BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 1, 2013

Mertua


Macam selalu. Kena mula dulu baru dapat dengar suara Mak.
Ada suatu hari, Mak beritahu, Mak suka bercakap dengan Aminah.
Stunned. 
Sebab Aminah ni memang suka bercakap mendengar dan cakap balik.

Ketawa. Mertua saya pendiam orangnya.


Melahirkan secara Induce.


Tersilap pilih. mungkin itu istilah yang paling sesuai. Heheh.

Sakit ye bagi yang memilih melahirkan secara 'paksa' ni. Pengajarannya ialah, bila Doctor beri penerangan itu dengar betul-betul dan harus menanyakan risikonya. Jangan asyik nak fikir teruja nak sambut orang baru je oke.

Faktor-faktor induce:
  • Sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada di luar rahim berbanding di dalam rahim.
  • Melebihi tarikh jangka lahir atau EDD . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
  • Bayi terancam oleh preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki),  pertumbuhan bayi boleh terencat , nyawa ibu boleh terancam jika berlaku 'sawan beranak' atau eclamptic fit.
  • Diabetes - Pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi boleh mati sebelum cukup bulan.
  • 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri dan kesannya ialah bayi tidak membesar,rendah berat badan atau IUGR.
  • Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab-sebab peribadi.
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37 minggu hingga 40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg.

source: http://aishukri.blogspot.com/2012/02/saat-saat-melahirkan-anakku.html

Bagi kes saya, saya di induce kerana pergerakan baby kurang berbanding hari biasa. Kira-kira hanya 3 tendangan sahaja dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang (sewaktu pemeriksaan mingguan).

Bagaimana saya di induce:

1. Selepas dirujuk ke O&G Hospital Kajang oleh Doktor di Klinik Kesihatan Bangi, saya menjalani pemeriksaan untuk memastikan denyutan jantung anak dalam keadaan baik. Ia dipanggil CTG monitoring selama 2 jam.

2. Memandangkan usia kandungan telah mencapai minggu ke-39, dan saya mengadu pergerakan bayi yang kurang aktif, saya di tahan di wad dan dicadangkan untuk induce. Ubat pertama di masukkan melalui vagina pada 22hb Julai kira-kira pada jam 10.00 malam. Selepas itu pemantauan CTG berselang 4 jam dilakukan.

3. Oleh kerana ubat pertama tidak meransang contraction, ubat kedua dimasukkan pada 23hb Julai 2013 pada jam 8.00 malam. Saya mulai rasa sakit memulas mulai tengah malam dan  CTG menunjukkan ada tanda contraction pasif. Pada jam 6 pagi, 24hb Julai 2013 bukaan pada pintu rahim hanya 3cm. Ini amat membimbangkan saya dan juga doktor. Baby tak mahu keluar istilah tidak rasminya. Makanya Doktor terpaksa menyeluk pintu rahim untuk membantu bukaan sehingga 4 cm untuk membolehkan saya ke Labour Room. (Ini kerana saya menolak di masukkan ubat kali ke 3 yang juga akan dimasukkan melalui vagina. Sakit.)

4. Jam 9.00 pagi, 24 Julai 2013, selepas bersarapan, saya di bawa ke Labour Room untuk dipecahkan air ketuban dan dimasukkan ubat induce secara cecair secara drip. Ketika dibawa ke Labor Room, contraction semakin kerap dan syukur kerana jururawat pelatih yang ada sangat membantu untuk menenangkan dan menerangkan setiap prosedur yang di buat.

5. Air ketuban dipecahkan kira-kira pada jam 10.30 dan contraction semakin kuat. Umar dilahirkan pada jam 12.20 tengah hari sebelum sempat ubat induce di masukkan. (Keadaan baby yang lemah menyebabkan ubat induce tidak dipasang. Hanya diberi drip air untuk menenangkan baby). Alhamdulillah, semuanya terasa pantas dan serius, nurse wad bersalin hospital kajang sangat awesome!

Sedikit info tentang induce: 

1. Induce
2. Inducing-labor by Baby Centre
3. Monitoring-your-baby-during-labour

Sekiranya ubat ketiga yang dimasukkan melalui vagina juga tidak membantu kepada pembukaan/melembutkan pintu rahim, ibu akan menjalani pembedahan caesarian untuk membantu proses kelahiran.

