BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 16, 2012

Penutup Ramadhan saya.

#Astagfirullah al-adzim.

Petang ini, ketika saya sedang menulis entry ini, saya sebak mengenangkan rakan-rakan pensyarah yang dianiaya oleh seseorang yang katanya ketua disitu. Hebat sangatkan pinjaman Tuhan tu? Pangkat dan nama itu tidak lama.

Kebaikan dan kemuliaan hati yang akan dikenang.

Pada rakan-rakan yang ditidakkan sumbangan duit raya mahupun tidak mendapat gaji awal tu, teruskan tenyum. Tabahlah. Kita juga perlu ingat. mereka, walau berpangkat, mereka juga manusia biasa. Mereka lupa mereka sedang diuji dengan nama dan pangkat tersebut.

Pada si memegang pangkat dan kroni, sekali sekala cuba letak tempat kamu kat tempat orang susah tu. Walau sumbangan sedikit dimata kamu. Percayalah nilai RM200.00 tu besar maknanya bagi sesetengah orang. Sedih hati mendengar kamu, kamu dan kamu memperlekehkan email-email bagi menyuarakan isi mereka. Biadapnya kamu semua.

Bayangkan kamu yang dianiaya. MAMPU nak gelak-gelak macam tu? Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui tau. Doa saya kuatlah hati-hati yang teraniaya. #Roda itu bulat.

Mode: Tercalar perasaan melihat dan mendengar perlakuan biadab manusia nih di penghujung Ramadhan.

Semua yang terjadi kerana Allah izin.
Nota kaki: Saya pernah bekerja dengan Timbalan Menteri ketika beliau berada di Negeri Sembilan untuk program rasmi. Tidak sombong dan tak banyak kerenah walaupon saya hanya kuli.

Rahsianya!


Haaa...
tadi kawan saya call.
nak minta tips macam mana nak buat itu. nak buat ini dekat blog.

Sebenarnya, kita tahu tulis dan publish je. Yang lain-lain tu, semua kawan kita yang nama Nurul yang tolong buatkan.

Ngeee... 

Tadi sempat tanya dia juga macam mana nak share link. Now saya dah tahu. Oke. Sila jangan gelak. :)


My soon trip to Perak


Semalam dalam waktu lunch break macam tu, I have made a phone call to my Encik Petunang. Kebetulan free dan teringat nak bertanya khabar. Ececeh... padanlah rasa nak call, rupanya petunang baru usai berbual dengan futue MIL. Future MIL pesan suruh ajak saya pulang ke kampung halam baru mereka nun di Perak. (Petunang dan family sebenarnya menetap di Bangi, Selangor).

Makanya haruslah hati loncat-loncat. Sebab future MIL yang jemput! Kalau jadi saya pergi Perak nanti ni, maknanya ini merupakan kali pertama saya beraya dengan keluarga petunang. Walaupun ini merupakan kali kedua saya beraya sebagai tunangan beliau.
InsyaAllah, sekiranya tiada apa-apa aral saya akan ke Perak pada hari raya ke lima dengan menaiki train ETS. Saya tidak bercadang untuk memandu nanti. Satunya sebab saya tak tahu jalan ke Perak dan kebetulan dalam perancangan awal petunang akan beraya ke rumah saya pada hari Jumaat sehingga Sabtu. Kononnya senang nak balik Rembau sama-sama gitu.

Perasaannya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya nak berasa balik kampung (since my parents kampung dekat-dekat je) plus teruja juga hendak beraya dengan Mak dan Abah (Future in-laws) for the very first time.

Perakkk!! Here I comee!!

Fasal ETS Train ni , pagi ni baru dengar (Petunang dapat info dari rakan dia). Alhamdulillah. Ada train direct Seremban ke Kampar (which is the nearest station dari rumah future MIL).

Oke. for the time being, saya nak servey dan proper plan dulu trip ni dan sekiranya sukses perjalanan saya menaiki train ETS nanti, saya akan update yeh.

View dihadapan rumah kampung future MIL. (kidnap dari FB future sis in-law)

Wednesday, August 15, 2012

Kueh Raya





What is your favourite Kuih Raya?



Mine are Suji and Kuih Lidah Buaya yang sodap tu!





