BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 20, 2011

Tunang Saya

Dia telah menjadi sangat lainnya bila dia

sekarang suka kalau kami berpakaian sedondon. especially bila nak pegi rumah orang kahwin.

sekarang dia suka sms tulis I LOVE U SO MUCH instead i love u dan kadang-kadang I LOVE U MORE SAYANG atau ABANG CINTAKAN SAYANG SANGAT. ini sangat hairan sebab dah dekat 6 tahun, baru sekarang tiba-tiba dia suka tulis sms macam ni. 

sekarang dia sangat dan amat extra concerned tentang saya, which saya suka. saya sekarang wajib melaporkan waktu tibanya saya di rumah selepas pulang dari pejabat setiap hari atau dia akan merajuk sikit plus misscalled yang sangat banyak nanti. dia sudah bersikap vice versa!

sekarang dia telah menjadi seorang yang sangat serius. terutamanya dalam merancang. berbincang dan juga ada mengambil nota mengenai perkara-perkara penting untuk hari bahagia kami. dia nampak matang dan serius.(perkara yang membuatkan saya paling rasa terharu!)

saya tak pernah tahu dia sebenarnya kisah atas semua nama panggilan saya padanya. dia akan tanya bila saya dah tak panggil.

sekarang dia bangun pagi sendiri. tekun dan mula komited juga pada kerjanya. 

terima kasih mak (my future mother in law) for raised up a such wonderful gentleman.

semoga jodoh saya tetap dengannya hingga akhir hayat.
amin.



Thursday, December 8, 2011

Friday, October 28, 2011

Y O U~



 

heyyy..heyy si banyak tanya.


tahu tak bila kamu tanya  "ni bila lagi nak kahwin? kawan-kawan semua dah lepas. adik pun dah lepas.."
kamu tahu tak yang mungkin dia juga tertanya-tanya bila akan sampai jodonya juga.
kamu tahu tak yang mungkin dia baru putus cintanya..
ditinggal kekasihnya
bertarung menahan perasaan sedihnya..
tahukah?


tahu tak kamu bila kamu tanya "dulu dah putus kan? macam mana tiba-tiba boleh nak kahwin pulak?"
tahu tak kamu yang dia juga sedang bertarung perasaan 
memahami hati dan jiwanya
mencoba melupakan sakit hatinya
membuang jauh memori dukanya?


pernah kah kamu tahu?



Thursday, October 27, 2011

Si Cermin Ajaib

saya dengar orang kata ni -
"kawan-kawan adalah cermin diri kita"

saya mengintrepretasinya begini
berkawan dengan orang baik akhlaknya, insyaAllah baik juga lah akhlak kita nanti
berkawan dengan orang yang baik budi dan pekertinya, insyaAllah kita juga akan terikut-ikut
jika berkawan dengan orang yang buruk kelakuannya, maka buruk jugalah kita.
bijaklah lah memilih.

dan jadilah kita orang yang dipilih.


kepada cermin-cermin ajaib saya,
terima kasih!


Tuesday, October 18, 2011

saya tak tahu!


hari ni doa saya dimakbulkan Allah bulat-bulat.
saya harapkan hari ini saya tiada lagi marah.

lalu saya kata - hanya cas positif sahaja yang akan ada dekat dengan saya hari ini.

lega.
dia hanya muncul depan saya untuk beberapa saat dalam satu-satu ketika sahaja.

syukurnya saya rasa.

kerana tiada rasa meluat kerana tidak mendengar satu apa kisah riak darinya.

semoga hari-hari saya selalu begini.

tiada marah!


*kamu tahu, tak perlu susah-susah nak beritahu orang,
apa pangkat kamu
apa hebatnya kamu
people can see
people will judge

hanya tin kosong sahaja yang berbunyi
pusing belakang dan belajar yeh.

*note to self juga. semoga Allah tidak membolak-balikkan hati.

Monday, October 17, 2011

saya suka

saya ni pemarah orangnya. suka dan sangat cepat la marahnya.
ini kenyataan.

saya kalau marah. tak reti nak bermuka-muka.
konfem orang tu kena kat situ jugak.

lagi satu saya ni suka berterus terang juga 
dari segi raut, suara dan emosi.

motif cerita ni semua?

lepas tu, beri saya setengah jam.

saya akan mula rasa serba salah.

owh, mina!




semakin tua semakin garang nehh..

am #15 today and in last past few week!

mencik!
i cursed you for overshadow me!  



