BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 22, 2011

terapi cara saya


saya tak pasti bila saya bermula, tapi setiap kali rasa ada sesuatu biasanya saya akan menulis.
setiap kali selepas menulis 
saya rasa lega.


saya membaca.
cuma lewat kebelakangan ini saya gemar membaca artikel berbentuk keagamaan. terasa mungkin ini cara Allah bercakap dengan saya.

kawan-kawan.
saya suka bercerita dengan kawan-kawan rapat saya
tentang apa yang saya rasa.
kawan-kawan saya adalah pendengar yang terbaik.



seorang sepupu pesan,
supaya amalkan zikir, solat sunat dan 
banyakkan mengaji Al-Quran.

p/s : saya seorang yang selalu emo. ^^
kadang-kadang saya pun tak faham.
sekejap saya adalah orang yang paling kuat.
dan sekejap lagi saya adalah
orang yang paling rapuh. sigh*

Saturday, March 19, 2011

Allahu Akhbar



 

jangan siapa mengganggu

menangis meraung, hiba tak bertempat 
jiwa kembali kacau!
kenapa mesti ada orang yang hendak gantikan dia?

mak cakap cakap ada orang nak datang merisik
hujung minggu ni.

hati luluh. takut dan sebak.
mana boleh! tiada siapa boleh gantikan dia.
hati dan nyawa semuanya menjerit tidak.

biarkan aku seorang.
biar rasa ini mati bersama jiwa.
aku senang di 'kubur' ini.
biar. 
tak siapa perlu mengerti.



********

hati yang dangkal
membuat aku menjadi orang lupa janji
beri aku sedikit waktu


aku ingin duduk lama di 'kubur' ini.
bercerita dengannya
sebelum aku benar-benar pergi.

dengarkanlah ya Allah.. 





Thursday, March 17, 2011

my bestie!


hahahahaa... sign korang, jangan tak sign.
saat ini, ketika ini..
i do really miss u guys much!




Sunday, March 13, 2011

jangan cabar saya

wah, garang kan tajuk entry saya?
sebenarnya cerita yang hendak saya beritahu tidak lah segagah mana pun
tajuk sahaja yang lebih.. hehehe

hendak dijadikan cerita, pada rabu lepas, 9 Mac 2011
saya dengan tidak penuh glamour telah diminta mengiringi cik pengarah saya
untuk berada di majlis lawatan kerja Menteri Besar dan Majlis Perasmian Homestay Kuala Klawang

setibanya di sana, saya hanya menyibukkan diri untuk berada dimana yang patut dan ketika saya leka menyibukkan diri melawat booth homestay
tiba-tiba "min, cik Ad (pengarah) cari kau"
saya "me? kenapa?"
"dia ada task untuk kau, dan dia insist tak nak orang lain buat. dia nak kau yang buat"
oowh, cik pengarah saya suruh saya untuk usher Dato' Seri Utama untuk Majlis Perasmian tu.
saya cakap ok.

sebenarnya kalau kamu kenal saya in-person, saya seorang yang sangat-sangat tidak boleh untuk berada di  hadapan khalayak  kerana saya cepat nervous. 
(saya tak boleh jadi centre of attention, nanti saya menggigil)
dan andai kamu tahu betapa en. fahmy dan en. azrin sedaya upaya menemani saya ketika itu 
memberi semangat.  
pasti kamu juga kamu akan ketawa. setiap lima saat they check on me.
padahal saya relaks sahaja. 
(hahahaha)

alhamdulillah. everything went well on dat day. and i just checked on MB's facebook. 
gambar saya ada di sana u!

i'm proud of me.
saya dah tak takut! weeee...

 
sesi kedua selepas upacara perasmian homestay. 
upacara tandatangan selepas menanam pokok sempena kempen
1 Malaysia Green, 1 Malaysia Clean.
p/s: sungguh tidak glamour baju saya.

Sunday, March 6, 2011

hantu

hari ni pakcik daud datang kedai kami
kebetulan mak ada, borak sakanlah mereka.
dari isu baiki jalan, tanah merah dengan lumpur 
terus sampai ke cerita rumah baru pakcik daud.
katanya rumah pampasan dari kerajaan tu dah siap.
tak semena-mena masuk cerita bab menantu.
ok. aku cuba tidak mendengar.
(berapa ekor kerbau, jemputan, menantu dia dari mana, kerja apa, dll)

aku tak tahu kenapa aku perlu sebak.
tiba-tiba semunya datang.
 macam skrin layar.
semuanya jelas nampak.
'dia' yang pernah dulu di sini. yang pernah parkir keretanya di situ.
yang pernah berdiri di situ
yang ayah panggil dirinya menantu.

hey, kamu dah mati ke?
kenapa saya mesti nampak kamu?

pergi!



Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com