BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 19, 2011

cerita katak dengan arnab ~ by kikin

pada satu hari, sedang seekor anak arnab bermain di tepi kolam. terdapat seekor anak katak yang memerhatikan si anak arnab. lalu si anak katak tadi mendekati dan berkata pada si anak arnab 

"engkau ni beruntung lah arnab,engkau mempunyai tuan yang menyayangi engkau,yang memberi engkau makan, tambahan engkau juga cantik. semua orang suka akan engkau, aku cemburu melihat engkau. aku hanya si katak hodoh, tiada yang mahu membela aku, aku juga mencari makanan ku sendiri dan tiada yang suka pada aku"

lalu si anak arnab pun menjawab

"jangan begitu katak, sebenarnya kita semua sama. kita semua makhluknNya. tiada satu pun sempurna. engkau sepatutnya lebih bersyukur. sekurang-kurangnya engkau bebas menikmati alam sepanjang hayat. melompat dan berenang kesana kemari. engkau juga bebas memakan apa yang kau suka. tidak seperti aku yang dikurung sahaja oleh tuan aku."


cerita ni dikarang oleh kikin, tika aku menjadi orang yang paling sedih kerana kehilangan. atau dengan kata lain, tika menjadi orang yang paling tidak redha dengan kehilangan itu. terima kasih kikin. sebab kikin buat mina sedar tak semua perkara perkara kita lalui itu adalah buruk. kadang-kadang ianya adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.
cuma mina yang lambat sedar.




(this text was send from kikin via phone on 29/12/2010. 6.64p.m.)




No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com