Another 4 days to Syawal 1433 Hijrah everyone!









Shaolin Baby


Ini Shaolin baby nephew Mak Long Mina, Mohammad Adib.



Panggil dia Shaolin sebab dia botak (dibotakkan) dan punya mata sepet juga!
Sangat manja. suka kena cium. suka kena peluk. suka minta dukung. tidur nak berpangku. sangat suka minta ditukar diapers. sangat suka minum susu. dah gemok. pipi juga gembol.

Pencetus panik juga si Adib ni. sebab suka nangis.

Semoga membesar dengan sihat. dan semoga menjadi anak yang soleh juge tau 1 months plus plus Adib dob dob.

Mak Long Lebbiu!

Tuesday, August 14, 2012

Ain Officemate Saya

Hari tiba lewat kat office. Pergi submit borang permohonan nikah yang terbengkalai lebih kurang dua minggu dek kerana gambar petunang tidak mengikut piawaian Majlis Agama Daerah Rembau. Gambar terdahulu dia tak pakai songkok. Jadi pada sesiapa bakal pengantin lelaki Negeri Sembilan atau bakal bernikah di negeri ini sila ambil gambar pakai songkok yeh.  (Sebab kawan di Selangor boleh hantar gambar tanpa songkok).

Dek jarah yang memisahkan.. ececehhh.. baru minggu lepas gambar petunang bersongkok dapat diambil. Murah ye. 14 keping RM 12.00 siap beri salinan dalam cd comel. Kat rembau x dapat semua ini yeh. Hanya di Bangi (Seksyen 4 Tambahan). Makanya tadi baru dihantar segala borang beserta gambar petunang bersongkok itu ke pejabat agama.
 
Oke. Dek menyinggah tadi, makanya sampai di office jam 9.15 pagi macam tu. Lepas tu Ain panggil-panggil. Dia suruh datang tempat dia.

Ain rupanya sedang tolong buat ini untuk saya!





Laju je jari jemari dia menitik-nitik keyboard. Persis expert gitu. Memang minta tolong sangat Ain buatkan sticker dan bunting. Sebab dia kreatif dan saya cerewet. ngeee... untung Ain melayan. :)




Saya senyum gembira sampai telinga. TERIMA KASIH nang!
Bunting tu ada dua, sebab saya tak boleh decide yang mana satu. jadi print je dua-dua nanti.

Untuk print, insyaAllah Ain akan teman ke kedai kawan dia di KL. Ain juga nak tolong sama-sama carikan tudung nikah akak min dia yang tak reti berpesyen ni lepas raya nanti InsyaAllah.

Orang baik ni memang ada dimana-mana kan? Thank you Allah.

My 1St DIY


Saya dapat idea nak buat macam ni dari blog sarahsayangjiman



yang kat atas ni saya punya
dan kat bawah ni Sara dan Jiman punya


Cop saya tempah di Barakah Advertising & Services No 2B, Jalan 4/11B, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel / Fax: 03-8926 5987

dengan harga RM14.00 sahaja dan siap dalam masa 3 jam.


The Parcel!

Yeay! Alhamdulillah.
Dah sampai da... all the way from Ipoh, Perak..jeng jeng..


Kad dah siap. Mula-mula ingatkan nak minta tolong petunang yang ambil since lately dia kerap berulang alik mengemas rumah baru future MIL di kampung (di Kuala Dipang). Tapi kesian pula sebab kalau dia balik ke kampung haruslah dia bekerja berat mengangkat barang dek sibuk memindah dan mengemas barang. Tak sampai hati nak minta dia ke Ipoh yang ambil masa 45 minit dari Kuala Dipang. Lebih kurang tiga minggu kad tak juga diambil-ambil.
Makanya, minta tolong Kak Ann, owner  Idea Grafik yang bertanggungjawab mendesign dan mencetak kad-kad ni tolong poskan je kad-kad tu. Risau yeh. Sebab dalam terma Idea Grafik ada mention yang mereka tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan dan kerosakan kad semasa penghantaran.

