BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 16, 2010

karma kata nurul

bila bercakap fasal karma
aku teringat cerita 'My Name is Earl'
salah satu siaran wajib tonton di NTV7 setiap selasa 
beberapa tahun dulu
(cik fa kalo u masih ingat, dan muq yang pernah beri hadiah vcd cerita tersebut)

nurul cakap karma tu
sesuatu perbuatan yang akan dibalas setimpal dengan perbuatan yang dibuat

erti kata lain 
kalau kita berbuat baik, kita akan dibalas baik 
dan kalau kita berbuat jahat
sesuatu yang tidak baik juga akan menimpa
(same goes with cerita My Name is Earl)

hurmmm...
tapi percaya atau tidak, kita buat baik pon belum tentu juga dibalas dengan kebaikan
sebab hubungan manusia dengan manusia ni sangat komplek
bukan mudah untuk puaskan hati semua orang
tak kira macam mana kita buat baik, kalau orang tak suka, kita tetap tidak akan dipandang
dan tak kira sebagaimana buruk pun pihak yang satu lagi
dia tetap terbaik kerana dia disukai orang yang membenci kita

betul kan?

tapi bila bercakap hubungan kita dengan yang Esa
memang DIA menjanjikan dosa dan pahala
syurga dan neraka

setiap amalan dan kemungkaran dicatit dan dihitung 
pembalasan tetap ada
bagi yang baik serta juga yang buruk

bagi yang sedar tentang kesilapan
mungkin Allah telah berikan kamu petunjuk untuk menjadi lebih baik

bagi yang diuji dengan pelbagai ragam manusia
mungkin kerana Allah nak beri pahala dengan menguji iman

bagi yang didatangkan dengan pelbagai cubaan
bersyukurlah
kerana ada orang yang lebih teruk dari kamu

yakinlah dengan qada' dan qadar Allah

p/s : aku jugak kadang-kadang alpa dalam menerima dugaan hidup.
thanks nurul sebab akak berfikir dan lebih bersyukur hari ini.
be positive and live life as it is... :)



3 comments:

  1. INGAT! kalau nak lagi season2 baru, ada kat umah, Mina! Datang and copy lah. hehehehe. bawak thumbdrive besar! hehehe..

    kita perlu sentiasa peka dengan persekitaran. Whatever language we call it, semua yang kita buat, ada kesannya.. jadi buat sahaja yang baik-baik! =)

    ReplyDelete
  2. betul2! kata-kata dan perbuatan jangan sampai menyinggung orang lain.

    cik fa, wajib copy tu..i datang nti i amik. :)

    ReplyDelete


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com