BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 1, 2010

kelmarin

kadang-kadang benda yang kita dah tak nak
boleh menjadi sesuatu yang berharga pada orang lain

kelmarin aku ke sebuah pusat bundle
disitu
aku telah ditemukan dengan sesuatu
lalu mengingatkan aku
betapa aku kena selalu berterima kasih pada tuhan

mula-mula aku terdengar suara bising-bising dikaunter 
lalu aku mendekatkan diri
sengaja untuk mengambil tahu apa yang berlaku

rupa-rupanya sebuah keluarga sedang membuat persiapan
menyambut perayaan yang bakal tiba nanti
dan mereka kekurangan wang

sebak bila melihatkan si nenek berusaha 
tawar menawar
bersungguh-sungguh dia meminta agar diberikan potongan harga

disisinya terdapat
dua orang kanak-kanak kelihatan sangat gembira sambil 
memegang-megang pakaian baru mereka diatas kaunter
tanpa faham apa yang berlaku
mereka tersenyum-senyum riang

gembira  kerana mereka bakal beroleh pakaian baru untuk perayaan nanti barangkali
selepas beberapa ketika ibu kanak-kanak tadi datang menjelaskan bayaran lima ringgit yang berbaki
mereka lalu pergi

sebak lagi rupanya lima ringgit yang membuatkan mereka cemas
selepas berjumpa apa yang aku cari
aku pon pergi.




No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com