BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 11, 2012

I've Lost The Love I Love The Most

Selamat jalan ayah, tinggal kami semua disini.
semoga ayah tahu kasih sayang kami selalu dengan ayah.
 8 Jun 1947 - 1 Mac 2012.

Ayah sepanjang hayatnya, seorang yang suka bersedekah.
Ayah tak beri duit. Arwah ayah cuma sedekahkan tanaman kangkung, cili dan buah-buah yang ayah tanam.

Ayah sepanjang hayatnya, suka tolong orang.
tak kisah siapa. kenal atau tidak. arwah ayah tak lokek menolong.

Ayah sepanjang hayatnya, tak berdendam.
buatlah apa sahaja pada dia, pada anak-anaknya. kenduri kamu bukan sahaja dia hadir. malah akan ditolongnya juga kamu. sebab arwah ayah cakap, orang yang buat jahat dengan kita akan segan kalau kita balas dia dengan kebaikan.

pada hari ayah saya tiada baru saya tahu, betapa ramainya orang turut menyayangi dia.

.... terima kasih pada semua kawan-kawan yang sedekahkan bacaan yassin semenjak hari pertama arwah ayah dimasukkan ke ICU. terima kasih ucapan selamat buat kami sekeluarga dan doa sejahtera serta tahlil buat arwah ayah. terima kasih kerana telah menyempurnakan jenazah arwah ayah sehingga ke liang lahad. terima kasih menziarah kami sekeluarga sebelum dan selepas ketiadaan arwah. semoga kebaikan semua pada kami sekeluarga akan dibalas dengan kebaikan yang lebih banyak.

Kasih sayang yang tidak akan pernah padam. Semoga penawar hati ini, ditempatkan dikalangan orang yang diberi pengampunan dan sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t 

Al-Fatihah.

dah takde orang nak panggil saya Awon (Along).

 I LOVE YOU.



1 comment:

  1. Al-Fatihah...Ingat ko ckp yg arwah g umah pakcik kutu pagi2 nak tanyekan pasal kutu...hmmmm...

    ReplyDelete


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com