*semoga Allah ampunkan dosa2 saya yang banyak merungut neh.

Saturday, August 13, 2011

Pada hari saya nak berhenti kerja

saya tak betah dengan kerja baru saya tahu. penat. kesana kesini. meeting. decision making and etc. semua saya kena buat sendiri. saya gagah perkasakan diri memaksa diri menerima dan membuat sehabis baik. tapi bila masuk bulan kedua.. saya dah tunjukkan tanda-tanda mahu menyerah. hilang sudah gagah. saya nekad nak berhenti kerja.

saya cuti dua hari. dua hari tuk fikir pro dan kontra tindakan saya. serta kesannya pada masa depan kelak.
serius sekali saya memikir tentangnya kan? ecececeh..

haruslah bila di dalam bilik. seorang diri. tanpa berbincang dengan seseorang di alam nyata. haruslah cas negatif sahaja di kiri, kanan, depan dan belakang.

saya tak biasa. bila saya tiada superior. maksudnya sudah tiada lagi orang yang giving me orders to this and that. kerana saya report direct kepada pegarah dan dia suka kata "awak decide mana yang mana awak rasa terbaik" tiap kali saya cuba minta pendapat. saya rasa saya keseorangan bila tiap kalinya macam ni. dan buat saya stress.

saya semakin tak betah bila kerja saya jauh dari latar belakang pendidikan saya. sangat-sangat jauh, ok. (mula menunjukkan sintom-sintom orang tak bersyukur). semuanya baru. saya kena buat sendiri.
pada hari saya nekad nak berhenti. dalam perjalanan saya ke office, saya menelefon seseorang. simple sahaja dia nasihat. then he change my decision in five minutes. thanks to him. kerana bring me back to life. then i drove to office ASAP as i can. and as i reached office i told my staff kak farah. "kak farah, tak ada benda yang saya tak boleh buat. akan pon kata saya boleh buat. kenapa pulak saya nak kata saya sorang-sorang saya tak boleh. kan?".  bt therefore i text my fiancee to tell him the same . kak farah, please stay with me. because i can't do this alone without you sebenarnya... hehe.

what i learned in these past few days ialah, jangan ada persepsi yang bukan-bukan. orang nak guna kamu lah. apa lah. itu lah. ini lah. macam-macam lah. take it positively, that is because they already saw your potential. sebab tu kamu kena buat serba serbi sesingkat ini.

secondly, belajar. bila kamu buat sesuatu yang kamu tak pernah tahu tu sebenarnya Allah nak tunjukkan bahawa kamu tu ada kemahiran lain. yang kamu belum nampak. ingat kan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambannya. so, kamu boleh.

appreciate. saya selalu merungut that i've to travel long distance everyday. kamu tahu berapa orang yang hendak bekerja di tempat kamu. kamu tidak melalui satu tiang lampu isyarat pon yeh. kiri kanan kamu semunya pepohon hijau sepanjang jalan.


syukur! tq Allah for making me realize. LOVE u  Allah untuk segala-galanya.




jangan tulis lagi


kelmarin saya terbaca wall post di twitter seorang 
sahabat. kamu tahu, kamu buat saya menangis. saya emosi.
dan terus balik awal dari ofis.

tulisan kamu memang betul-betul meruntun jiwa saya
sebak, sampai saya dapat rasa apa yang kamu rasa

saya betul-betul tak tahu apa cara yang saya boleh bantu kamu

tapi yakinlah, kamu ialah orang yang kuat
sangat kuat..
yakin, Allah tidak pernah turunkan ujian yang tidak-tidak pada hambaNYA
yakinlah, kamu itu orang yang istimewa
kamu kuat sebab tu ujian ni turun pada kamu.

doa saya, semoga Allah gantikan lara hati kamu dengan seribu kali kebaikan
kesedihan kamu dengan seribu kali kegembiraan ketika bertemuNYA kelak

ya Allah, Engkau ampunkanlah dia diatas kesilapannya yang lalu
jadikan dia seorang hambaMU yang sentiasa bersyukur
hindarkanlah perasaan sedih dari dirinya ya Rabb
berikan dia kegembiraan dan buangkan duka dari hatinya ya Allah.

saya sayang kamu. sila kuat. dan segera pulang kepada kami semua.
sebagai kamu yang saya kenal 10 tahun dulu.

saya tak akan paksa kamu. tapi saya akan selalu tunggu.
saya sayang kamu.



