BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

Salahudin Ayubi

disebabkan terlalu banyak masa terluang dek bergelar pengganggur,
kini masa kebanyakkan di habiskan dengan menghadap 'muka buku', memasak, mengemas dan membasuh..
persis si suri rumah juga adanya
huhuhu..

kegemaran membaca juga sudah agak lama ditinggalkan
entah bagaimana semalam, aku terjumpa sebuah buku yang bertajuk
Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem
(salah satu buku dari koleksi pahlawan Islam)

seriously, 
kalo aku tak baca buku tu semalam, memang aku tak kenal siapa beliau
sungguh cetek pengetahuan aku tentang tokoh-tokoh islam kan?
and insyaAllah i'll will start digging from today on.
kalau bukan kita, siapa lagi yang nak ambil tahu kan?

sedikit sebanyak tentang Salahudin Ayubi ialah beliau merupakan tokoh yang mengetuai tentera Islam dalam memerangi tentera salib bagi merampas kembali Masjidil Al-Aqsar yang dikuasai tentera salib.
beliau merupakan seorang yang mahir bermain senjata dan hebat mengendalikan kuda serta bijak menyusun strategi perang.
beliau juga seorang pemimpin yang berserdahana dalam hidup dan tidak pernah alpa dengan pujian. 
beliau seorang manusia yang tujuan hidupnya hanya kerana Allah dan segala perbuatannya diniatkan kerana Allah.
beliau semasa hayatnya ketika memimpin tentera Islam beliau banyak mencontohi Rasulullah s.aw. dalam banyak perkara.
beliau juga seorang pemimpin yang adil dan banyak membela nasib rakyatnya menyebabkan dia disayangi dan dihormati.


memang tak rugi membaca buku ni sebab banyak iktibar yang boleh kita dapat dan kamu juga harus membacanya juga ya. 


hurm, pandai ke?

nak dijadikan cerita malam raya aidiladha hari tu selepas maghrib
ayah 'paksa' aku juga untuk ke rumah sang chenta hati untuk menghantar lemang
walau sepatutnya aku berjanji untuk kesana keesokan harinya
ayah cakap lemang yang baru masak sedap sebab masih panas
(sayangnya ayah kat u yang..)
makanya ekspedisi ke bangi di mulakan
ditemani dua orang adik aku
seorangnya bertindak sebagai pemandu dan seorang lagi sebagai peneman.. 

sampai-sampai sahaja 
aku terjah ke dapur... 
waaaa...
kelihatan si pengantin baru nurul dan faruq 
tengah masak u'olls
waaa..
i memang sangat amazed kalau
orang muda-muda lagi dah pandai masak ni.

teringat pula kunjungan terdahulu
sang chenta hati memang tidak dinafikan keteroran beliau memasak
abang aznal juga macam tu
sangat pandai memasak kek u..
kak kuza pon begitu.. pandai masak
and all his cousins juga macam tu.
kak anja dengan kak lela selalu aje didengari puji-pujian
masakan kakak berdua..

aku?

pandai ke masak... 
huhuhu





Sunday, November 21, 2010

kuman

kuman kat seberang laut kau nampak
gajah depan mata tak pulak kau nampak

gajah tu halimunan barangkali...
untung la kau gajah. 


i'm sorry i can't be perfect.
i have trying so hard to be as good as i can be.
and i'm sorry because it is not you to see.


Thursday, November 18, 2010

wizard stick

kemana lah encik harry potter ni
i nak pinjam wizard stick u ni..

wink* wink* 
magik sungguh
tahun depan umur bertambah lagi
cepatnya masa berlalu
grrrr..
tua dah aku
patutnya dalam perancangan 
aku duk tengah mengaji master
sebab 
aku merancang
untuk ada PhD pada usia 30 tahun
sebabnya
aku teringin nak 
letak nama sebagai Dr. Aminah
atas kad kahwin
hahahaha.. 

'encik harry potter
berilah i pinjam wizard stick u..
i want to stop the clock from ticking'
(tik tik tik..and paused)
so many things that i haven't done yet
and i' m getting older and older
each days..
everything seems so far now.

i need a back up plan. need to reschedule everything.

plan B is activated

the plans are:  me to get a stable job. continue doing my monthly savings and think of marriage.


 insyaAllah.


boleh kalau nak menangis?

tak tahu nak cakap macam mana
tapi serius memang rasa nak melalak sangat ni
dah cuba tenangkan diri dan menerima seadanya apa yang terjadi
tapi... arrrrghhhh. nak menangis jugak.

serius aku memang sangat sangat sangat dan tersangat lah fussy
especially to those benda-benda that i called my belogging
and i really don't mind to lend it to others as long as they return it to me 'dalam keadaan asal'
susah?

yang the worst part yang nak buat aku 
menangis lagu jepun ni 
bila 
aku pulak sekarang nak pening-pening fikir
mana nak pergi cari mekanik lagi
mana nak settle... itu dan ini
arggh payah nak cakap
serius.. macam jatuh ditimpa tangga sudah ni
kereta i broke down ok.
 dan yang paling tak boleh terima sebab orang pinjam.
rosakkan. senyap.

aci?

cik mina sila bertenang. am feel like dying.


