BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 14, 2012

Ain Officemate Saya

Hari tiba lewat kat office. Pergi submit borang permohonan nikah yang terbengkalai lebih kurang dua minggu dek kerana gambar petunang tidak mengikut piawaian Majlis Agama Daerah Rembau. Gambar terdahulu dia tak pakai songkok. Jadi pada sesiapa bakal pengantin lelaki Negeri Sembilan atau bakal bernikah di negeri ini sila ambil gambar pakai songkok yeh.  (Sebab kawan di Selangor boleh hantar gambar tanpa songkok).

Dek jarah yang memisahkan.. ececehhh.. baru minggu lepas gambar petunang bersongkok dapat diambil. Murah ye. 14 keping RM 12.00 siap beri salinan dalam cd comel. Kat rembau x dapat semua ini yeh. Hanya di Bangi (Seksyen 4 Tambahan). Makanya tadi baru dihantar segala borang beserta gambar petunang bersongkok itu ke pejabat agama.
 
Oke. Dek menyinggah tadi, makanya sampai di office jam 9.15 pagi macam tu. Lepas tu Ain panggil-panggil. Dia suruh datang tempat dia.

Ain rupanya sedang tolong buat ini untuk saya!





Laju je jari jemari dia menitik-nitik keyboard. Persis expert gitu. Memang minta tolong sangat Ain buatkan sticker dan bunting. Sebab dia kreatif dan saya cerewet. ngeee... untung Ain melayan. :)




Saya senyum gembira sampai telinga. TERIMA KASIH nang!
Bunting tu ada dua, sebab saya tak boleh decide yang mana satu. jadi print je dua-dua nanti.

Untuk print, insyaAllah Ain akan teman ke kedai kawan dia di KL. Ain juga nak tolong sama-sama carikan tudung nikah akak min dia yang tak reti berpesyen ni lepas raya nanti InsyaAllah.

Orang baik ni memang ada dimana-mana kan? Thank you Allah.

2 comments:

  1. Sebab Mina baik, which is why you are surrounded by good people jugak! Good attracts good, kindness attracts kindness =)

    Mina, kalau I larat, I naaaaak pergi jugak you kawin ni nanti..

    ReplyDelete


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com