Tuesday, June 21, 2011

Teori kasih sayang


teorinya:
kalau cukup kasih sayang gemuk
kurang kasih sayang kurus


cakap pasal diri sendiri ni tau.

sila bertahan!



Friday, June 17, 2011

36 Hari

kejap aje..di hitung-hitung 
tinggal lagi 36 hari sahaja lagi

sekejab sahaja
perasaannya?
biasa-biasa sahaja.

tak mudah.
tipu kalau kata tak rasa gembira
tipu juga kalau kata tak ragu

hati sila bertabah
kuatkan iman
yakin Qada dan Qadar Allah
semuanya dah tertulis
di Luh Mahfuz sana.

saya ikut gerak hati 
dan niatkan semuanya kerana Allah.

semoga awak 
tidak akan pernah mensia-siakan saya.






Thursday, May 26, 2011

Today is Thursday

looking at myself in the mirror this morning
and all i see is my hollow face.

i have jaw full of ulcer since the last few days. 

sore throat and running nose from early this morning

with a little headache.

 remembering of yesterday make me wish
to be as him, 
the other candidates that was with me in the interview room.

he is smart. genius and calm.

saya rasa rendah diri.



Wednesday, May 25, 2011

Hati

hati kadang-kadang berkata tidak.
tapi selalu mengiyakan rindu.
ragu-ragu tentang kamu.
hati sila bertabah. 

ya Allah, sekiranya kepulangan ini baik untuk masa depanku,
baik untuk agamaku
mendekatkan aku padaMU ya Allah.
permudahkanlah ya Allah.

sekirnya tidak ya Allah, bawalah dia pergi jauh dariku. 
 semoga aku tetap dalam pelihara MU.

sesungguhnya Engkau Maha Esa, yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk setiap dari kami, hambaMU.

Tuesday, May 24, 2011

Isteri?


sudahlah sejak kebelakangan ni seolah-olah 'disumpah' dengan perkataan 'hamagad'. mana tak rasa seperti 'sesumpah'.. terngiang-ngiang dan asyik sahaja hamagad ini bernyanyi-bernyanyi di ruang telinga. 
tidak suka perkataan ini. 

kisah diatas tiada kena mengena dengan kisah yang dibawah yeh. 

pernah tak terfikir, kawan kita yang paling rapat dan kawan yang paling kita suka bercerita kepadanya kata
"kalau aku nak cari isteri, aku nak cari yang macam kau la min." lepas tu disambung dengan puji-pujian segala. lepas itu tanya, "kalau aku hantar mak dengan ayah aku meminang kau, kau oke tak?" harus aku rasa pengkhianatan.

pernah tak orang yang kamu dah lama tidak jumpa. tiba-tiba berusaha mencari kamu melalui laman sosial dan sebagainya semata-mata katanya dia jatuh cinta pandang pertama pada kamu.
 kata adiknya, dia bersungguh. kata adiknya sahaja.

pernah terfikir tak, orang yang pernah kata kita ni adalah orang yang paling tidak faham dia, dan serba serbinya tidak elok di matanya dulu, kata dia kini menyesal. katanya dia silap kerana melepaskan. saya punyai ciri-ciri isteri yang baik. dia berkata-kata. mudah.com.my. sigh*

pernah tak, seseorang bergelar lelaki sanggup datang berjumpa kamu semata-mata untuk makan tengah hari dengan kamu? sedangkan perjalanan dari pejabatnya ke pejabat kamu memakan masa berjam-jam lamanya. apa yang kamu mahu? try to impress me kah? harus saya tidak suka. takut lagi ada lah.


kamu semua pelik!

saya sendiri tidak faham kenapa jadi macam ni. calon isteri atau tidak terpulang pada kamu semua. hak individu. tiada hak saya untuk melarang.

doa saya biarlah lelaki itu dapat menerima kebaikan dan keburukan diri saya seadanya. saya juga berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan baik akhlaknya untuk menjadi suami, imam dan ayah kepada anak-anaknya. 

saya yakin, kalau lelaki itu ikhlas dia pasti tahu bagaimana untuk mempamerkan keikhlasan.

minta maaf pada sesiapa yang tersinggung di atas penulisan entry ini. 
saya cuma tak nampak keikhlasan dari mata kamu.




