BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 6, 2013

Rasa Jengkel?

Penah tak rasa jengkelnya dia ni sebab balik-balik dia je yang best.
Suami dia je yang baik.
Anak dia je..

Pokoknya dia je kan?

Kalau ada, jangan lah macam tu. Tidak baik yeh.
Harus lah bagi dia untuk merasakan kehidupan dia yang baik-baik, kerana
tentu-tentunya dia menjalani kehidupan dia dengan baik-baik sahaja.

Nak tahu rasa rahsia kehidupan yang baik-baik?

Satunya, berbahagialah melihat kebahagian orang lain. InsyaAllah, kita juga akan berasa bahagia.

Berdoa juga untuk orang yang menjalani hidup yang baik-baik tu semoga hidupnya terus baik. Lagipun janji Allah, kita ni, kalau doakan orang lain, kita juga akan mendapat yang sama.

Ketiganya, jangan dengki dengan orang tersebut. Lebih lagi sangka yang bukan-bukan tentang dia dan hidupnya. Duk kata dia hipokrit la, apa la, itu la, ini la. Nampak tak kita yang sedang tidak berbagia di situ? Masalah yang tidak-tidak je yang nak dirunsingkan.

Keempat, kita kena selalu ingatkan diri kita untuk bersyukur dengan setiap inci apa yang kita miliki. Bayangkan berapa ramai lagi yang nak hidup macam kita. Walau kita kadang-kadang dan selalunya nak hidup macam orang yang lebih senang dari kita. (Itu normal bagi manusia yang siuman).

Kalau kita duk asyik bandingkan, kenapa dia je yang dapat kerja best-best, gaji best-best, hari-hari jadi orang penting, sedangkan kita pon ada degree jugak. Attached sekali dengan dean list certificate yang berderet (sampai penuh folder sijil) pulak tu. Dia, dah lah result sedang-sedang je. Kenapa mesti dia yang dapat?

Then, cuba pulak awak fikir macam ni. Eh, kerja tak dapat pangkat senang apa. Tak payah nak stay back kat office sampai late night. Tak payah attend meeting sampai lewat, lepas tu nak siapkan proposal dan perbentangan bagai kena stay back kat office lagi. At least we can leave office at  5.00 pm daily compared to them. Sila senyum satu kali, if you know what I mean how heaven it feel to be home early.

So what?, kita ada degree. Tak layak nak buat kerja clerk je. Hei, orang yang terpelajar ialah orang yang dimana dia dicampakkan dia akan menjadi taman nan indah!

Nak jadi orang penting? Penting lah tu. Perasan tak kalau kita tak datang office lebih dua hari orang dah mula calling2? Rendah ke tinggi, kita saling melengkapi. 

Gaji dia riban-riban kot. Ops, gaji kita pon riban. Walau tak riban-riban. Tapi cuba kaji lebihnya kita dari dia. contohnya gaji kecik belanja kecik, boleh kawal nafsu belanja gitu. Kalau nak juga, boleh kumpul2 duit, boleh tanam sifat sabar. tak gitu? :)

Last but not least, belajar appreciate apa yang kita ada. dan jangan minta apa yang bukan kita punya. Berbahagialah di atas kebahagiaan orang lain.


As for me, saya bahagia kerana orang-orang yang saya sayang semua ada depan mata. Saya cukup makan dan pakai. Ada suami yang penyayang walau kadang-kadang agak menjengkelkan ( Eh, I love you Motmot). Tempat kerja yang best, bos yang tolerate. Kawan sekerja yang caring walau kadang-kadang tak sama. :)


Sila lihat diluar jendela, pasti nampak lebih.





No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com