Sekadar berkongsi. Setelah melahirkan sendiri, baru faham betapa susahnya emak kita nak melahirkan kita. Terasa kagum, emak saya seorang yang sangat kuat.

Selagi masih mampu, walau dalam sakit contraction, ambil lah wuduk tunaikan solat fardu dan solat sunat.

Jangan lupa juga untuk minta maaf. Pada suami dan emak.

Semoga dipermudahkan.








Umar Ummi



Sayangnya Ummi tak terzahir. 
Memiliki kamu adalah anugerah.
24 Julai 2013 / 15 Ramadhan 1434H.

Membesarlah anak, semoga soleh. Lembut dan terang hatinya.
Penyabar jiwanya.
Berani. Beraklak dan beriman semoganya. 
Amin.





Saya rasa saya Superhero

Bila dah lebih setahun bergelar isteri ini kan, kadang-kadang saya rasa saya dah boleh jadi seorang adi wira dah. Boleh begitu?

Menjadi isteri ni macam naik pangkat juga. Maknanya tanggungjawab juga lebih besar. Macam naik pangkat tu.

Kadang-kadang rasa macam naik pangkat jadi supervisor. Nak kena inspect semua benda dalam rumah, makan pakai suami dan terbaru si nyawa hati, Umar Rayyan.

Celik sahaja mata, menguruskan sarapan dan bekalan suami ke tempat kerja.
Si nyawa hati juga perlu di uruskan untuk ke rumah pengasuh.
Macam askar. Setiap hari kena bersiap siaga. Mesti ada plan A dan plan B. Mesti laju berfikir macam broker saham.

Itu kisah buka mata. Nak tutup mata pun boleh tahan checklistnya. Macam Jaga. Lepas pusing keliling bangunan baru boleh duduk. Aunty Jaga yang ini pula nak kena pastikan yang beg anak dah ready top-up baju dan pampers untuk ke rumah pengasuh. Nak kena pastikan anak tidur dalam keadaan paling selesa. Suami juga, kalau demam kena pastikan dia dah makan ubat, diselimutkan, vicks dan ubat dan air yang perlu, ada berdekatan. Begitu juga anak. Dah rasa macam Nurse.

Diantara buka dan tutup mata tu juga nak kena juga jadi Chef, nak kena jadi tukang laundry juga untuk urusan membasuh dan melipat bagai. Mujur bab menggosok suami hantar ke Dobi.

Best jadi isteri. Jujur ni. Sebab dulu bila tengok mak buat rasa macam tak mampu nak jadi macam tu. Rasa tak mampu nak bangun pagi, memasak. Petang juga memasak. Nak jaga diri lagi. Suami. Anak. 

Dulu rasanya saya seorang yang tahap sabarnya itu senipis kulit bawang. Sekarang setebal dinding gua rasanya.

Dulu tak pandai sangat nak bertoleransi (dengan suami). Sekarang dah perlahan-lahan pandai. Dah pandai macam Duta Keamanan. Banyak dengar, fikir yang rasional dan cakap yang baik-baik.

Rasanya, kalau tidak kerana Allah yang memberikan kekuatan hati. Mesti semua ini tak akan jadi. Saya tidak akan berasa seperti Superhero. Terima kasih Allah. Untuk suami dan anak. Juga hati yang menyayangi mereka sedalamnya.

  


Wednesday, July 3, 2013

Masak Ranum


Minggu-minggu terakhir. Alhamdulillah. Tak tergambar keterujaan menyambut si orang baru.
Tak tinggal juga fi'il yang semakin macam-macam pada diri sendiri.
Semoga terus bertabah sang suami.

Moody memanjang. Sensitif sepanjang-panjangnya.

Ya Allah. Bukan tak ingat. Tapi ikut hati. Selalu mati.

Wahai suami, ketahuilah kamu adalah yang terbaik! Terima kasih.



Friday, June 7, 2013

Selamat


Terjaga tengah-tengah malam.
Sakit pinggang. Pergi ke kaki, ke peha, balik ke pinggang
dan kadang-kadang sampai kepala.

Tak selesa.

Tak mudah nak jadi Ibu. Anak, semoga soleh.