Saturday, May 21, 2011

Tua

saya rasa saya tua bila :-

1. saya mess up 
dengan macam-macam password2 dalam hidup saya.
mana password gmailnya, mana password yahoo mailnya, atms lagi, etc etc..

2. bila kawan-kawan saya dah beranak pinak
       dan saya bahasakan diri saya 'aunty Mina'

3. bila saya pergi ke majlis-majlis rasmi atau mesyuarat
      saya akan di greet sebagai Puan.

4. bila saya tahu
betapa banyaknya tanggungjawab saya. 
kalau masa sekolah dulu,
tak perlu fikir installment kereta, roadtax, house bills, etc 

5. bila kanak-kanak datang ke kedai kueh mak saya
mereka akan cakap 'acik nak kue ni'
 
6. bila saya sudah serba salah 
untuk memilih Disney Channel atau Talk Show.
the toughest decision i tell u. 
aiyokk.   

7. bila i started talk like an adult now. wahaha..
semua kena serius, formal dan ada makna.
kadang-kadang i feel awkward bila jumpa kawan sekolah.
saya keliru.  
to be me yang full of fun atau the serious me.

8. saya rasa tua juga bila
orang-orang tua sahaja yang bekerja sama-sama dengan saya. 
hehehe.. 



saya rasa motivated dengan quote ini.




Monday, May 16, 2011

Rugi


oke.
semalam saya ke sebuah tempat awam
dan secara tidak sengaja tersenyum dengan SEORANG
suami/boyfriend/tunang orang kot

first, i do NOT intentionally smile at him
terpandang and we both tersenyum
bukan senyum yang meleret-leret tu
senyum SEDEKAH je

and what make me totally freaking out lepas tu bila
isteri/girlfriend/tunang dia (lelaki tadi) kot
buat muka at ME..

OMG! ello kakak, am trying to be nice here
please at least show me some respect.. will you?

secondly, rasa macam nak bertukar jadi Ultraman Seven
bila she ignored me when i smile at her! grrr ~

thirdly, Aminah kamu sabar oke! kuatkan iman.

keempat, balik kat rumah, on lappy terus post kat FB! marah lah tu.

kelima, agak-agak lepas ten minutes.
delete post. sebab fikir-fikir balik tak baik buat macam tu  =(

keenam, sampai sekarang i still wondering what is wrong with her?

ketujuh : muhasabah diri. 
NIAT adalah segala-galanya. 
SABAR kena selalu. 
UJIAN Allah turunkan dimana-mana
.
it seems like i failed my 'test' yesterday.. rugi!



Sunday, May 15, 2011

mula-mula

macam mana saya mula blogging?
ermm..

ingat, ingat terus teringat!
saya terjebak kerana dia ni : Ileta Levana via Adorable Diaries

tapi,
dia sudah tidak menulis di situ lagi.
blog itu juga sudah tiada.

if you are happen to read this.
i miss u Adorable Diaries.
please be back.


Saturday, May 14, 2011

Zahiril Adzim


broadband demam sepanjang minggu
grrr ~
 ada connection problem menurut kata si perunding rangkaiannya tadi. 
sekarang sudah baik. sudah jumpa DR.
yeay! 
  sepertinya idea-idea menulis pada minggu lalu juga habis pergi macam tu sahaja.
pasti kamu kata, kenapa tidak di catit dimana-mana?. kan senang?
saya saje tak mau.
kerana pada saya, penulisan kali pertama itu adalah apa yang dari HATI.

malangnya hari ini saya tiada apa yang hendak ditulis.
kerana idea yang pergi belom kiranya mahu kembali.
wink*
jadinya semenjak petang tadi saya berjalan-jalan di blog-blog orang

membaca
tergelak
tak kurang rasa teruja
rasa merapu pon ada juga kadang-kadang tu

tapi bila saya stop di blog Zahiril Adzim, saya suka.
bukan sebab dia seorang artis, tapi kerana penulisanya menarik.

sekian. terima kasih. saya nak cakap tu je.

