BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 16, 2012

My soon trip to Perak


Semalam dalam waktu lunch break macam tu, I have made a phone call to my Encik Petunang. Kebetulan free dan teringat nak bertanya khabar. Ececeh... padanlah rasa nak call, rupanya petunang baru usai berbual dengan futue MIL. Future MIL pesan suruh ajak saya pulang ke kampung halam baru mereka nun di Perak. (Petunang dan family sebenarnya menetap di Bangi, Selangor).

Makanya haruslah hati loncat-loncat. Sebab future MIL yang jemput! Kalau jadi saya pergi Perak nanti ni, maknanya ini merupakan kali pertama saya beraya dengan keluarga petunang. Walaupun ini merupakan kali kedua saya beraya sebagai tunangan beliau.
InsyaAllah, sekiranya tiada apa-apa aral saya akan ke Perak pada hari raya ke lima dengan menaiki train ETS. Saya tidak bercadang untuk memandu nanti. Satunya sebab saya tak tahu jalan ke Perak dan kebetulan dalam perancangan awal petunang akan beraya ke rumah saya pada hari Jumaat sehingga Sabtu. Kononnya senang nak balik Rembau sama-sama gitu.

Perasaannya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya nak berasa balik kampung (since my parents kampung dekat-dekat je) plus teruja juga hendak beraya dengan Mak dan Abah (Future in-laws) for the very first time.

Perakkk!! Here I comee!!

Fasal ETS Train ni , pagi ni baru dengar (Petunang dapat info dari rakan dia). Alhamdulillah. Ada train direct Seremban ke Kampar (which is the nearest station dari rumah future MIL).

Oke. for the time being, saya nak servey dan proper plan dulu trip ni dan sekiranya sukses perjalanan saya menaiki train ETS nanti, saya akan update yeh.

View dihadapan rumah kampung future MIL. (kidnap dari FB future sis in-law)

No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com