BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 7, 2012

Isteri Siri II


Beberapa hari ni, saya stalk blog seorang kenalan. Lepas itu, teringat jugak nak baca yang entries lama-lama blog sendiri. Manalah tahu kalau-kalau saya juga  ada terburukkan orang lain juga.

Lalu saya bertemukan entry saya yang bertajuk Isteri.

Jadi saya nak sambung kesudahannya disini.

Kawan saya yang dulu nak sangat masuk meminang bagai saya tu. Kami masih kawan. Walau saya rasa sedikit janggal. Dia masih macam dulu. Masih caring juga macam dulu. Selalu akan jadi Abang saya. :)

Seseorang yang lama saya tak bersua ni pula, dia dah kahwin pon. baru sahaja beberapa minggu. Alhamdulillah. Selepas saya bertunang tahun lepas, dia juga bertunang. dan sekarang, dia adalah peng 'LIKE' tegar semua post FB saya.

Lelaki yang pernah menidakkan kehadiran saya sebelum ini, telah menjadi tunangan saya sekarang. Semoga kita terus melakar pelangi hingga ke syurga Allah. Saya yakin, semua yang telah terjadi adalah hikmah Allah.

Dan... lelaki terakhir ini. terus lenyap dari saya. tiada lagi khabar. tiada lagi berita. ada juga terkadang saya menghantar sms. dibalas formal. saya kena mengerti ini.


 ** Semoga semuanya dalam peliharaan Allah s.w.t selalu.



No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com