BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 8, 2010

ada LION dalam kelas saya.

ketawa bagai nak putus tali perut dek kerana ada LION dalam kelas.
'Lion..!! bila awak nak duduk ni? ke awak nak tunggu saya jadi tiger dan gigit awak dulu?'

yess... aku berjaya 
tapi tak lama

'cikgu, saya mau pi library. ikut budak-budak kemahiran teknikal'
'Lion, benci sangat ke awak dengan saya sampai tak mahu duduk dalam kelas saya?'
'cikgu, mana ada wooo...mana ada saya benci cikgu'


yess.. 
Lion duduk balik. buka buku terus u olls.

selepas lima minit

'cikgu.. Amanina pandang saya. panggil dia pandang depan ah cikgu'

'kenapa dia tak boleh pandang awak pulak?'

pastu dia pon mula lah 
'mata dia besar cikgu..macam mau makan orang
gigi dia pon besar meh, takut..'

'ke awak jeles dia pandang Woo? (Woo, student baru, duduk sebelah lion) tulah awak dulu sebelum Woo masuk, awak takmo tackle Amanina..jual mahal.. sekarang awak jeles ea?'


'oit..cikgu.. mana ada. mana ada saya cakap macam itu. mana ada jeles meh. dia gemuk cikgu. tiada orang mau sama dia ah cikgu'


sah-sah kelas gelak gempita dek kerana aku kenakan si Lion si budak nakal tu.
Amanina lagi lah. kaki menyakat juga tu.


pastu Lion kacau sikit2 aje bila aku sambung mengajar balik.

tiba-tiba ada pelajar lelaki ketuk pintu dan beri kertas pada Lion selepas aku beri kebenaran.

'cikgu, tengok saya dapat surat cinta'


'laaaa... Lion, baru saya tau kenapa awak marah Amanina pandang awak. Awak gay ea?'


satu kelas.. ketawa bahak-bahak

'mana ada woooh cikgu. ini nota ar cikgu. bukan surat cinta'

giler blush muka dia.

'tadi awak cakap'

'silap cakap ar cikgu'

'Lion, Lion.. tulah tipu saya lagi'




sebenarnya bukan Lion satu-satunya pelajar nakal yang aku ada.
tapi Lion senakal-nakal dia, dia dari kelas cemerlang.
ada juga pelajar dari kelas pertengahan. macam Hazim, Zul, Eman, Anish, Siva, Ng, Liong.
semuanya ada macam-macam karakter. nakal mereka lain.
yang penting hormati mereka sebagai pelajar. and the most important thing treat them as an adult. insyaAllah, they will respect u as their teacher and their friends too.
 semoga Allah permudahkan semua urusan.
:)


pada cikgu-cikgu lain, jangan serius sangat okeh. 
tak salah pun jadik cikgu yang loyar buruk.
rotan orang pun bukan best sangat.
wink*

No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com