BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 7, 2013

Selamat


Terjaga tengah-tengah malam.
Sakit pinggang. Pergi ke kaki, ke peha, balik ke pinggang
dan kadang-kadang sampai kepala.

Tak selesa.

Tak mudah nak jadi Ibu. Anak, semoga soleh.

Suami, terima kasih.
Walau kadang-kadang susahnya nak jaga sapukan minyak,
Tapi bila-bila awak sedar, awak gengam jemari saya, saya nak awak tahu yang awak buat saya rasa selamat
dan saya tahu saya akan oke, surviving my nights.


Thursday, June 6, 2013

I am 8 months pregnant!


Tak sabar rasanya nak jadi Ibu kepada Umar Rayyan.
Tak sabar rasanya nak peluk dan cium anak sendiri.

Tapi mampu kah untuk sabar nak bangun malam-malam susukan dia?
Dodoikan dia?
Jagakan dianya?

Fuhh, semoga Allah berikan kekuatan untuk menjadi Ibu. Kadang-kadang konflik juga dengan diri sendiri. Sediakah? Lama mana boleh bertahan. Pandai ke? .Tolak tepi. sambil kata. BOLEH.

Ingat lagi masa mula-mula peggy. Niat hanya nak kacau-kacau suami. Menyakat. Hari-hari beritahu dia, saya pregnant. Salah satunya sebab period da lewat 5 hari masa tu.

Lama-lama terasa yakin diri peggy lansung ajak suami ke farmasi beli alat ujian kehamilan. Balik-balik rumah terus test dan betul, ada dua line merah yang timbul.

Reaksi. Saya, macam percaya tak percaya. Suami.. seperti yang dijangka reaksinya. Tapi dalam masa yang sama berdoa, semoga Allah lembutkan hati dia.

Oke. Baru kerja. Baru pindah. Suami yang begitu dan Peggy.

Janji Allah, Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu. Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah segalanya.

Dari risau tak cukup itu ini, Allah beri satu-satu tepat pada masanya. Umar Rayyan sangat murah rezekinya sejak hari pertama saya mengandungkan dia. Walau kadang-kadang tak pernah cerita nak makan apa, tiba-tiba ada sahaja yang membawa. Bukan sekali, banyak kali. Officemate lama di Petronas, Pakcik Noh ialah orang pertama yang sedekahkan Umar Rayyan duit bila tahu saya mengandung.

Umar Rayyan - Memang mula-mula mengandung niat nak anak lelaki. Sebabnya adik-beradik ramai perempuan. 5 dari 6 kami adalah perempuan. Hari-hari minta Allah makbulkan doa. Alhamdulillah, sekarang pada usia 8 bulan kandungan, InsyaAllah ianya Umar Rayyan.

Mula-mula dulu nak letak nama Ummar Ahmad Noah. Ummar sebab kagum dengan keperibadian tegas sahabat Rasulullah nan sorang ni. Ahmad sempena nama Rasullullah dan Noah, nama Nabi Nuh. Tapi bila tengok Abahnya beria-ria nak nama Rayyan (pintu syurga bagi orang yang berpuasa) tak sampai hati nak tolak. Baiklah Umar Rayyan. Time exam SPM nanti duduk meja hujung belakang dewan jangan marah mak ye nak. :)

Hilang - Tak ingat bila. Tapi pernah mengalami pendarahan pada awal kandungan. Memang mula-mula ingat kami dah hilang Umar. Hari tu hari Ahad. Terus rush ke hospital Kajang. Teringat yang semalamnya makan nenas. Gulai Ikan Masin campur nenas di rumah kenduri nikah sepupu suami. Terasa menyesal. Lepas screening terus refer ke pakar sakit puan. Alhamdulillah, dari ultra sound, kami masih boleh nampak Umar. Eh, doctor detect cyst sebesar 3 cm. Jadinya di jadualkan ke hospital Kajang pada bulan seterusnya. Sedikit info mengenai cyst.

Ok, pada check up seterusnya di Unit Obstetri dan Ginekologi Hospital Kajang, doktor telah menemukan sesuatu yang baru. Saya ada fibroid juga. Tak besar dan tak kecil. Sehingga hari ini, tidak membahayakan. Mula-mula tahu, memang takut memikirkan risiko dan kebarangkalian yang mungkin terjadi (sebab lepas balik rumah, baca info itu dan ini tentang fibroid di internet terus jadi paranoid). Seperti selalu, Allah sebaik-baik penolong. Selepas beberapa bulan, cyst dah tak kelihatan. Doctor kata ianya kadang-kadang adalah sokongan kepada bayi ketika awal kehamilan. Lega cyst hilang. Now hanya risaukan fibroid. Kedudukannya setakat ini tidak menganggu Umar, tidak membesar dan tidak menghalang pintu keluar Umar kelak. InsyaAllah saya akan bersalin normal. Cukup membahagiakan. Terima kasih Allah. Semoga ianya kekal begitu atau lebih baik. Amin.

