BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 1, 2013

Mertua


Macam selalu. Kena mula dulu baru dapat dengar suara Mak.
Ada suatu hari, Mak beritahu, Mak suka bercakap dengan Aminah.
Stunned. 
Sebab Aminah ni memang suka bercakap mendengar dan cakap balik.

Ketawa. Mertua saya pendiam orangnya.


Melahirkan secara Induce.


Tersilap pilih. mungkin itu istilah yang paling sesuai. Heheh.

Sakit ye bagi yang memilih melahirkan secara 'paksa' ni. Pengajarannya ialah, bila Doctor beri penerangan itu dengar betul-betul dan harus menanyakan risikonya. Jangan asyik nak fikir teruja nak sambut orang baru je oke.

Faktor-faktor induce:
  • Sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada di luar rahim berbanding di dalam rahim.
  • Melebihi tarikh jangka lahir atau EDD . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
  • Bayi terancam oleh preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki),  pertumbuhan bayi boleh terencat , nyawa ibu boleh terancam jika berlaku 'sawan beranak' atau eclamptic fit.
  • Diabetes - Pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi boleh mati sebelum cukup bulan.
  • 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri dan kesannya ialah bayi tidak membesar,rendah berat badan atau IUGR.
  • Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab-sebab peribadi.
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37 minggu hingga 40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg.

source: http://aishukri.blogspot.com/2012/02/saat-saat-melahirkan-anakku.html

Bagi kes saya, saya di induce kerana pergerakan baby kurang berbanding hari biasa. Kira-kira hanya 3 tendangan sahaja dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang (sewaktu pemeriksaan mingguan).

Bagaimana saya di induce:

1. Selepas dirujuk ke O&G Hospital Kajang oleh Doktor di Klinik Kesihatan Bangi, saya menjalani pemeriksaan untuk memastikan denyutan jantung anak dalam keadaan baik. Ia dipanggil CTG monitoring selama 2 jam.

2. Memandangkan usia kandungan telah mencapai minggu ke-39, dan saya mengadu pergerakan bayi yang kurang aktif, saya di tahan di wad dan dicadangkan untuk induce. Ubat pertama di masukkan melalui vagina pada 22hb Julai kira-kira pada jam 10.00 malam. Selepas itu pemantauan CTG berselang 4 jam dilakukan.

3. Oleh kerana ubat pertama tidak meransang contraction, ubat kedua dimasukkan pada 23hb Julai 2013 pada jam 8.00 malam. Saya mulai rasa sakit memulas mulai tengah malam dan  CTG menunjukkan ada tanda contraction pasif. Pada jam 6 pagi, 24hb Julai 2013 bukaan pada pintu rahim hanya 3cm. Ini amat membimbangkan saya dan juga doktor. Baby tak mahu keluar istilah tidak rasminya. Makanya Doktor terpaksa menyeluk pintu rahim untuk membantu bukaan sehingga 4 cm untuk membolehkan saya ke Labour Room. (Ini kerana saya menolak di masukkan ubat kali ke 3 yang juga akan dimasukkan melalui vagina. Sakit.)

4. Jam 9.00 pagi, 24 Julai 2013, selepas bersarapan, saya di bawa ke Labour Room untuk dipecahkan air ketuban dan dimasukkan ubat induce secara cecair secara drip. Ketika dibawa ke Labor Room, contraction semakin kerap dan syukur kerana jururawat pelatih yang ada sangat membantu untuk menenangkan dan menerangkan setiap prosedur yang di buat.

5. Air ketuban dipecahkan kira-kira pada jam 10.30 dan contraction semakin kuat. Umar dilahirkan pada jam 12.20 tengah hari sebelum sempat ubat induce di masukkan. (Keadaan baby yang lemah menyebabkan ubat induce tidak dipasang. Hanya diberi drip air untuk menenangkan baby). Alhamdulillah, semuanya terasa pantas dan serius, nurse wad bersalin hospital kajang sangat awesome!

Sedikit info tentang induce: 

1. Induce
2. Inducing-labor by Baby Centre
3. Monitoring-your-baby-during-labour

Sekiranya ubat ketiga yang dimasukkan melalui vagina juga tidak membantu kepada pembukaan/melembutkan pintu rahim, ibu akan menjalani pembedahan caesarian untuk membantu proses kelahiran.

Sekadar berkongsi. Setelah melahirkan sendiri, baru faham betapa susahnya emak kita nak melahirkan kita. Terasa kagum, emak saya seorang yang sangat kuat.

Selagi masih mampu, walau dalam sakit contraction, ambil lah wuduk tunaikan solat fardu dan solat sunat.

Jangan lupa juga untuk minta maaf. Pada suami dan emak.

Semoga dipermudahkan.








Umar Ummi



Sayangnya Ummi tak terzahir. 
Memiliki kamu adalah anugerah.
24 Julai 2013 / 15 Ramadhan 1434H.

Membesarlah anak, semoga soleh. Lembut dan terang hatinya.
Penyabar jiwanya.
Berani. Beraklak dan beriman semoganya. 
Amin.





Saya rasa saya Superhero

Bila dah lebih setahun bergelar isteri ini kan, kadang-kadang saya rasa saya dah boleh jadi seorang adi wira dah. Boleh begitu?

Menjadi isteri ni macam naik pangkat juga. Maknanya tanggungjawab juga lebih besar. Macam naik pangkat tu.

Kadang-kadang rasa macam naik pangkat jadi supervisor. Nak kena inspect semua benda dalam rumah, makan pakai suami dan terbaru si nyawa hati, Umar Rayyan.

Celik sahaja mata, menguruskan sarapan dan bekalan suami ke tempat kerja.
Si nyawa hati juga perlu di uruskan untuk ke rumah pengasuh.
Macam askar. Setiap hari kena bersiap siaga. Mesti ada plan A dan plan B. Mesti laju berfikir macam broker saham.

Itu kisah buka mata. Nak tutup mata pun boleh tahan checklistnya. Macam Jaga. Lepas pusing keliling bangunan baru boleh duduk. Aunty Jaga yang ini pula nak kena pastikan yang beg anak dah ready top-up baju dan pampers untuk ke rumah pengasuh. Nak kena pastikan anak tidur dalam keadaan paling selesa. Suami juga, kalau demam kena pastikan dia dah makan ubat, diselimutkan, vicks dan ubat dan air yang perlu, ada berdekatan. Begitu juga anak. Dah rasa macam Nurse.

Diantara buka dan tutup mata tu juga nak kena juga jadi Chef, nak kena jadi tukang laundry juga untuk urusan membasuh dan melipat bagai. Mujur bab menggosok suami hantar ke Dobi.

Best jadi isteri. Jujur ni. Sebab dulu bila tengok mak buat rasa macam tak mampu nak jadi macam tu. Rasa tak mampu nak bangun pagi, memasak. Petang juga memasak. Nak jaga diri lagi. Suami. Anak. 

Dulu rasanya saya seorang yang tahap sabarnya itu senipis kulit bawang. Sekarang setebal dinding gua rasanya.

Dulu tak pandai sangat nak bertoleransi (dengan suami). Sekarang dah perlahan-lahan pandai. Dah pandai macam Duta Keamanan. Banyak dengar, fikir yang rasional dan cakap yang baik-baik.

Rasanya, kalau tidak kerana Allah yang memberikan kekuatan hati. Mesti semua ini tak akan jadi. Saya tidak akan berasa seperti Superhero. Terima kasih Allah. Untuk suami dan anak. Juga hati yang menyayangi mereka sedalamnya.

  



Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com