Dan pada hari Jumaat, 10 Ogos 2012 kad selamat sampai ke Rembau. Alhamdulillah dan amat lega rasanya. Terima kasih Idea Grafik! (segala perbincangan, pembelian dan pembayaran dilakukan secara atas talian)
Kad-kad ini hanya berharga RM 0.32 sen sekeping termasuk sampul (kosong). Wording untuk dalam kad juga saya pilih yang simple dan direct. Saya tak letak doa dengan ayat puitis tu segala.


Untuk majlis sebelah lelaki, kami juga ada tempah khas kad untuk kawan-kawan future MIL dan FIL. Terjadinya tempahan kad tu tak semena-mena kerana kami dah terlanjur membayar deposit kad sebanyak RM300.00 dari kedai Amazon (apa entah) di Pertama Kompleks (kedai yang tak awsome tu yeh... sob sob). Kad dari Amazon juga dah siap. InsyaAllah, gambar akan di update kelak.




(Kad Jemputan pihak lelaki)

Walaupun tak dapat kad idaman, (kad idaman saya sepatutnya bersaiz bookmark dan ada pelekat mangnet fridge dibelakangnya. Kononya kad tu nanti boleh memberi faedah kepada ramai orang untuk tepek-tepek nota kat fridge) saya tetap gembira sebab saya ada kad kahwin! yeay..

Kad Idaman kaedahnya

Tuesday, August 7, 2012

Isteri Siri II


Beberapa hari ni, saya stalk blog seorang kenalan. Lepas itu, teringat jugak nak baca yang entries lama-lama blog sendiri. Manalah tahu kalau-kalau saya juga  ada terburukkan orang lain juga.

Lalu saya bertemukan entry saya yang bertajuk Isteri.

Jadi saya nak sambung kesudahannya disini.

Kawan saya yang dulu nak sangat masuk meminang bagai saya tu. Kami masih kawan. Walau saya rasa sedikit janggal. Dia masih macam dulu. Masih caring juga macam dulu. Selalu akan jadi Abang saya. :)

Seseorang yang lama saya tak bersua ni pula, dia dah kahwin pon. baru sahaja beberapa minggu. Alhamdulillah. Selepas saya bertunang tahun lepas, dia juga bertunang. dan sekarang, dia adalah peng 'LIKE' tegar semua post FB saya.

Lelaki yang pernah menidakkan kehadiran saya sebelum ini, telah menjadi tunangan saya sekarang. Semoga kita terus melakar pelangi hingga ke syurga Allah. Saya yakin, semua yang telah terjadi adalah hikmah Allah.

Dan... lelaki terakhir ini. terus lenyap dari saya. tiada lagi khabar. tiada lagi berita. ada juga terkadang saya menghantar sms. dibalas formal. saya kena mengerti ini.


 ** Semoga semuanya dalam peliharaan Allah s.w.t selalu.



Monday, August 6, 2012

Jealousy Fiancé

Worry or not to be worry?

Saya sangat suka bayi. sangat suka.
Bila petunang kata dia perlukan setahun sebelum ada anak nanti, patut tak saya bimbang?
Saya dah 28 tahun sekarang. Tahun depan 29 tahun (insyaAllah, kalau jadi kami bernikah).
Takut umur dah terlalu tua untuk jadi ibu kepada beberapa orang anak.

Few days back, fiance sms. kata dia, kalau kami ada anak nanti jangan abaikan dia macam yang saya buat sekarang. Dia maksudkan saya lebihkan masa saya sekarang dengan my newborm baby nephew Adib.

oh petunang saya yang manja!

Thursday, August 2, 2012

Fragile


Ada masa kadang-kadang tu saya rasa saya tak tahu.
Saya rasa takut nak tidur juga.
Sebab saya nak cepat fikir. fikir. dan fikir terus.

Saya ada banyak benda nak cakap. Yang saya nak buat.
Tapi saya tak tahu nak cakap dengan siapa.

Tak sampai hati nak beritahu tunang. Dia perisau.

Saya tak suka kain baju akad nikah saya.
Tailor salah ikut design. Kain dia dah jadi kembang macam payung.
Saya rasa takut.Baju sanding saya yang future MIL present tu dah diubah ikut design lain juga.
Now saya rasa menyesal. Harap-harap future MIL kecil hati nanti dengan saya nanti.

Waktu ini. Saat ini, saya rasa sangat lah rapuhnya.

:(


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com