=)



gambar ini saya curi dari : http://zahiriladzim.blogspot.com



Monday, May 9, 2011

For No One l The Beatles


The day breaks, your mind aches
you find that all her words of kindness linger on
when she no longer needs you

She wakes up, she makes up
she takes her time and doesn't feel she has to hurry
she no longer needs you

And in her eyes you see nothing
no sign of love behind her tears
cried for no one 

a love that should have lasted years

You want her, you need her
and yet you don't believe her when

she says her love is dead
you think she needs you

And in her eyes you see nothing
no sign of love behind the tears
cried for no one
a love that should have lasted years

You stay home, she goes out
she says that

long ago she knew someone but now he's gone 
she doesn't need him



~  Mi l Na  ~

Wednesday, May 4, 2011

why you are so wanted to be me? a cliché.


the first thing that i bear in mind when i'm about to write this ~ things happened because Allah wanted it to be happened.

so adik, kamu please grown up. dah sampai masanya kamu menjadi diri kamu.
jangan takut dengan bayang-bayang saya.
kerana saya tidak pernah pun menganggu kamu.

kenapa kamu perlu menjadi saya?
bercakap cara saya?
menulis cara saya?

kenapa kamu serba serbinya mahu seperti saya?
adil dan jujurlah pada diri sendiri.

berilah dia peluang mengenali kamu yang sebenar dengan cara kamu.
jangan biarkan dia terperangkap dalam bayang-bayang saya dalam diri kamu.

saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua.
semoga kekal ke akhir usia.

saya bukan hendak menjadi malaikat. tapi saya yakin dengan janji Allah.

jangan takut dengan saya yeh.



Friday, April 22, 2011

chinta hati saya


alhamdulillah
 suka sangat bila tengok kedua-dua orang tua saya dah kembali sihat
emak dah boleh memasak semula
dan ayah telah beransur-ansur sembuh selepas menjalani pembedahan

tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keduanya kembali senyum.
mak jugak dah boleh marah-marah.. hehehe
tanda beliau sehat lah tu.

i love u mak dan ayah, dunia dan akhirat.


 

Wednesday, April 20, 2011

i wish! i wish! i wish!


my wish list ;


am always dreaming dat one day, i would owned a house with a mini library in it.
(please ignore the bull dog)



saya nak hammock macam ni. sebab saya suka berbuai.
=)



swimming pool yang macam ni juga harus ada nanti.
walau saya takut air. tapi saya sangat suka tengok air. kolam ini akan berada bersebelahan dengan mini library saya yang berdinding kaca itu. hammock saya juga harus disini.
=)



 saya sangat suka menonton talk-show Rachel Ray dan Martha Stewart tu.
maka selalu juga berharap punyai dapur yang sophicated seperti mereka.
so, today i include modern kitchen in my wish list.



walaupun menanam bunga bukanlah kepakaran saya, tetapi bunga adalah kegemaran saya.
moga another half of me nanti sangat suka menanam bunga orangnya.
mini garden is on my wish list!



saya nak beli rumah. kalau boleh saya nak berumahtangga di Putrajaya.
saya sangat suka Putrajaya. =)
saya suka kalau rumah saya banyak dinding kaca.
macam rumah Edward Cullen dalam Twilight tu.

=) 

gambar : ihsan google search.

secret!


saya selalu excited bila ada orang cerita kalau 
dirinya ke, adiknya ke, abang atau kakaknya ke
belajar di AUSTRALIA.

saya suka.
saya selalu teringin nak pergi sana.
selalu berperasaan macam tu.

semuanya bermula dari kecil
i always knew am going to work overseas.
konon-konon intuition saya cakap macam tu.

i got my first offer studying oversea  masa umur saya 21 tahun kalo tak silap.
masa tu saya baru habis diploma.
masa tu i was offered by UNISA, Adelaide.

tapi saya tak pergi. keluarga saya tak mampu.
ingat lagi bagaimana excited wajah kedua orang tua saya
ketika surat tawaran tu sampai kerumah.

sekarang, bila dah umur 27 tahun ni
saya sekali lagi diterima masuk ke Flinders University, juga di Adelaide.
kali ini saya yang memohon untuk buat master.

errr.. err.. perasaannya masa tu.
sebabnya saya saja-saja apply.

kali kedua ini pon saya tak pergi.
kali ini sebab
saya takut
Bahasa Inggeris saya telah semakin teruk!

tapi i still believe
am going to work overseas ONE DAY.

i just knew it. 



p/s: saya excited sbb semalam saya berbual-bual panjang dengan Dr. Joanne.
 Kakaknya belajar di Melbourne.


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com