BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010

lagu di hati

alhamdulillah
tiada lafaz bagi mengambarkan 
kesyukuran diatas 
rezeki yang Allah berikan kala ini

nyaris aku hilang punca 
bila terasa berat beban dibahu

syukur 
aku lebih kuat kali ini
tidak lagi melatah

15 hari aku diuji 
nyaris-nyaris bertaraf pengganggur 

kalau kita berdoa dan diiringi usaha
insyaAllah
Allah akan berikan jalan

terima kasih mak dan ayah
yang tak putus-putus berdoa

"mak doa kan lah orang dapat keja.."

hehehe..

(aku paksa mak aku doakan aku lepas mak solat..)

sang chenta hati..
terima kasih yang.. i sekuat ini sebab u selalu ada.


kawan-kawan juge
terima kasih atas doa semua.

aku akan terus berusaha
mencari kerja yang lebih baik 

(i dapat keje kontrak je u. tapi sangat lega sekarang ~ i dapat bayar keta, itu.. ini.. servis...bla bla...bills.. dan lain-lain)

yoshhhh!!!

semangat!




Wednesday, September 22, 2010

saya tak pandai ucap selamat tinggal

semua orang mesti suka 
kalau diri kita diraikan dalam majlis perpisahan


tapi aku tidak

nak beritahu 
lagikan payah

ini kan pula nak bermajlis bagai

pada kawan-kawan yang terasa
aku minta maaf
semoga kita akan jumpa lagi
sebab aku bukan pergi mana pun
kita akan jumpa balik nanti

RINDU itu pasti...
^^

minta maaf segala khilaf,

jaga diri dan keep in touch ya!


p/s: aku kan suka touching.. takot menangis pulak nanti. sebab tu aku tak mahu cakap selamat tinggal. tapi yang pasti semua akan tetap kekal di hati.




with bunch of hugs and kisses...
mina (akak, cik mina, cikgu, kak mim, kak min) is leaving..

assalammualaikum. 



Monday, September 20, 2010

memang macam tu.. kan?


hidup mestilah ada kaler2 kan..

mana best kalau semua benda satu 
kaler


apa guna jadi orang
kalau hidup tak mencabar

(konon nyer ler..)

keras hati, degil..
sikit je

rezeki
Allah yang beri

yang penting usaha lagi

bila dah tua-tua 
macam ni.. 

sensitif menjadi-jadi..


cik mina, sila lah berhenti.

fokus



* kaler = colour

Thursday, September 16, 2010

karma kata nurul

bila bercakap fasal karma
aku teringat cerita 'My Name is Earl'
salah satu siaran wajib tonton di NTV7 setiap selasa 
beberapa tahun dulu
(cik fa kalo u masih ingat, dan muq yang pernah beri hadiah vcd cerita tersebut)

nurul cakap karma tu
sesuatu perbuatan yang akan dibalas setimpal dengan perbuatan yang dibuat

erti kata lain 
kalau kita berbuat baik, kita akan dibalas baik 
dan kalau kita berbuat jahat
sesuatu yang tidak baik juga akan menimpa
(same goes with cerita My Name is Earl)

hurmmm...
tapi percaya atau tidak, kita buat baik pon belum tentu juga dibalas dengan kebaikan
sebab hubungan manusia dengan manusia ni sangat komplek
bukan mudah untuk puaskan hati semua orang
tak kira macam mana kita buat baik, kalau orang tak suka, kita tetap tidak akan dipandang
dan tak kira sebagaimana buruk pun pihak yang satu lagi
dia tetap terbaik kerana dia disukai orang yang membenci kita

betul kan?

tapi bila bercakap hubungan kita dengan yang Esa
memang DIA menjanjikan dosa dan pahala
syurga dan neraka

setiap amalan dan kemungkaran dicatit dan dihitung 
pembalasan tetap ada
bagi yang baik serta juga yang buruk

bagi yang sedar tentang kesilapan
mungkin Allah telah berikan kamu petunjuk untuk menjadi lebih baik

bagi yang diuji dengan pelbagai ragam manusia
mungkin kerana Allah nak beri pahala dengan menguji iman

bagi yang didatangkan dengan pelbagai cubaan
bersyukurlah
kerana ada orang yang lebih teruk dari kamu

yakinlah dengan qada' dan qadar Allah

p/s : aku jugak kadang-kadang alpa dalam menerima dugaan hidup.
thanks nurul sebab akak berfikir dan lebih bersyukur hari ini.
be positive and live life as it is... :)



Monday, September 13, 2010

melangkah

hati berbunga-bunga mendengar perkabaran berita.
ya Allah,
 Engkau permudahkan jalan
 bagi kami berdua
ameen....

ya Allah,
tika ini
hati benar-benar riang


kerana aku tahu 
salah satu dari beribu-beribu doaku telah Engkau jawab


syukran ya Allah.

Sunday, September 12, 2010

selamat hari raya!

selamat hari raya maaf zahir dan batin

semoga bergembira disepanjang lebaran.
bagi yang mampu, puasa sunat 6 hari jangan ditinggalkan
^^

selamat bermaaf-maafan ya! 

oh ya, sesiapa yang ada biskut suji dirumahnya, sila tolong makan untuk saya ya.
raya saya sepi tanpa suji disisi... 
huhuhu

Monday, September 6, 2010

B E L A J A R

orang kata kadang-kadang Allah akan temukan kita dengan orang salah sebelum kita dipertemukan dengan orang yang betul untuk kita.

mungkin, 

untuk kita lebih mudah belajar untuk memahami dalam mengenal diri
dan 
tak kira apa pun sebabnya
yakin
Allah lebih tahu.

bersyukur,
Allah pernah menemukan aku dengan sebaik-baiknya manusia
sehingga ke sepelik-peliknya perangai manusia
dari
manusia yang suka merendah-rendahkan diri 
sehingga ke seriak-riaknya manusia
dari 
sedaif-daifnya manusia sehinggalah 
ke semewah-mewahnya manusia

 untuk apa?
Allah lebih tahu.
  
menilai atau dinilai
 tempat aku dimana?

yang jelik atau yang ingkar? pernahkah aku bersyukur? riak kah aku?
buruk atau baik kah aku?
 yang mana?

dalam mencari-cari diri
aku berharap agar dapat belajar untuk memperbaiki diri agar menjadi 
hamba-Mu yang lebih baik.

yang baik akan aku jadikan tauladan, yang buruk akan aku jadikan sempadan.

aku akan terus belajar tanpa henti
agar aku menjadi manusia yang bersyukur
agar aku menjadi manusia yang tidak mengata nista
agar aku berhenti menyakiti
agar aku menjadi
hamba-Mu yang lebih baik.

ya Allah, bantulah aku 
 aku hanya ingin menjadi lebih baik.

-amin-










Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com