BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

Salahudin Ayubi

disebabkan terlalu banyak masa terluang dek bergelar pengganggur,
kini masa kebanyakkan di habiskan dengan menghadap 'muka buku', memasak, mengemas dan membasuh..
persis si suri rumah juga adanya
huhuhu..

kegemaran membaca juga sudah agak lama ditinggalkan
entah bagaimana semalam, aku terjumpa sebuah buku yang bertajuk
Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem
(salah satu buku dari koleksi pahlawan Islam)

seriously, 
kalo aku tak baca buku tu semalam, memang aku tak kenal siapa beliau
sungguh cetek pengetahuan aku tentang tokoh-tokoh islam kan?
and insyaAllah i'll will start digging from today on.
kalau bukan kita, siapa lagi yang nak ambil tahu kan?

sedikit sebanyak tentang Salahudin Ayubi ialah beliau merupakan tokoh yang mengetuai tentera Islam dalam memerangi tentera salib bagi merampas kembali Masjidil Al-Aqsar yang dikuasai tentera salib.
beliau merupakan seorang yang mahir bermain senjata dan hebat mengendalikan kuda serta bijak menyusun strategi perang.
beliau juga seorang pemimpin yang berserdahana dalam hidup dan tidak pernah alpa dengan pujian. 
beliau seorang manusia yang tujuan hidupnya hanya kerana Allah dan segala perbuatannya diniatkan kerana Allah.
beliau semasa hayatnya ketika memimpin tentera Islam beliau banyak mencontohi Rasulullah s.aw. dalam banyak perkara.
beliau juga seorang pemimpin yang adil dan banyak membela nasib rakyatnya menyebabkan dia disayangi dan dihormati.


memang tak rugi membaca buku ni sebab banyak iktibar yang boleh kita dapat dan kamu juga harus membacanya juga ya. 


No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com