BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 21, 2012

Orang Datang, Orang Pergi

Orang datang dan orang pergi. kadang-kadang saya benar-benar harap mereka akan terus dgn saya.
marah ke, kecil hati ke. saya minta maaf. saya tak mampu nak puaskan permintaan hati semua orang.
saya cuma harap, kamu tidak pernah pergi dari hidup saya. saya rindu.
jodoh, pertemuan, ajal dan maut kan di tangan tuhan. sila faham itu.

semoga kamu diberkati Allah selalu. 


Tuesday, February 14, 2012

Poligami.

Berani?
Saya beritahu tunang saya. saya tak menghalang poligami.
Bukan saya tak sayang dia. saya beritahu dia sekiranya satu hari nanti, itu adalah ujian kepada kami kelak.
(yelah, kadang-kadang kita kena beritahu pendirian kita pada orang sebelum terlambat. takut nanti berlaku perkara yang tidak-tidak..  jadi sebelum apa-apa berlaku biar dia tahu.)

Tapi syaratnya, dia yang beritahu saya. bukan juga kerana saya tahu kerana perbuatan yang tidak baik di belakang saya.

Taman Botani dengan En. Petunang, Sabtu 11 Februari 2012.

Di duga.

Kalau kisah kita adalah novel, ia pasti menjadi novel yang paling laris.
Kalau kisah kita adalah cerita televisyen, kita score rating tertinggi.
Kalau cinta kita adalah jalanraya, ianya jalan ke Cameron Highland.
Berliku dan sukar tapi pemandangan indah dipuncak..

...satu demi satu ujian utk kita. semoga Allah mempermudahkan sekiranya kita akan berpasagan disyurga Allah kelak.saya sayang awak.. walau kadang-kadang saya rapuh. saya janji saya akan kuat walau ini nilai yang perlu saya bayar demi orang yang saya sayang.


 photo :  tumblr.com

a sms to fiance, Friday 10th of February 2012.


Saya nak telefon berkamera.

teringin nak beli satu. tapi x jugak dapat-dapat. ada sahaja benda yang timbul disaat hampir-hampir nak membelinya. kan best kalau saya punya satu telefon macam tu. senang nak ambil gambar untuk blog saya. kan cerita beserta gambar itu lebih menarik...


*poooffff...

Friday, February 3, 2012

Kasih sayang


saya sayang keluarga saya.
saya tak pernah tahu samada mereka tahu atau tidak. 

"Family saya family angin. Ada angin taufan, ada ribut, ada monsun. Semualah. Nasib baik saya ni angin sepoi-sepoi bahse je."  - Afrah Zaini.

sejak saya baca wall post di facebook seorang kawan.
saya terfikir-fikir saya ni angin apa?

saya suka menyakat semua ahli keluarga saya.
saya suka menjaga ayah di hospital.
saya suka tolong mak saya.
saya berbual-bual dengan adik saya.

tapi 
kadang-kadang saya tak suka bila mereka bergurau dengan saya.
kadang-kadang saya annoyed bila ayah terlalu bergantung dengan saya. ya, saya tahu dia sakit.
kadang-kadang saya ada rasa marah dengan mak saya. saya mudah terasa hati dengan mak saya.
kadang-kadang saya lebih suka diam dari bercakap dengan mereka.


kepala angin barangkali. 






Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com