Monday, November 15, 2010

itu najib ini mina

nescafe
itu dia
limau suam, sirap ais, teh o'
itu aku

ubat gigi darlie
itu dia punya
ubat gigi colgate
yang itu aku punya

senyap dan banyak senyum
tu dia tu
cakap tak henti2
yang itu baru aku..

yang suka tengok movie cerita fiksyen
itu dia
yang melopong tengok cartoon tu
aku ^^

yang banyak beralah, lembut hati
itu pon dia jugak
yang keras kepala, keras hati 
tu.. aku

yang tak garang tu dia
yang garang tu aku laa..

yang suka cycling tu dia
yang suka jalan tak naik basikal tu aku..
(tak larat nak kayuh mountain bike)

yang selalu lambat
tu dia tu
yang cepat ikut jam jepun tu 
aku

yang cermat tu dia
yang main hentam je buat semua benda
tu aku

yang mengada-ngada tu aku
yang tukang hadapnya dia..

hahahaha..



thank you for never giving up on me..

we might be so different in many ways
but we're together. to complete each other.

insyaAllah.

Wednesday, November 10, 2010

macam magic

benda kecil tapi menggembirakan kalau jadi satu hari je cukup
untuk buat kita jadi orang yang paling gembira 
untuk satu minggu lamanya

magic kan?


Friday, November 5, 2010

dia pergi jua..

14 Ogos 2010 - 4 November 2010

Aqif telah pergi meninggalkan kami..

Al-Fatihah

Semoga rohnya ditempatkan disisi kekasih-kekasih MU ya Allah.



Wednesday, November 3, 2010

pingin

nak pergi bercuti boleh?
nak jalan-jalan atas pasir laut tu.
nak duduk tepi pantai menahan hembusan bayu.
naik ke menara melihat matahari jatuh.
menonton wayang di panggung kecil.
berenang.
menghirup udara pagi yang dingin.

aku nak pergi.. boleh?

Monday, November 1, 2010

kelmarin

kadang-kadang benda yang kita dah tak nak
boleh menjadi sesuatu yang berharga pada orang lain

kelmarin aku ke sebuah pusat bundle
disitu
aku telah ditemukan dengan sesuatu
lalu mengingatkan aku
betapa aku kena selalu berterima kasih pada tuhan

mula-mula aku terdengar suara bising-bising dikaunter 
lalu aku mendekatkan diri
sengaja untuk mengambil tahu apa yang berlaku

rupa-rupanya sebuah keluarga sedang membuat persiapan
menyambut perayaan yang bakal tiba nanti
dan mereka kekurangan wang

sebak bila melihatkan si nenek berusaha 
tawar menawar
bersungguh-sungguh dia meminta agar diberikan potongan harga

disisinya terdapat
dua orang kanak-kanak kelihatan sangat gembira sambil 
memegang-megang pakaian baru mereka diatas kaunter
tanpa faham apa yang berlaku
mereka tersenyum-senyum riang

gembira  kerana mereka bakal beroleh pakaian baru untuk perayaan nanti barangkali
selepas beberapa ketika ibu kanak-kanak tadi datang menjelaskan bayaran lima ringgit yang berbaki
mereka lalu pergi

sebak lagi rupanya lima ringgit yang membuatkan mereka cemas
selepas berjumpa apa yang aku cari
aku pon pergi.




pengetua saya cakap

tadi petang, aku mengadiri mesyuarat guru
walaupun agendanya untuk membincangkan skop
kokurikulum tahun hadapan
aku hadir juga
mana la tau kan..rezeki disini lagi
tak adalah aku terpinga-pinga nanti
 
ada sesuatu yang menarik dari mulut pengetua
kata beliau 
'guru adalah orang yang paling senang nak kumpulkan pahala'

betul juga tu bila difikir-fikir
 
niat
mengajar dengan ikhlas telah diberi satu pahala

bersedekah buku
pada pelajar yang kurang mampu dapat lagi pahala
 
menumpangkan pelajar
ke sekolah kumpul lagi pahala

mensedekahkan
makanan atau duit belanja pada pelajar yang tidak mampu dapat lagi pahala

pokoknya memang mudahlah nak kumpul pahala percuma.

:)

hahaha... sebenarnya tak kisah la kan. siapa kita dan apa kerja kita.
cuma sebagai hambaNYA
redhaNYA yang kita cari
menolong sesama manusia besar pahalanya





Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com