BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 27, 2011

Benar

benar kata seorang sepupuku
katanya nak berubah memang mudah
tapi untuk kekal dalam kebaikan itu yang tidak mudah 

sejak hati mulai sembuh
teringin hati membalas perbuatan sesiapa

ya Allah, ampunkan hambaMu ini.
jauhkan aku dari perbuatan - perbuatan yang menzalimi diriku sendiri
aku mohon perlindungan Mu ya Allah 
dari hasutan dan godaan 
syaitan dan iblis laknatullah.

kekalkan aku dalam dalam Rah'man dan Rah'him mu ya Allah. 


Tuesday, February 22, 2011

ATOK



 
entah kenapa hari ni teringin sangat nak buat entry tentang lelaki kesayangan aku nan satu ni
mungkin sebab dah lama tak balik kampung menjenguk beliau atau atuk juga rindu.

bukan tak mahu balik menjenguk, tapi tak sampai hati nak menjawab soalan-soalan atuk.
orang tua kan perisau, risau cucunya belum bekerja lah, kerja tak tetap lah, tak kahwin lah
itu yang benar-benar buat aku tak sampai hati.

atuk dah tua dah. dah 87 tahun umur atuk.
sejak-sejak atuk uzur dan tak boleh memandu
aku yang ambil alih tugas atuk sebagai pemandu rasmi.

kalau dulu, masa kecil-kecil atuk yang jemput dari sekolah.
sekarang giliran along pulak bawa atuk.
atuk bukan nak pergi jauh-jauh pon. 
hanya sekitar pekan Rembau.
 samada ke kedai P. Ramlee potong rambut 
atau
kedai favourite beliau  "Kedai Jin Min".
aku rasa mungkin sebab aku tak kisah sangat kalau atuk ambil barang-barang
'larangan' seperti coke, ais krim dan jajan 
buat aku selalu di ajak sebagai peneman atuk kalau atuk nak ke kedai.
(atuk saya ada diabetis)

bukan tak sayang atuk. tapi kesian kat atuk.
pantang sangat pon bukan boleh baik kan tuk?
hehehe..cukup lah kalau kita tahu had atuk nak makan banyak mana.
atuk nak rasa apa salahnya. kan tuk?

=)

ingat lagi, atuk beri hadiah cekak rambut warna biru
masa birthday ke-9 tahun.
boleh ingat lagi 'rasa teruja' dapat hadiah dari atuk tu
sampai sekarang.

i love u atuk.




Saturday, February 19, 2011

i am real

there was a time i thought by acting brave i could put a revenge to those who are breaking my heart 
ya, it works ~ externally.
(dear, you can lie to others but not to yourself.)
been in this situation for quite sometimes.

i pray hard to Allah, begging for HIS mercy to showered me with HIS bless
to fade all of this sorrow away.

Alhamdulillah, Allah berikan saya kawan-kawan
untuk menemani sepanjang jalan menempuh lara
dengan nasihat, dengan kata-kata semangat, dengan kata-kata yang baik-baik
buat saya sedar betapa saya juga hebat, betapa saya juga istimewa
betapa saya juga sama dengan orang lain.
Allah bukan gantikan saya dengan seorang, bukan dua, bukan tiga 
tetapi ramai untuk buka hati dan mengubat jiwa 
supaya tenang menerima.

Alhamdullillah, saya yakin saya lebih kuat berbanding dulu.
dan yang paling penting saya tidak berpura-pura.
the cheering and talkative mina is BACK!

dan sekarang, bila saya kenang-kenang balik
saya boleh ketawa
nasib tiada siapa yang merakam wajah hodoh saya
menangis-nangis akibat sombong dengan takdir saya.

sure kelakar lagi huduh.
=)

kami juga ada berjumpa dan berbicara.
Alhamdulillah, walau ada sedikit ragu sekiranya saya akan gagal mengawal emosi pada awalnya
namun Allah menjadikan semuanya lancar.
kami berbincang persis rakan-rakan. tiada dendam dan tiada marah.
kami serahkan semua pada takdir Allah.
insyaAllah. saya yakin, there's  always something good in every goodbye. 
it is either let it define me, destroy me, or let it strengthen me.