Suami, terima kasih.
Walau kadang-kadang susahnya nak jaga sapukan minyak,
Tapi bila-bila awak sedar, awak gengam jemari saya, saya nak awak tahu yang awak buat saya rasa selamat
dan saya tahu saya akan oke, surviving my nights.


Thursday, June 6, 2013

I am 8 months pregnant!


Tak sabar rasanya nak jadi Ibu kepada Umar Rayyan.
Tak sabar rasanya nak peluk dan cium anak sendiri.

Tapi mampu kah untuk sabar nak bangun malam-malam susukan dia?
Dodoikan dia?
Jagakan dianya?

Fuhh, semoga Allah berikan kekuatan untuk menjadi Ibu. Kadang-kadang konflik juga dengan diri sendiri. Sediakah? Lama mana boleh bertahan. Pandai ke? .Tolak tepi. sambil kata. BOLEH.

Ingat lagi masa mula-mula peggy. Niat hanya nak kacau-kacau suami. Menyakat. Hari-hari beritahu dia, saya pregnant. Salah satunya sebab period da lewat 5 hari masa tu.

Lama-lama terasa yakin diri peggy lansung ajak suami ke farmasi beli alat ujian kehamilan. Balik-balik rumah terus test dan betul, ada dua line merah yang timbul.

Reaksi. Saya, macam percaya tak percaya. Suami.. seperti yang dijangka reaksinya. Tapi dalam masa yang sama berdoa, semoga Allah lembutkan hati dia.

Oke. Baru kerja. Baru pindah. Suami yang begitu dan Peggy.

Janji Allah, Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu. Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah segalanya.

Dari risau tak cukup itu ini, Allah beri satu-satu tepat pada masanya. Umar Rayyan sangat murah rezekinya sejak hari pertama saya mengandungkan dia. Walau kadang-kadang tak pernah cerita nak makan apa, tiba-tiba ada sahaja yang membawa. Bukan sekali, banyak kali. Officemate lama di Petronas, Pakcik Noh ialah orang pertama yang sedekahkan Umar Rayyan duit bila tahu saya mengandung.

Umar Rayyan - Memang mula-mula mengandung niat nak anak lelaki. Sebabnya adik-beradik ramai perempuan. 5 dari 6 kami adalah perempuan. Hari-hari minta Allah makbulkan doa. Alhamdulillah, sekarang pada usia 8 bulan kandungan, InsyaAllah ianya Umar Rayyan.

Mula-mula dulu nak letak nama Ummar Ahmad Noah. Ummar sebab kagum dengan keperibadian tegas sahabat Rasulullah nan sorang ni. Ahmad sempena nama Rasullullah dan Noah, nama Nabi Nuh. Tapi bila tengok Abahnya beria-ria nak nama Rayyan (pintu syurga bagi orang yang berpuasa) tak sampai hati nak tolak. Baiklah Umar Rayyan. Time exam SPM nanti duduk meja hujung belakang dewan jangan marah mak ye nak. :)

Hilang - Tak ingat bila. Tapi pernah mengalami pendarahan pada awal kandungan. Memang mula-mula ingat kami dah hilang Umar. Hari tu hari Ahad. Terus rush ke hospital Kajang. Teringat yang semalamnya makan nenas. Gulai Ikan Masin campur nenas di rumah kenduri nikah sepupu suami. Terasa menyesal. Lepas screening terus refer ke pakar sakit puan. Alhamdulillah, dari ultra sound, kami masih boleh nampak Umar. Eh, doctor detect cyst sebesar 3 cm. Jadinya di jadualkan ke hospital Kajang pada bulan seterusnya. Sedikit info mengenai cyst.

Ok, pada check up seterusnya di Unit Obstetri dan Ginekologi Hospital Kajang, doktor telah menemukan sesuatu yang baru. Saya ada fibroid juga. Tak besar dan tak kecil. Sehingga hari ini, tidak membahayakan. Mula-mula tahu, memang takut memikirkan risiko dan kebarangkalian yang mungkin terjadi (sebab lepas balik rumah, baca info itu dan ini tentang fibroid di internet terus jadi paranoid). Seperti selalu, Allah sebaik-baik penolong. Selepas beberapa bulan, cyst dah tak kelihatan. Doctor kata ianya kadang-kadang adalah sokongan kepada bayi ketika awal kehamilan. Lega cyst hilang. Now hanya risaukan fibroid. Kedudukannya setakat ini tidak menganggu Umar, tidak membesar dan tidak menghalang pintu keluar Umar kelak. InsyaAllah saya akan bersalin normal. Cukup membahagiakan. Terima kasih Allah. Semoga ianya kekal begitu atau lebih baik. Amin.

