-jenis makanan serta khasiat-khasiatnya untuk anak kita. Senarai makanan terlarang, maknanya yang tinggi risiko alergi juga ada tersenarai.

I am a happy Baby Bullet user.

Gambar : Ihsan Google

Bukan senang nak yakinkan orang kenapa kita pilih masak sendiri untuk anak dari membeli makanan bayi dalam tin tau. Lebih-lebih lagi anak berperangai pelik atau tiba-tiba kejadian pelik terjadi pada hari pertama anak makan. 

Macam Umar, badannya tiba-tiba naik ruam halus dari leher hingga ke tapak kaki. Seperti tanda alahan. Risau juga especially when you get the blame. Alhamdulillah, Umar ok sebenarnya. Bukan allergic kata Doktor di Pusat Perubatan An-nur. Doktor juga mati punca. Cuma minta Umar di observe. Ruam hilang pada keesokan harinya. Wee.. bukan sebab salah makan atau apa. Mugkin ruam panas sahaja.

Kadang-kadang susah nak beritahu orang kenapa, cuma selalu tanam yakin dalam hati yang saya hendak beri yang terbaik untuk anak. Saya yakin makanan yang saya masak sendiri ada kasih sayang di dalamnya. Saya yakin bersihnya. Lebih variasi. Lebih segar. Dan yang paling penting, saya gembira. Masakan tidak, makanan anak adalah hasil dari air tangan Umminya. :) Mesti mak-mak yang masak sendiri faham rasanya ini.

Untuk suapkan Umar saya gunakan Boon Squirt.

Gambar : Ihsan Google

Dengan sudu ini, saya tak perlukan mangkuk. Hanya perlu picit sahaja badan sudu untuk suapkan Umar makan. Pada saya sudu ni lebih cermat. Boleh elak anak dari pukul mangkuk puree sehingga jatuh dan sebagainya. Abah Umar juga excited nak beri makan Umar dengan menggunakan Boon Squirt.

:) Rasanya itu sahaja catatan Ummi yang bahagia. Wink*


Friday, January 10, 2014

Mampukah?

I remembered, there was a time, I insist to do the detail scan on my fetus. But realizing what it can bring if it is not what as I  hope for. I have changed my mind.

Perasaannya takut. Takut sekiranya ianya bukan bayi yang kita inginkan. Yang kita dambakan. Kuatkah?

Bagaimana sekiranya ianya cacat?

Lama tau fikir. Bincang-bincang dengan suami. Pasti setiap bakal ibu, bakal bapa mesti nak anak yang cukup serba serbi.

Akhirnya, kami buat keputusan. Kami tak mampu teruskan niat. Kerana tak mampu berlaku kejam sekiranya anak yang saya bawa tidak sempurna.

Bangun malam. Berdoa siang dan malam. Mohon Allah kuatkan hati. Untuk terima apa sahaja yang telah ditentukan kelak.

Tak lupa, doakan anak. Semoga lahir sihat sempurna. Diperindah dengan akhlak mulia. Semulia Nabi Allah swt dan juga para sahabat semoganya.

Allah. 

(Backdated post)

Alhamdulillah. Allah makbulkan doa. Umar lahir pada 15 Ramadhan 1434 Hijrah. Menangis halus. Semoga syurga tempat kamu, anak.


Umar's Big Day

Assalammualaikum.

Wah, tahun baru. Mood Baru. Ujian Baru.
Moga kuat dan istiqamah menanam yakin pada takdir Allah.

Ok. Sebenarnya hari ini nak menulis tentang anakanda Umar Rayyan yang sudah menjangkau usia 5 1/2 bulan tu. Alhamdulillah. Ummi dan Abah sepakat nak memberi Umar makan selepas yakin bahawa Umar sudah cukup bersedia untuk menerima makanan pertamanya!

Berdasarkan pembacaan, Umar diyakini telah menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk makan. ^^ Antara tanda-tanda yang Umar tunjukkan ialah:

1. Umar dah mampu mengawal kepalanya. Maknanya dia tak terlentok-lentok ke kanan atau ke kiri tanpa kawalan.
 
2. Umar dah boleh duduk dengan sokongan Ummi atau Abah.

3. Berat Umar telah mencapai dua kali ganda beratnya semasa lahir. (3.15kg x 2 = 6.3kg) Berat semasa Umar ialah 6.95kg. :)

4. Umar mula tunjukkan minat bila melihat orang makan. Meleleh air liur kadang-kadang. Kesian anak Ummi.

5. Dan kadang-kadang Umar nak mencapai makanan yang kita makan. 

6. Umar juga dah boleh memegang dengan kuat, dan selalu juga suakan apa yang di pegang ke mulut.

Tapi dek kerana niat awal nak beri makan Umar pada usia 6 bulan. Saya double check dengan seorang kenalan yang juga Doktor kanak-kanak. And she said, it is ok to feed Umar at 5 1/2 months. In fact, I should have start earlier because I am not breastfeed Umar. 

