BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 22, 2011

ATOK



 
entah kenapa hari ni teringin sangat nak buat entry tentang lelaki kesayangan aku nan satu ni
mungkin sebab dah lama tak balik kampung menjenguk beliau atau atuk juga rindu.

bukan tak mahu balik menjenguk, tapi tak sampai hati nak menjawab soalan-soalan atuk.
orang tua kan perisau, risau cucunya belum bekerja lah, kerja tak tetap lah, tak kahwin lah
itu yang benar-benar buat aku tak sampai hati.

atuk dah tua dah. dah 87 tahun umur atuk.
sejak-sejak atuk uzur dan tak boleh memandu
aku yang ambil alih tugas atuk sebagai pemandu rasmi.

kalau dulu, masa kecil-kecil atuk yang jemput dari sekolah.
sekarang giliran along pulak bawa atuk.
atuk bukan nak pergi jauh-jauh pon. 
hanya sekitar pekan Rembau.
 samada ke kedai P. Ramlee potong rambut 
atau
kedai favourite beliau  "Kedai Jin Min".
aku rasa mungkin sebab aku tak kisah sangat kalau atuk ambil barang-barang
'larangan' seperti coke, ais krim dan jajan 
buat aku selalu di ajak sebagai peneman atuk kalau atuk nak ke kedai.
(atuk saya ada diabetis)

bukan tak sayang atuk. tapi kesian kat atuk.
pantang sangat pon bukan boleh baik kan tuk?
hehehe..cukup lah kalau kita tahu had atuk nak makan banyak mana.
atuk nak rasa apa salahnya. kan tuk?

=)

ingat lagi, atuk beri hadiah cekak rambut warna biru
masa birthday ke-9 tahun.
boleh ingat lagi 'rasa teruja' dapat hadiah dari atuk tu
sampai sekarang.

i love u atuk.




2 comments:

  1. =) teringat my own tok bak.. bila dia dah tua-tua, dia memang suka makan jajan juga. hehehe.. nak rasa dia kata.

    ReplyDelete
  2. tok bak cik fa dan atuk mina samalah!

    ReplyDelete


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com