Admitted - Tak sangka akan mengalami alahan teruk. Saya alah pada air kosong. susu, seafood dan semua jenis makanan. Sehingga pada klimaksnya, pada suatu hari saya muntahkan semua yang saya minum dan makan, dan paling teruk.. saya muntahkan air liur juga. Tempat pertama yang dituju, Klinik Kesihatan Bangi (terima kasih adik ipar tak jadi, Kezan sebab tolong hantarkan. Abah Umar tak dapat keluar dan saya betul-betul dah tak boleh bertahan). Yeay.. selepas jumpa Doctor dan drip saya kene naik ambulan neno-neno terus ke Hospital Kajang (upon request since medical record dah ada kat sana). Dan Doktor cakap, it's life threatening situation. Begitu serius kah?

Seperti cadangan Doktor di Klinik Kesihatan Bangi tadi, di hospital Kajang saya telah disahkan mengalami hiperemesis-gravidarum. Bermulanya sesi mendrip air dengan banyaknya sampai tangan kembang dan sesi ujian urin secara berkala dan ujian darah juga. Ujian urin bagi memastikan cecair dalam badan kembali normal dan ujian darah bagi memastikan saya bebas tiroid.

Terharu dengan kebaikan suami yang demam menjaga dan memandikan saya. Tak mampu nak uruskan diri kerana drip di pasang betul-betul pada pelipat lengan kiri. Doktor tak jumpa saluran lain sebab kebetulan dalam beberapa minggu tersebut habis urat-urat terbiasa di drip kerana alahan. Eh, Doktor yang merawat saya persis Que Haidar lah! malah handsome lebih lagi. Terima kasehh. Huhuhu..

Dan pada usia kandungan 8 bulan, saya semakin sayangkan Umar. Berharap dia sihat dalam kandungan. Dan insyaAllah membesar sebagai anak yang soleh kelak.

Moment yang bahagia mengandungkan Umar ialah bila kali pertama dia menendang dan bila Abahnya semakin kerap mencium dan membelai dia. Terima kasih Allah.

Amin.





Rasa Jengkel?

Penah tak rasa jengkelnya dia ni sebab balik-balik dia je yang best.
Suami dia je yang baik.
Anak dia je..

Pokoknya dia je kan?

Kalau ada, jangan lah macam tu. Tidak baik yeh.
Harus lah bagi dia untuk merasakan kehidupan dia yang baik-baik, kerana
tentu-tentunya dia menjalani kehidupan dia dengan baik-baik sahaja.

Nak tahu rasa rahsia kehidupan yang baik-baik?

Satunya, berbahagialah melihat kebahagian orang lain. InsyaAllah, kita juga akan berasa bahagia.

Berdoa juga untuk orang yang menjalani hidup yang baik-baik tu semoga hidupnya terus baik. Lagipun janji Allah, kita ni, kalau doakan orang lain, kita juga akan mendapat yang sama.

Ketiganya, jangan dengki dengan orang tersebut. Lebih lagi sangka yang bukan-bukan tentang dia dan hidupnya. Duk kata dia hipokrit la, apa la, itu la, ini la. Nampak tak kita yang sedang tidak berbagia di situ? Masalah yang tidak-tidak je yang nak dirunsingkan.

Keempat, kita kena selalu ingatkan diri kita untuk bersyukur dengan setiap inci apa yang kita miliki. Bayangkan berapa ramai lagi yang nak hidup macam kita. Walau kita kadang-kadang dan selalunya nak hidup macam orang yang lebih senang dari kita. (Itu normal bagi manusia yang siuman).

Kalau kita duk asyik bandingkan, kenapa dia je yang dapat kerja best-best, gaji best-best, hari-hari jadi orang penting, sedangkan kita pon ada degree jugak. Attached sekali dengan dean list certificate yang berderet (sampai penuh folder sijil) pulak tu. Dia, dah lah result sedang-sedang je. Kenapa mesti dia yang dapat?

Then, cuba pulak awak fikir macam ni. Eh, kerja tak dapat pangkat senang apa. Tak payah nak stay back kat office sampai late night. Tak payah attend meeting sampai lewat, lepas tu nak siapkan proposal dan perbentangan bagai kena stay back kat office lagi. At least we can leave office at  5.00 pm daily compared to them. Sila senyum satu kali, if you know what I mean how heaven it feel to be home early.

So what?, kita ada degree. Tak layak nak buat kerja clerk je. Hei, orang yang terpelajar ialah orang yang dimana dia dicampakkan dia akan menjadi taman nan indah!

Nak jadi orang penting? Penting lah tu. Perasan tak kalau kita tak datang office lebih dua hari orang dah mula calling2? Rendah ke tinggi, kita saling melengkapi. 

Gaji dia riban-riban kot. Ops, gaji kita pon riban. Walau tak riban-riban. Tapi cuba kaji lebihnya kita dari dia. contohnya gaji kecik belanja kecik, boleh kawal nafsu belanja gitu. Kalau nak juga, boleh kumpul2 duit, boleh tanam sifat sabar. tak gitu? :)

Last but not least, belajar appreciate apa yang kita ada. dan jangan minta apa yang bukan kita punya. Berbahagialah di atas kebahagiaan orang lain.


As for me, saya bahagia kerana orang-orang yang saya sayang semua ada depan mata. Saya cukup makan dan pakai. Ada suami yang penyayang walau kadang-kadang agak menjengkelkan ( Eh, I love you Motmot). Tempat kerja yang best, bos yang tolerate. Kawan sekerja yang caring walau kadang-kadang tak sama. :)


Sila lihat diluar jendela, pasti nampak lebih.






Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com