BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 14, 2012

The Parcel!

Yeay! Alhamdulillah.
Dah sampai da... all the way from Ipoh, Perak..jeng jeng..


Kad dah siap. Mula-mula ingatkan nak minta tolong petunang yang ambil since lately dia kerap berulang alik mengemas rumah baru future MIL di kampung (di Kuala Dipang). Tapi kesian pula sebab kalau dia balik ke kampung haruslah dia bekerja berat mengangkat barang dek sibuk memindah dan mengemas barang. Tak sampai hati nak minta dia ke Ipoh yang ambil masa 45 minit dari Kuala Dipang. Lebih kurang tiga minggu kad tak juga diambil-ambil.
Makanya, minta tolong Kak Ann, owner  Idea Grafik yang bertanggungjawab mendesign dan mencetak kad-kad ni tolong poskan je kad-kad tu. Risau yeh. Sebab dalam terma Idea Grafik ada mention yang mereka tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan dan kerosakan kad semasa penghantaran.

Dan pada hari Jumaat, 10 Ogos 2012 kad selamat sampai ke Rembau. Alhamdulillah dan amat lega rasanya. Terima kasih Idea Grafik! (segala perbincangan, pembelian dan pembayaran dilakukan secara atas talian)
Kad-kad ini hanya berharga RM 0.32 sen sekeping termasuk sampul (kosong). Wording untuk dalam kad juga saya pilih yang simple dan direct. Saya tak letak doa dengan ayat puitis tu segala.


Untuk majlis sebelah lelaki, kami juga ada tempah khas kad untuk kawan-kawan future MIL dan FIL. Terjadinya tempahan kad tu tak semena-mena kerana kami dah terlanjur membayar deposit kad sebanyak RM300.00 dari kedai Amazon (apa entah) di Pertama Kompleks (kedai yang tak awsome tu yeh... sob sob). Kad dari Amazon juga dah siap. InsyaAllah, gambar akan di update kelak.




(Kad Jemputan pihak lelaki)

Walaupun tak dapat kad idaman, (kad idaman saya sepatutnya bersaiz bookmark dan ada pelekat mangnet fridge dibelakangnya. Kononya kad tu nanti boleh memberi faedah kepada ramai orang untuk tepek-tepek nota kat fridge) saya tetap gembira sebab saya ada kad kahwin! yeay..

Kad Idaman kaedahnya

3 comments:


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com