BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 24, 2011

Isteri?


sudahlah sejak kebelakangan ni seolah-olah 'disumpah' dengan perkataan 'hamagad'. mana tak rasa seperti 'sesumpah'.. terngiang-ngiang dan asyik sahaja hamagad ini bernyanyi-bernyanyi di ruang telinga. 
tidak suka perkataan ini. 

kisah diatas tiada kena mengena dengan kisah yang dibawah yeh. 

pernah tak terfikir, kawan kita yang paling rapat dan kawan yang paling kita suka bercerita kepadanya kata
"kalau aku nak cari isteri, aku nak cari yang macam kau la min." lepas tu disambung dengan puji-pujian segala. lepas itu tanya, "kalau aku hantar mak dengan ayah aku meminang kau, kau oke tak?" harus aku rasa pengkhianatan.

pernah tak orang yang kamu dah lama tidak jumpa. tiba-tiba berusaha mencari kamu melalui laman sosial dan sebagainya semata-mata katanya dia jatuh cinta pandang pertama pada kamu.
 kata adiknya, dia bersungguh. kata adiknya sahaja.

pernah terfikir tak, orang yang pernah kata kita ni adalah orang yang paling tidak faham dia, dan serba serbinya tidak elok di matanya dulu, kata dia kini menyesal. katanya dia silap kerana melepaskan. saya punyai ciri-ciri isteri yang baik. dia berkata-kata. mudah.com.my. sigh*

pernah tak, seseorang bergelar lelaki sanggup datang berjumpa kamu semata-mata untuk makan tengah hari dengan kamu? sedangkan perjalanan dari pejabatnya ke pejabat kamu memakan masa berjam-jam lamanya. apa yang kamu mahu? try to impress me kah? harus saya tidak suka. takut lagi ada lah.


kamu semua pelik!

saya sendiri tidak faham kenapa jadi macam ni. calon isteri atau tidak terpulang pada kamu semua. hak individu. tiada hak saya untuk melarang.

doa saya biarlah lelaki itu dapat menerima kebaikan dan keburukan diri saya seadanya. saya juga berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan baik akhlaknya untuk menjadi suami, imam dan ayah kepada anak-anaknya. 

saya yakin, kalau lelaki itu ikhlas dia pasti tahu bagaimana untuk mempamerkan keikhlasan.

minta maaf pada sesiapa yang tersinggung di atas penulisan entry ini. 
saya cuma tak nampak keikhlasan dari mata kamu.




3 comments:

  1. hik hik hik. bestnyaaaaaaaaa jadi minaaaaaa!

    ReplyDelete
  2. tak best. penat je melayan karenah mereka yg aneh2 ni.

    ReplyDelete
  3. bestnye ade peminat....semoga jodoh min dengan org yg bertanggungjawab..serius jeles nak jd mcm u..i x sesempurna u...

    ReplyDelete


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com