Admitted - Tak sangka akan mengalami alahan teruk. Saya alah pada air kosong. susu, seafood dan semua jenis makanan. Sehingga pada klimaksnya, pada suatu hari saya muntahkan semua yang saya minum dan makan, dan paling teruk.. saya muntahkan air liur juga. Tempat pertama yang dituju, Klinik Kesihatan Bangi (terima kasih adik ipar tak jadi, Kezan sebab tolong hantarkan. Abah Umar tak dapat keluar dan saya betul-betul dah tak boleh bertahan). Yeay.. selepas jumpa Doctor dan drip saya kene naik ambulan neno-neno terus ke Hospital Kajang (upon request since medical record dah ada kat sana). Dan Doktor cakap, it's life threatening situation. Begitu serius kah?

Seperti cadangan Doktor di Klinik Kesihatan Bangi tadi, di hospital Kajang saya telah disahkan mengalami hiperemesis-gravidarum. Bermulanya sesi mendrip air dengan banyaknya sampai tangan kembang dan sesi ujian urin secara berkala dan ujian darah juga. Ujian urin bagi memastikan cecair dalam badan kembali normal dan ujian darah bagi memastikan saya bebas tiroid.

Terharu dengan kebaikan suami yang demam menjaga dan memandikan saya. Tak mampu nak uruskan diri kerana drip di pasang betul-betul pada pelipat lengan kiri. Doktor tak jumpa saluran lain sebab kebetulan dalam beberapa minggu tersebut habis urat-urat terbiasa di drip kerana alahan. Eh, Doktor yang merawat saya persis Que Haidar lah! malah handsome lebih lagi. Terima kasehh. Huhuhu..

Dan pada usia kandungan 8 bulan, saya semakin sayangkan Umar. Berharap dia sihat dalam kandungan. Dan insyaAllah membesar sebagai anak yang soleh kelak.

Moment yang bahagia mengandungkan Umar ialah bila kali pertama dia menendang dan bila Abahnya semakin kerap mencium dan membelai dia. Terima kasih Allah.

Amin.





Rasa Jengkel?

Penah tak rasa jengkelnya dia ni sebab balik-balik dia je yang best.
Suami dia je yang baik.
Anak dia je..

Pokoknya dia je kan?

Kalau ada, jangan lah macam tu. Tidak baik yeh.
Harus lah bagi dia untuk merasakan kehidupan dia yang baik-baik, kerana
tentu-tentunya dia menjalani kehidupan dia dengan baik-baik sahaja.

Nak tahu rasa rahsia kehidupan yang baik-baik?

Satunya, berbahagialah melihat kebahagian orang lain. InsyaAllah, kita juga akan berasa bahagia.

Berdoa juga untuk orang yang menjalani hidup yang baik-baik tu semoga hidupnya terus baik. Lagipun janji Allah, kita ni, kalau doakan orang lain, kita juga akan mendapat yang sama.

Ketiganya, jangan dengki dengan orang tersebut. Lebih lagi sangka yang bukan-bukan tentang dia dan hidupnya. Duk kata dia hipokrit la, apa la, itu la, ini la. Nampak tak kita yang sedang tidak berbagia di situ? Masalah yang tidak-tidak je yang nak dirunsingkan.

Keempat, kita kena selalu ingatkan diri kita untuk bersyukur dengan setiap inci apa yang kita miliki. Bayangkan berapa ramai lagi yang nak hidup macam kita. Walau kita kadang-kadang dan selalunya nak hidup macam orang yang lebih senang dari kita. (Itu normal bagi manusia yang siuman).

Kalau kita duk asyik bandingkan, kenapa dia je yang dapat kerja best-best, gaji best-best, hari-hari jadi orang penting, sedangkan kita pon ada degree jugak. Attached sekali dengan dean list certificate yang berderet (sampai penuh folder sijil) pulak tu. Dia, dah lah result sedang-sedang je. Kenapa mesti dia yang dapat?

