BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 30, 2013

Eh, dulu awak lain.


Siapa ada rasa macam tu?

Dulu, masa-masa musim mengenal, hangat berchenta dan
menyulam perasaan katanya boyfriend/girlfriend
dia yang paling awesome?

Most understanding. Caring. The sweetest person in the world. The most romantic person. Dan segala bagai award lagi katanya.

Kann.. Kenapa lepas kahwin engkau berubah wahai pojaan hati?

Salah siapa? Salah diakah yang berpura-pura atau salah kita kah sebab tak nampak lakonannya?

Well, rasanya tiada siapa yang berubah dan tiada siapa juga yang berpura.

Cumanya, semasa di alam percintaan tu kita tak nampak buruk-buruk pasangan. Sehangat asmara lah katakan. Mesti nampak yang baik-baik je kan. Lagi pun tak 24 jam menghadap dianya. Cuba sebantal, sebilik air, sedapur, setelivisyen hari-hari. Ha.. baru nampak.

Pada pasangan yang bercinta dan telah menjejak kaki ke alam berumah tangga (dengan orang yang sama) Tahniah ye! Bawa banyak-banyak bersabar. Sesungguhnya bukan kamu sahaja yang cuba bersabar dengan segala karenah kamu. Dia juga begitu adanya, mungkin dia lebih lagi.

Belajar tolerensi. Give and take. Saling memaafi dan saling mendoakan juga yeh.

dan percayalah suami atau isteri kamu ialah hadiah yang terindah dalam hidup kamu!

dan dan dan.. sentiasa solat taubat. Mohon keampunan Allah terhadap dosa-dosa kita dan pasangan semasa berchenta dahulu. Semoga hubungan lebih barakah dan dalam peliharaanNYA. Amin.





No comments:

Post a Comment


Opick - Allah Ya Nur Mp3
Musicaddict.com