 Baru tahu rupanya, beri makan bayi pada umur 6 bulan adalah ekslusif pada bayi yang menyusu badan sepenuhnya. :)




Source:
Tanda-tanda-bayi-sudah-bersedia-untuk.html
Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan.

Selain tanda-tanda diatas, mengikut buku direktori Baby Bullet (perkakas penyediaan makanan Umar) bayi yang mampu mengalihkan muka untuk memberitahu kita yang dia sudah kenyang juga adalah salah satu tanda bayi telah bersedia untuk makan.

Alhamdulillah! Umar enjoyed his first meal.


Friday, November 1, 2013

Mertua


Macam selalu. Kena mula dulu baru dapat dengar suara Mak.
Ada suatu hari, Mak beritahu, Mak suka bercakap dengan Aminah.
Stunned. 
Sebab Aminah ni memang suka bercakap mendengar dan cakap balik.

Ketawa. Mertua saya pendiam orangnya.


Melahirkan secara Induce.


Tersilap pilih. mungkin itu istilah yang paling sesuai. Heheh.

Sakit ye bagi yang memilih melahirkan secara 'paksa' ni. Pengajarannya ialah, bila Doctor beri penerangan itu dengar betul-betul dan harus menanyakan risikonya. Jangan asyik nak fikir teruja nak sambut orang baru je oke.

Faktor-faktor induce:
  • Sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada di luar rahim berbanding di dalam rahim.
  • Melebihi tarikh jangka lahir atau EDD . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
  • Bayi terancam oleh preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki),  pertumbuhan bayi boleh terencat , nyawa ibu boleh terancam jika berlaku 'sawan beranak' atau eclamptic fit.
  • Diabetes - Pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi boleh mati sebelum cukup bulan.
  • 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri dan kesannya ialah bayi tidak membesar,rendah berat badan atau IUGR.
  • Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab-sebab peribadi.
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37 minggu hingga 40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg.

source: http://aishukri.blogspot.com/2012/02/saat-saat-melahirkan-anakku.html

Bagi kes saya, saya di induce kerana pergerakan baby kurang berbanding hari biasa. Kira-kira hanya 3 tendangan sahaja dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang (sewaktu pemeriksaan mingguan).

Bagaimana saya di induce:

1. Selepas dirujuk ke O&G Hospital Kajang oleh Doktor di Klinik Kesihatan Bangi, saya menjalani pemeriksaan untuk memastikan denyutan jantung anak dalam keadaan baik. Ia dipanggil CTG monitoring selama 2 jam.

2. Memandangkan usia kandungan telah mencapai minggu ke-39, dan saya mengadu pergerakan bayi yang kurang aktif, saya di tahan di wad dan dicadangkan untuk induce. Ubat pertama di masukkan melalui vagina pada 22hb Julai kira-kira pada jam 10.00 malam. Selepas itu pemantauan CTG berselang 4 jam dilakukan.

3. Oleh kerana ubat pertama tidak meransang contraction, ubat kedua dimasukkan pada 23hb Julai 2013 pada jam 8.00 malam. Saya mulai rasa sakit memulas mulai tengah malam dan  CTG menunjukkan ada tanda contraction pasif. Pada jam 6 pagi, 24hb Julai 2013 bukaan pada pintu rahim hanya 3cm. Ini amat membimbangkan saya dan juga doktor. Baby tak mahu keluar istilah tidak rasminya. Makanya Doktor terpaksa menyeluk pintu rahim untuk membantu bukaan sehingga 4 cm untuk membolehkan saya ke Labour Room. (Ini kerana saya menolak di masukkan ubat kali ke 3 yang juga akan dimasukkan melalui vagina. Sakit.)

