BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 20, 2012

Ayah #2

Ayah suka panggil anak-anaknya dengan nama yang hanya dia seorang sahaja yang akan panggil macamtu ~

saya awon'.

Al-Fatihah. I LOVE YOU.

Mak #1

Mak rindu arwah ayah agaknya.
Semalam mak masak ikan siakap kukus.

Selama 28 tahun saya hidup, hanya ayah sahaja yang masak siakap kukus tu ..

Arwah ayah seorang tukang masak yang sangat hebat! 

dah banyak kali ayah suruh saya belajar buat, nanti senang nak buat sendiri ayah cakap.

owh, mak cakap kenduri 100 hari arwah ayah nanti mak nak masak ikan siakap kukus cara ayah ni. InsyaAllah.

Chicken pox!

Dijangkiti chicken pox pada usia 28 tahun adalah sangat tidak awesome!
Terutama bila muka adalah kawasan sasaran utama.
Ini betul-betul mendapat seri bulan namanya. 

Tapi, saya ok dengannya. walau kawan-kawan ofis kata "kesiannya muka kau kak" pada hari pertama saya balik ke pejabat lepas cuti 12 hari dengan jayanya. 

Techically, 12 hari di rumah benar-benar menginsafkan.

Betapa payahnya nak baring. nak bangun dari tidur. payahnya nak sarung pakaian. payahnya nak duduk betul dan jalan elok. betapa kena kuatnya menahan gatal-gatalnya satu badan. betapa payahnya nak bercakap. betapa payahnya nak basuh muka. betapa payahnya nak menggosok gigi dan yang paling saya takut.. sakitnya kalau terlanggar buntil-buntil kecil ni.

Sangat menginsafkan bila fikir-fikir balik. Allah beri ujian sikit je ni. paling teruk dua minggu akan baik. ada orang penyakitnya kekal. kekal baring tak bangun. kekal sakitnya.. sampai akhir hayatnya mungkin. 

Tunang pesan, sabar. banyakkan zikir dan berdoa. doa dan amalan orang sakit mudah diterima. InsyaAllah.

Fuhh. sekarang tunggu bekas buntil-buntil kecil ni kering. saya positif parut boleh hilang! 

Lupa tadi nak tulis.. Terima kasih mak. sedaya upaya mak masak lauk-lauk tanpa minyak. mak masak sup dan bakar-bakar je. Terima kasih mak tolong sapukan ubat! 





Cik Mina Jalan-jalan.

Jalan-jalan kat blog kawan-kawan je.
kagum la. mcm mana dorang boleh menulis dalam bahasa yang tidak menjemukan.

ngeee... saya ada satu favorite blog. sangat favorite! she is currently writing serial short notes about her husband.

sangat sweet!

Saturday, March 17, 2012

Ayah #1

Terdengar lagu favourite ayah di Astro.
Menitik air mata.

He loved singing so much and none of us follow his footstep.

Al-Fatihah. I Love You.

Friday, March 16, 2012

Faham

Kadang-kadang ada satu-satu masa tu.
Hanya kita sahaja yang faham.

Rindu.

Sunday, March 11, 2012

Pernah Tak?

beberapa minggu lepas saya update status facebook dengan menyatakan ini - Am Jealous of Bella Swan.

saya tak maksudkan saya cemburukan Bella kerana bersuamikan pontianak kacak. cuma saya kagum bagaimana dua orang lelaki ini yang terus mencintai Bella kerana CINTA.

saya kagum dengan Jacob, sayang dia pada Bella tak berbelah bahagi.
saya kagum dengan Edward, hormatnya dia pada orang yang menyayangi isterinya.

Sigh*

I've Lost The Love I Love The Most

Selamat jalan ayah, tinggal kami semua disini.
semoga ayah tahu kasih sayang kami selalu dengan ayah.
 8 Jun 1947 - 1 Mac 2012.

Ayah sepanjang hayatnya, seorang yang suka bersedekah.
Ayah tak beri duit. Arwah ayah cuma sedekahkan tanaman kangkung, cili dan buah-buah yang ayah tanam.

Ayah sepanjang hayatnya, suka tolong orang.
tak kisah siapa. kenal atau tidak. arwah ayah tak lokek menolong.

Ayah sepanjang hayatnya, tak berdendam.
buatlah apa sahaja pada dia, pada anak-anaknya. kenduri kamu bukan sahaja dia hadir. malah akan ditolongnya juga kamu. sebab arwah ayah cakap, orang yang buat jahat dengan kita akan segan kalau kita balas dia dengan kebaikan.

pada hari ayah saya tiada baru saya tahu, betapa ramainya orang turut menyayangi dia.

.... terima kasih pada semua kawan-kawan yang sedekahkan bacaan yassin semenjak hari pertama arwah ayah dimasukkan ke ICU. terima kasih ucapan selamat buat kami sekeluarga dan doa sejahtera serta tahlil buat arwah ayah. terima kasih kerana telah menyempurnakan jenazah arwah ayah sehingga ke liang lahad. terima kasih menziarah kami sekeluarga sebelum dan selepas ketiadaan arwah. semoga kebaikan semua pada kami sekeluarga akan dibalas dengan kebaikan yang lebih banyak.

Kasih sayang yang tidak akan pernah padam. Semoga penawar hati ini, ditempatkan dikalangan orang yang diberi pengampunan dan sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t 

Al-Fatihah.

dah takde orang nak panggil saya Awon (Along).

 I LOVE YOU.




Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com