BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 1, 2013

Saya rasa saya Superhero

Bila dah lebih setahun bergelar isteri ini kan, kadang-kadang saya rasa saya dah boleh jadi seorang adi wira dah. Boleh begitu?

Menjadi isteri ni macam naik pangkat juga. Maknanya tanggungjawab juga lebih besar. Macam naik pangkat tu.

Kadang-kadang rasa macam naik pangkat jadi supervisor. Nak kena inspect semua benda dalam rumah, makan pakai suami dan terbaru si nyawa hati, Umar Rayyan.

Celik sahaja mata, menguruskan sarapan dan bekalan suami ke tempat kerja.
Si nyawa hati juga perlu di uruskan untuk ke rumah pengasuh.
Macam askar. Setiap hari kena bersiap siaga. Mesti ada plan A dan plan B. Mesti laju berfikir macam broker saham.

Itu kisah buka mata. Nak tutup mata pun boleh tahan checklistnya. Macam Jaga. Lepas pusing keliling bangunan baru boleh duduk. Aunty Jaga yang ini pula nak kena pastikan yang beg anak dah ready top-up baju dan pampers untuk ke rumah pengasuh. Nak kena pastikan anak tidur dalam keadaan paling selesa. Suami juga, kalau demam kena pastikan dia dah makan ubat, diselimutkan, vicks dan ubat dan air yang perlu, ada berdekatan. Begitu juga anak. Dah rasa macam Nurse.

Diantara buka dan tutup mata tu juga nak kena juga jadi Chef, nak kena jadi tukang laundry juga untuk urusan membasuh dan melipat bagai. Mujur bab menggosok suami hantar ke Dobi.

Best jadi isteri. Jujur ni. Sebab dulu bila tengok mak buat rasa macam tak mampu nak jadi macam tu. Rasa tak mampu nak bangun pagi, memasak. Petang juga memasak. Nak jaga diri lagi. Suami. Anak. 

Dulu rasanya saya seorang yang tahap sabarnya itu senipis kulit bawang. Sekarang setebal dinding gua rasanya.

Dulu tak pandai sangat nak bertoleransi (dengan suami). Sekarang dah perlahan-lahan pandai. Dah pandai macam Duta Keamanan. Banyak dengar, fikir yang rasional dan cakap yang baik-baik.

Rasanya, kalau tidak kerana Allah yang memberikan kekuatan hati. Mesti semua ini tak akan jadi. Saya tidak akan berasa seperti Superhero. Terima kasih Allah. Untuk suami dan anak. Juga hati yang menyayangi mereka sedalamnya.

  


No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com