4. Jam 9.00 pagi, 24 Julai 2013, selepas bersarapan, saya di bawa ke Labour Room untuk dipecahkan air ketuban dan dimasukkan ubat induce secara cecair secara drip. Ketika dibawa ke Labor Room, contraction semakin kerap dan syukur kerana jururawat pelatih yang ada sangat membantu untuk menenangkan dan menerangkan setiap prosedur yang di buat.

5. Air ketuban dipecahkan kira-kira pada jam 10.30 dan contraction semakin kuat. Umar dilahirkan pada jam 12.20 tengah hari sebelum sempat ubat induce di masukkan. (Keadaan baby yang lemah menyebabkan ubat induce tidak dipasang. Hanya diberi drip air untuk menenangkan baby). Alhamdulillah, semuanya terasa pantas dan serius, nurse wad bersalin hospital kajang sangat awesome!

Sedikit info tentang induce: 

1. Induce
2. Inducing-labor by Baby Centre
3. Monitoring-your-baby-during-labour

Sekiranya ubat ketiga yang dimasukkan melalui vagina juga tidak membantu kepada pembukaan/melembutkan pintu rahim, ibu akan menjalani pembedahan caesarian untuk membantu proses kelahiran.

Sekadar berkongsi. Setelah melahirkan sendiri, baru faham betapa susahnya emak kita nak melahirkan kita. Terasa kagum, emak saya seorang yang sangat kuat.

Selagi masih mampu, walau dalam sakit contraction, ambil lah wuduk tunaikan solat fardu dan solat sunat.

Jangan lupa juga untuk minta maaf. Pada suami dan emak.

Semoga dipermudahkan.








Umar Ummi



Sayangnya Ummi tak terzahir. 
Memiliki kamu adalah anugerah.
24 Julai 2013 / 15 Ramadhan 1434H.

Membesarlah anak, semoga soleh. Lembut dan terang hatinya.
Penyabar jiwanya.
Berani. Beraklak dan beriman semoganya. 
Amin.





Saya rasa saya Superhero

Bila dah lebih setahun bergelar isteri ini kan, kadang-kadang saya rasa saya dah boleh jadi seorang adi wira dah. Boleh begitu?

Menjadi isteri ni macam naik pangkat juga. Maknanya tanggungjawab juga lebih besar. Macam naik pangkat tu.

Kadang-kadang rasa macam naik pangkat jadi supervisor. Nak kena inspect semua benda dalam rumah, makan pakai suami dan terbaru si nyawa hati, Umar Rayyan.

Celik sahaja mata, menguruskan sarapan dan bekalan suami ke tempat kerja.
Si nyawa hati juga perlu di uruskan untuk ke rumah pengasuh.
Macam askar. Setiap hari kena bersiap siaga. Mesti ada plan A dan plan B. Mesti laju berfikir macam broker saham.

Itu kisah buka mata. Nak tutup mata pun boleh tahan checklistnya. Macam Jaga. Lepas pusing keliling bangunan baru boleh duduk. Aunty Jaga yang ini pula nak kena pastikan yang beg anak dah ready top-up baju dan pampers untuk ke rumah pengasuh. Nak kena pastikan anak tidur dalam keadaan paling selesa. Suami juga, kalau demam kena pastikan dia dah makan ubat, diselimutkan, vicks dan ubat dan air yang perlu, ada berdekatan. Begitu juga anak. Dah rasa macam Nurse.

Diantara buka dan tutup mata tu juga nak kena juga jadi Chef, nak kena jadi tukang laundry juga untuk urusan membasuh dan melipat bagai. Mujur bab menggosok suami hantar ke Dobi.

Best jadi isteri. Jujur ni. Sebab dulu bila tengok mak buat rasa macam tak mampu nak jadi macam tu. Rasa tak mampu nak bangun pagi, memasak. Petang juga memasak. Nak jaga diri lagi. Suami. Anak. 

Dulu rasanya saya seorang yang tahap sabarnya itu senipis kulit bawang. Sekarang setebal dinding gua rasanya.

Dulu tak pandai sangat nak bertoleransi (dengan suami). Sekarang dah perlahan-lahan pandai. Dah pandai macam Duta Keamanan. Banyak dengar, fikir yang rasional dan cakap yang baik-baik.

Rasanya, kalau tidak kerana Allah yang memberikan kekuatan hati. Mesti semua ini tak akan jadi. Saya tidak akan berasa seperti Superhero. Terima kasih Allah. Untuk suami dan anak. Juga hati yang menyayangi mereka sedalamnya.

  



Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com