BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 16, 2012

Penutup Ramadhan saya.

#Astagfirullah al-adzim.

Petang ini, ketika saya sedang menulis entry ini, saya sebak mengenangkan rakan-rakan pensyarah yang dianiaya oleh seseorang yang katanya ketua disitu. Hebat sangatkan pinjaman Tuhan tu? Pangkat dan nama itu tidak lama.

Kebaikan dan kemuliaan hati yang akan dikenang.

Pada rakan-rakan yang ditidakkan sumbangan duit raya mahupun tidak mendapat gaji awal tu, teruskan tenyum. Tabahlah. Kita juga perlu ingat. mereka, walau berpangkat, mereka juga manusia biasa. Mereka lupa mereka sedang diuji dengan nama dan pangkat tersebut.

Pada si memegang pangkat dan kroni, sekali sekala cuba letak tempat kamu kat tempat orang susah tu. Walau sumbangan sedikit dimata kamu. Percayalah nilai RM200.00 tu besar maknanya bagi sesetengah orang. Sedih hati mendengar kamu, kamu dan kamu memperlekehkan email-email bagi menyuarakan isi mereka. Biadapnya kamu semua.

Bayangkan kamu yang dianiaya. MAMPU nak gelak-gelak macam tu? Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui tau. Doa saya kuatlah hati-hati yang teraniaya. #Roda itu bulat.

Mode: Tercalar perasaan melihat dan mendengar perlakuan biadab manusia nih di penghujung Ramadhan.

Semua yang terjadi kerana Allah izin.
Nota kaki: Saya pernah bekerja dengan Timbalan Menteri ketika beliau berada di Negeri Sembilan untuk program rasmi. Tidak sombong dan tak banyak kerenah walaupon saya hanya kuli.

No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com