forgiving doesn't make me weak
it proves how strong i am.


thanks for every shoulders for me to cried ya! 



cerita katak dengan arnab ~ by kikin

pada satu hari, sedang seekor anak arnab bermain di tepi kolam. terdapat seekor anak katak yang memerhatikan si anak arnab. lalu si anak katak tadi mendekati dan berkata pada si anak arnab 

"engkau ni beruntung lah arnab,engkau mempunyai tuan yang menyayangi engkau,yang memberi engkau makan, tambahan engkau juga cantik. semua orang suka akan engkau, aku cemburu melihat engkau. aku hanya si katak hodoh, tiada yang mahu membela aku, aku juga mencari makanan ku sendiri dan tiada yang suka pada aku"

lalu si anak arnab pun menjawab

"jangan begitu katak, sebenarnya kita semua sama. kita semua makhluknNya. tiada satu pun sempurna. engkau sepatutnya lebih bersyukur. sekurang-kurangnya engkau bebas menikmati alam sepanjang hayat. melompat dan berenang kesana kemari. engkau juga bebas memakan apa yang kau suka. tidak seperti aku yang dikurung sahaja oleh tuan aku."


cerita ni dikarang oleh kikin, tika aku menjadi orang yang paling sedih kerana kehilangan. atau dengan kata lain, tika menjadi orang yang paling tidak redha dengan kehilangan itu. terima kasih kikin. sebab kikin buat mina sedar tak semua perkara perkara kita lalui itu adalah buruk. kadang-kadang ianya adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.
cuma mina yang lambat sedar.




(this text was send from kikin via phone on 29/12/2010. 6.64p.m.)




Friday, February 11, 2011

Dear I Don’t Life In Fairytales, I missed U


agak lama dah tak blogging
alhamdulillah,
dah nak masuk dua bulan lebih kurang
sekarang  aku dah  ‘berjalan semula’

dah boleh terima apa itu pergi
apa itu hilang

Si pemberi nasihat juga
kadang-kadang hanyut tau!

itu bukti kepada hakikat
‘senang cakap dari buat’

bertuah juga blog tidak dijadikan medan ‘tuju-tuju’
=)
bangga dengan diri saya
walau terkadang ada juga melatahnya.

minta maaf, jika dalam keadaan saya yang beremosi saya
menyinggung kamu

walau apa pun, saya cuba tidak sombong dengan takdir saya
saya redha

semoga Allah
permudahkan urusan kita semua, dunia dan akhirat.

p/s:
Jika sesat, cari jalan pulang supaya jangan hilang tidak berarah.
 jika meminta, jangan selain dariNya
dan Jangan juga meminta yang lebih2 dariNya
kerana DIA tahu apa yang kita perlu lebih dari apa yang kita mahu.



(tajuk entry saya tiada kena mengena dengan isi kn? huhuhu)


saya rasa istimewa sebab kamu : terima kasih

saya tak pernah terfikir pun
bahawa ada orang yang kisah untuk membaca blog saya

 dan
tak terlintas juga
bahawa ada orang yang akan perasan
yang saya dah lama tidak blogging

terus terang
baru saya tahu saya ada FAN!
(weeee.. Alhamdulillah)

Above that all

THANK YOU
Because of you, I start writing again.
(with a wide smile on my face oke!)

 THANK YOU
Cos’ now
i just knew that I’m IMPORTANT to some people life
(mana yang baik ikutlah, yang tak baik tu jadikan sempadan)

THANK YOU
Cos’ now
I just knew my ability to inspire you from my writing
(I still wonder how my writing affected you… hehehe)

THANK YOU
KIKIN!

(Tapi kan kenapa u tak ada dalam follower list i ni?)



=)

p/s : saya tuntut janji kamu!

 (ini untuk kikin!)



Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com