Then, cuba pulak awak fikir macam ni. Eh, kerja tak dapat pangkat senang apa. Tak payah nak stay back kat office sampai late night. Tak payah attend meeting sampai lewat, lepas tu nak siapkan proposal dan perbentangan bagai kena stay back kat office lagi. At least we can leave office at  5.00 pm daily compared to them. Sila senyum satu kali, if you know what I mean how heaven it feel to be home early.

So what?, kita ada degree. Tak layak nak buat kerja clerk je. Hei, orang yang terpelajar ialah orang yang dimana dia dicampakkan dia akan menjadi taman nan indah!

Nak jadi orang penting? Penting lah tu. Perasan tak kalau kita tak datang office lebih dua hari orang dah mula calling2? Rendah ke tinggi, kita saling melengkapi. 

Gaji dia riban-riban kot. Ops, gaji kita pon riban. Walau tak riban-riban. Tapi cuba kaji lebihnya kita dari dia. contohnya gaji kecik belanja kecik, boleh kawal nafsu belanja gitu. Kalau nak juga, boleh kumpul2 duit, boleh tanam sifat sabar. tak gitu? :)

Last but not least, belajar appreciate apa yang kita ada. dan jangan minta apa yang bukan kita punya. Berbahagialah di atas kebahagiaan orang lain.


As for me, saya bahagia kerana orang-orang yang saya sayang semua ada depan mata. Saya cukup makan dan pakai. Ada suami yang penyayang walau kadang-kadang agak menjengkelkan ( Eh, I love you Motmot). Tempat kerja yang best, bos yang tolerate. Kawan sekerja yang caring walau kadang-kadang tak sama. :)


Sila lihat diluar jendela, pasti nampak lebih.





Friday, May 3, 2013

Kawan-kawan nak Kawen


Alhamdulillah, tahun 2013 ialah tahun makan nasi kenduri kawan-kawan!

Me of course lah, macam kebiasaan, orang yang paling sibuk untuk menyibuk. Rasa best bila ada kawan-kawan call tanya itu tanya ini. Minta pandangan itu, minta pandangan ini. Rasa macam kakak-kakak uoll's. :)

Apa-apa pon di doakan semoga urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t urusan nikah kahwin korang dan kekal bahagia hingga ke surga Allah hendaknya.

Pada kawan-kawan yang belum bertemu jodohnya. Jangan risau-risau. Doa selalu. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah.

Saya pula, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk sama-sama menjadi sebahagian dari kenangan  kawan-kawan di hari bahagia mereka kelak. Amin!



p/s: Perkahwinan merupakan satu pintu lain untuk kamu melihat sisi tersembunyi pasangan kamu. Be prepared for the better and the worst ya! 

Mengundi?

Pengalaman pertama saya mengundi adalah 5 tahun lepas.
Pergi mengundi kali pertama pon dengan arwah Ayah sebab alamat yang sama (rumah arwah Uwan di Kampung Relong) makanya kami membuang undi di tempat yang sama. Ingat lagi pergi mengundi naik dutdut (motorsikal arwah ayah).

Tahun ni tak tahu lagi. Tahun kedua membuang undi merupakan tahun pertama juga bergelar isteri dan tahun ini juga kali pertama sang chenta hati nak membuang undi. Perasaannya macam tunggu giliran nak balik raya pulak.

Sang chenta hati berkobar-kobar. Hatinya ada biru, ada hijau. heheh. Good Luck ye sayang. Semoga kobar-kobarnya sampai ke petang, untung-untung sempat juga saya dibawa balik ke Rembau tercinta untuk mengundi.



Takot dengan suasa sekarang, fitnah bertebaran bagai angin lepas demi sekeping kertas berpangkah. sigh*

Tuesday, April 30, 2013

Wedding captures

Sumpah susahnya nak tulis entry wedding ni.
Terlalu banyak nak ditulis. terlalu banyak nak di kenang.

Terima kasih pada semua yang telah bersusah payah menjayakan dan tak lupa yang mendoakan dari jauh dan dekat.

Kawan-kawan, saudara mara dan semua.

Harap-harap gambar memadai menceritakan betapa indahnya memiliki kamu semua di hari bersejarah saya!






























































Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com