BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 24, 2010

thank you..



yang,
thank you for always being there for me and always cared for me.  

aku anak

sekuat mana aku
air mata gugur jua
tak gagah lagi untuk tersenyum rasanya

biarlah
Allah lebih tahu
aku sedaya upaya sebagai anak
telah cuba menyenangkan hati
kedua-duanya.
mungkin
penat barangkali
mulutnya bercakap yang tidak-tidak

tidak patut aku berkecil hati
ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku terhadap keduanya.


Friday, October 22, 2010

pilihan dan mandatori

getting old is mandatory
and how you live your life is an option


acuan untuk kita dibesarkan adalah mandatori
 dan bagaimana kita belajar mengadaptasi adalah pilihan

pendidikan adalah mandatori
menjadi pandai atau bodoh juga adalah pilihan

kemiskinan atau mewah adalah mandatori
mahu atau tidak adalah pilihan

alhamdulillah 

Allah berikan aku akal
tanpa mengira acuan aku dibesarkan aku memilih agar ia tidak dijadikan alasan untuk aku berpelesaran
lenyap tidak bertujuan

DIA juga tunjukkan jalan
walau tidak sehebat mana
aku antara yang terbaik
terima kasih Allah.

walau DIA telah menarik semua yang kami miliki
sehingga merempat tidak bertepi
TIDAK aku jadikan alasan
hidup susah bukan halangan
malah mengajar untuk lebih menghargai

sedih kamu mesti senyum
ketawa kamu jangan lupa senyum

aku memilih.

Wednesday, October 20, 2010

percaya

percaya
itu mesti

tapi sekali ia dikhianati 
ia pasti tak berganti
bukan dendam
bukan tidak memaafkan
 tapi hati yang retak

berbekas nya nampak
walau rupanya elok dari jauh

minta maaf
sukar untuk melupakan

aku trauma dibuat kau.


Tuesday, October 19, 2010

tak sama

rindu...
^^
bila tengok gambar-gambar lama
terasa menyesal bila lepaskan ia pergi
 menyesal buat keputusan terburu-buru

memang dia tak pernah janjikan dunia glamour
tapi selalu buat aku gembira

memang dia dulu tak tentu masa
tapi buatkan aku istimewa
aku punya waktu untuk diri sendiri

memang dia dulu memang tak pernah janji nak beri kemewahan
tapi aku boleh kalau aku rajin berusaha

memang dulu aku banyak complaint
sebab aku boleh tahan juga besar kepalanya
tapi seronok bila ada orang dengar

memang .. aku rindu 

i missed everything about PERMATA


i missed my old job, bosses, colleague and everything 


i hardly define job satisfaction since i'm leaving
i left my soul at PERMATA




Sunday, October 17, 2010

October will be end soon

cepat nya masa berlalu
hanya beberapa minggu lagi yang tinggal
kontrak aku bersama kementerian juga bakal tamat november nanti

so what is going to be next?

surat permohonan kerja juga telah berpuluh-puluh dihantar
tapi belum ada yang berbalas
semoga segala urusan akan dipermudahkan
yang pasti
aku kena positif 
rezeki akan datang

walau sedikit gusar 
kerana sumber kewangan aku sedia ada hanya mampu bertahan dalam cuma empat bulan sahaja lagi bagi menampung segala liabiliti

mina
be positive
bright future is two blocks away
it will reach u anytime by now..

:)



Wednesday, October 13, 2010

PMS mode.


ganas bukan?
aku juga tak terlepas dari terjebak dalam gejala 
PMS yang datang sebulan sekali di kala
bendera merah itu berkibaran
bukan disengajakan
tapi
entah apa angin yang bertiup
langit boleh tiba-tiba jadi mendung
itu pun nasib langit yang mendung
kadang-kadang
ribut taufan yang melanda

 puas juga kawal emosi
tapi memang tak terkawal
emosi hangin sahaja beberapa hari

mangsanya?

sang chenta hati jugaklah yang kena
serba serbi salah
bila telefon kata dia mengganggu
tidak ditelefon
'u dah tak sayang i lagi?'

tak pasal-pasal
mendung lagi
sedih tak tentu hala pon melanda

mula-mula time bercinta dulu
memang ribut memanjang
masing-masing
tak faham masing-masing
si perempuan minta dimengertikan
si lelaki tak faham kiasan

tapi sekarang PMS, PMS juga
walau banyak yang terbabas
emosi masih dibawah paras terkawal

sang chenta hati juga kini lebih memahami
banyak menaiki jejantas
agar tidak dilentung basikal ketika melintas

^^

terima kasih yang

dialong reminder pada setiap bulan:

'yang i rasa i dah nk period ni. dah sakit-sakit pinggang ni. badan pon rasa sakit jugak. sayang be prepare ok'

walaupun agak keterlaluan berkongsi atas perkara yang tidak sepatutnya 
tapi ia banyak membantu
sebab PMS adalah sesuatu yang tidak diketahui
pasang dan surutnya

 



Tuesday, October 12, 2010

mode : tido

puas berfikir apakah tajuk entry untuk diisi hari ni
melihatkan kawan-kawan yang produktif menghasilkan entry
membuatkan aku teruja
malangnya si idea tidak mahu2 juga bertandang
mata juga sudah nampak bintang
oooowh, mengantuk sudah datang

kepenatan barangkali
si otak minta direhatkan
si badan minta dibaringkan..


- hibernate mode activated -


Friday, October 8, 2010

ada LION dalam kelas saya.

ketawa bagai nak putus tali perut dek kerana ada LION dalam kelas.
'Lion..!! bila awak nak duduk ni? ke awak nak tunggu saya jadi tiger dan gigit awak dulu?'

yess... aku berjaya 
tapi tak lama

'cikgu, saya mau pi library. ikut budak-budak kemahiran teknikal'
'Lion, benci sangat ke awak dengan saya sampai tak mahu duduk dalam kelas saya?'
'cikgu, mana ada wooo...mana ada saya benci cikgu'


yess.. 
Lion duduk balik. buka buku terus u olls.

selepas lima minit

'cikgu.. Amanina pandang saya. panggil dia pandang depan ah cikgu'

'kenapa dia tak boleh pandang awak pulak?'

pastu dia pon mula lah 
'mata dia besar cikgu..macam mau makan orang
gigi dia pon besar meh, takut..'

'ke awak jeles dia pandang Woo? (Woo, student baru, duduk sebelah lion) tulah awak dulu sebelum Woo masuk, awak takmo tackle Amanina..jual mahal.. sekarang awak jeles ea?'


'oit..cikgu.. mana ada. mana ada saya cakap macam itu. mana ada jeles meh. dia gemuk cikgu. tiada orang mau sama dia ah cikgu'


sah-sah kelas gelak gempita dek kerana aku kenakan si Lion si budak nakal tu.
Amanina lagi lah. kaki menyakat juga tu.


pastu Lion kacau sikit2 aje bila aku sambung mengajar balik.

tiba-tiba ada pelajar lelaki ketuk pintu dan beri kertas pada Lion selepas aku beri kebenaran.

'cikgu, tengok saya dapat surat cinta'


'laaaa... Lion, baru saya tau kenapa awak marah Amanina pandang awak. Awak gay ea?'


satu kelas.. ketawa bahak-bahak

'mana ada woooh cikgu. ini nota ar cikgu. bukan surat cinta'

giler blush muka dia.

'tadi awak cakap'

'silap cakap ar cikgu'

'Lion, Lion.. tulah tipu saya lagi'




sebenarnya bukan Lion satu-satunya pelajar nakal yang aku ada.
tapi Lion senakal-nakal dia, dia dari kelas cemerlang.
ada juga pelajar dari kelas pertengahan. macam Hazim, Zul, Eman, Anish, Siva, Ng, Liong.
semuanya ada macam-macam karakter. nakal mereka lain.
yang penting hormati mereka sebagai pelajar. and the most important thing treat them as an adult. insyaAllah, they will respect u as their teacher and their friends too.
 semoga Allah permudahkan semua urusan.
:)


pada cikgu-cikgu lain, jangan serius sangat okeh. 
tak salah pun jadik cikgu yang loyar buruk.
rotan orang pun bukan best sangat.
wink*

Wednesday, October 6, 2010

kenapa perlu tamak?

perempuan ni memang sejenis makhluk yang pelik
yang mempunyai kuasa
untuk bertahan 
melawan apa sahaja
kerana 
CINTA

betul kan?
walaupun dia tahu
hati sebenarnya terluka
dia terus lagi bertahan
dengan harapan yang tidak pasti.

berbaloikan?
atau sebenarnya dia dijadikan tempat persinggahan
dek kerana membalas dendam 
lantaran hati pernah terluka?

hey lelaki
kenapa kau buat dia begitu?
jangan mementingkan diri
jika kau sayang
kau berterus terang
kenapa dia disorok begitu rupa

kenapa kau biarkan hati dia terluka
apa yang kau rahsiakan?
apa yang kau takutkan?

disini cinta, disana pun kau cinta
kenapa perlu tamak?

 tidakkah kau punya hati?
tidakkah kau punya rasa?

bayangkan kau ditempat dia
pasti kau juga rasa sakitnya.

hargailah orang yang menyayangi kau kerana kau.
berhenti menyakiti dia.

jangan kau tamak.

p/s : pada perempuan rasional lah. tanyalah hati. berbaloikah perbuatan kau?




minta maaf sekiranya kata-kata saya mengguris kamu. tiada niat saya mencampuri urusan kamu berdua. saya hanya mahu kamu sedar dan mahu kamu tahu.. jangan memperjudikan cinta orang lain kerana menjaga kepentingan diri sendiri ~

Friday, October 1, 2010

kali pertama

there is always a first time for everything kan?
:)
tapi kali ni aku cuba buat sesuatu yang aku tak pernah cuba
dan tak pernah terfikir lansung pon nak cuba

dan 
hari ni aku tahu 
aku mula suka

tak kenal maka tak cinta
hari-hari 
aku senyum sampai ke telinga

dulu
aku fikir kerja sebagai cikgu ni 
senang..
dulu aku ingat kerja jadi cikgu ni 
mudah..

siapa kata senang?
siapa kata mudah? 

ragam murid satu hal
ragam guru dah dua hal
politik sekolah lagilah berhal-hal
senang dik nun jadik cikgu?

amik ko!

tapi aku tak kisah sangat pon. 
sebab aku ada student yang
macam rainbow
kaler-kaler
'pening kepala saya'
^^
nakal ke, baik ke
awak semua sweet.. hehehe

lagilah awak semua bertambah-tambah sweet
sebab awak semua panggil saya chomel

boleh?

'kaki bodek yer awak semua ni? pakat-pakat bodek saya yer?'

aku pon tak tahu naluri apa yang membuatkan aku rasa 
macam ni 
tapi yang aku tahu 
aku rasa suka kali pertama 
bergelar cikgu.










Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com